Thursday, January 24, 2008

Al-Fatihah


Warga KeAdilan Gombak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Adlan Benan Omar iaitu mantan Setiausaha Pemuda, Parti KeAdilan Nasional di era reformasi yang telah kembali ke rahmatullah semalam 24hb Jan 2008 jam 3.45 ptg setelah lama menderita sakit diabetes. Beliau juga merupakan mantan ahli MPT Parti KeAdilan.

Jenazah akan dikebumikan sebelum solat Jumaat . Orang ramai yang ingin menziarahi beliau boleh ke alamat No 2 Jalan Golf Height, Ampangan berhampiran dengan Sekolah Rendah King George V.

Beliau merupakan seorang anak muda yang cukup genius dan merupakan sebutir mutiara didalam parti KeAdilan. Kepetahan beliau dalam berucap dan mengeluarkan hujah-hujah amat di kagumi terutama dalam satu majlis pidato umum di PWTC yang juga dihadiri oleh wakil pemuda UMNO.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarham. Amin.

Masyarakat India boikot Thaipusam?


Samada pecaya atau tidak itulah hakikatnya. Saya yang tinggal ditengah-tengah Batu Caves amat rasai perbezaan yang amat ketara. Kalau tahun lepas, alahai jem nya bukan main. 2,3 hari sebelum Thaipusam pun dah jalan jem. Tapi tahun ni, lengang, tak jem teruk dan tak ramai orang seperti tahun lepas. Tapi itu samy vellu ada cakap kurang asam sikit. Dia kata tak ada apa-apa kesan walaupun ada sms minta boikot ini Thaipusam. Cittt...tipu jugak.

Kalau tengok TV3 suku pun, tangga naik ke Batu Caves pun tak ramai orang. Tak seperti tahun-tahun lepas.sesak dan menyesakkan. apa-apapun tahniah lah kepada masyarakat India. Kasi ajar sikit itu Samy Vellu.

Wednesday, January 23, 2008

Selangor "Panas" buat BN

Di Selangor, isu Ahli Parlimen Ampang Jaya dan Ahli Parlimen Gombak masih belum dapat diselesaikan walaupun media massa arus perdana tidak 'memanaskannya'.

Tetapi isu sebenarnya yang sedang melanda Selangor ialah 'usaha memujuk' pengundi kaum India yang dikatakan tidak begitu berminat dengan MIC.

Tidak hairanlah kalau MT Umno terpaksa membincangkan dan bersetuju mendaftar kanak-kanak keturunan India yang tidak mempunyai surat beranak.

Keputusan MT Umno ini cukup mengejutkan dan memetik kenyataan yang dikeluarkan Ahli MT yang juga Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, seolah-olah bermacam-macam lagi masalah kaum India akan ditangani oleh Umno.

Khabarnya, banyak lagi tuntutan kaum India akan diselesaikan demi mencari sokongan dari kaum India dan jika pengundi India buat perangai, khabarnya Selangorlah negeri yang paling terkesan.

Satu sumber memberitahu, pemimpin-pemimpin Umno di Selangor lebih sibuk melayan karenah penundi India yang dikatakan menjadi penentu kemenangan BN di negeri itu.

Azmin lancar Bilik Gerakan Pilihanraya Kelana Jaya




Sdr Azmin, Ketua KeAdilan Bahagian Gombak selaku Naib Presiden KeAdilan telah menyempurnakan majlis perasmian bilik gerakan pilihanraya Kelana Jaya pada jumaat lepas. Dikhabarkan kehadiran masyarakat setempat amat menggalakkan. Ramai yang telah mendaftar sebagai ahli dan sukarelawan KeAdilan. Syabas KeAdilan Bahagian Kelana Jaya. KeAdilan Kelana Jaya ramai hero-heronya. Selain Tuan Syed SHahir selaku Ketua Bahagian, Sdr Halimi Ketua AMK Selangor juga disana, Nik Nazmi hulubalang DSAI juga disana, Faisal Mustaffa juga di K.Jaya dan ramai lagi. Teruskan usaha kalian.

Di Taklimat Khas Abdullah Ramai AJK UMNO Belah?

Oleh Ruhanie Ahmad

Pada 22 Januari 2008, saya duduk di kedai kopi riverside, PWTC, Kuala Lumpur, sejak jam 3.00 hingga 5.00 petang. Suasana hingar bangar. Ada kelompok yang membedal Presiden UMNO habis-habisan. Ada pula yang mengutuk menantu Presiden UMNO dengan suara lantang.

Mereka semua warga UMNO. Sebilangan besarnya memakai lencana Taklimat Khas Presiden. Pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang menyampaikan taklimatnya. Tetapi, ramai pula peserta taklimat itu memilih untuk keluar daripada dewan dan melanggani riverside untuk minum teh tarik dan makan goreng pisang.

Di antara mereka yang enggan mendengar taklimat Abdullah adalah beberapa ketuan UMNO bahagian, AJK UMNO bahagian, AJK Pemuda UMNO Bahagian, Timbalan Menteri, ADUN, beberapa orang setiausaha menteri, dan beberapa orang besar daripada bahagian khas Kementerian Penerangan.

Saya bertanya kepada beberapa orang daripada mereka, mengapa tidak mendengar taklimat Abdullah. Jawab mereka: isi taklimatnya sama sahaja. Asyik-asyik kisah modal insan, harga barang terkawal dan lain-lainnya. Membosankan!

Kesemua mereka yang meninggalkan dewan menjinjing satu beg kertas kecil berlambangkan UMNO. Di dalamnya ada beberapa risalah – mengenai RMK9, fitnah-fitnah pembangkang dan pemilik portal berita internet, serta ucapan-ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO November 2007.

Sewaktu berjalan dari PWTC menuju ke Hotel Sari Pacific, saya terserempak ramai perwakilan yang sudah lanjut usia, lelaki dan wanita. Saya terdengar rungutan mereka.

Antara rungutan yang menarik pendengaran saya adalah: “Panggil orang datang dari jauh, makan pun tak tentu hala, hujung-hujung ucapan Presiden baru ada sikit cerita pilihan raya.”

Seorang ahli parlimen pula terlepas cakap sesama sendiri begini: “Same old story. Wasting my time.” Maksudnya: cerita lama juga. Buang masa aku aje..

Saya tidak akan mentafsirkan kisah di atas mengikut persepsi saya sendiri. Tetapi, satu petanda yang agak jelas ialah, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 mungkin tidak diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Sebab itulah agaknya Abdullah dipetik oleh Bernama sebagai berkata bahawa “masih ada lagi sedikit-sebanyak yang perlu dibaiki. Ikut laporan di tempat-tempat yang tertentu, bagi negeri-negeri yang tertentu, tak payah saya sebut negeri mana...ini perlu kita beri perhatian."

Dalam pada itu, ada pula sumber-sumber memberitahu saya bahawa surat Abdullah untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen dikatakan sudah tiba ke Istana Negara!

Pak Lah tak yakin BN ulangi pencapaian 2004


Lihat kenyataan Pak lah dalam sidang media selepas majlis penerangan bersama Presiden UMNO di PwTC, jelas ada rasa tak yakin beliau. Manakan tidak pelbagai masalah yang melanda BN khususnya UMNO sekarang yang jelas memperlihatkan ketidakpuasan rakyat keatas pencapaian Pak Lah sepanjang beliau jadi PM.

“Saya rasa tidak (tapi) jika memperolehnya saya amat gembira… saya praktikal (realiti kini, banyak undi berpindah ke pembangkang). Terdapat perubahan dalam kepimpinan parti dan terdapat banyak harapan supaya berlaku banyak perubahan tetapi saya tidak boleh (masih gagal) mengubah segala-galanya.
"

Fikir-fikirkan
Ubah sebelum parah, Ubah demi maruah

Monday, January 21, 2008

Bekas Penolong Gabenor dipaksa akui Anwar miliki RM 3 bilion?


Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Jan 21, 08 | 7:36:58 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai maklumat baru mengenai perakuan bersumpah daripada bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid beberapa tahun lalu yang menuduh bahawa Anwar mempunyai wang sebanyak RM 3 bilion.

Maklumat itu didedahkan Anwar hari ini ketika ditemui wartawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas menghadiri Sidang Suruhanjaya Siasatan Diraja 'Pita Lingam'.

Laporan Suara Keadilan versi internet hari ini menyebut, Anwar berkata, menurut maklumat tersebut, paksaan terhadap Abdul Murad tersebut dimulakan di rumah Menteri Pelancongan, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor di mana ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan turut hadir.

VK Lingam kemudiannya didakwa mengugut Abdul Murad di makhamah bahawa Abdul Murad akan dipenjarakan sekiranya tidak menandatangani pengakuan tersebut. - mks.

Sunday, January 20, 2008

Catatan Azmin- Al-Fatihah


Perginya Seorang Pejuang : Aris Rizal Fernando ( 1941- 2008 )

Aris Rizal Fernando, peguam yang tersuhur menghembuskan nafas terakhirnya tepat jam 12.30 awal pagi hari ini di Unit Rawatan Rapi (ICU), Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Beliau yang berusia 66 tahun menjalani pembedahan pintasan jantung ( by-pass ) pada hari semalam, Jumaat meninggalkan seorang balu, Puan Maria Kamaruddin dan 2 orang anak perempuan dan 2 orang cucu. Menantu beliau, Saudara Subhan mengambil peranan sebagai ketua keluarga untuk menguruskan jenazah yang dibawa pulang ke kediaman keluarga Puan Maria di Taman Tasik Titiwangsa, Setapak, Kuala Lumpur.

Semenjak dari awal pagi, ramai ahli keluarga dan teman-teman termasuk hakim-hakim kanan yang memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Aris Rizal Fernando. Antara yang tiba awal ialah YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail bersama Nurul Izzah dan adik-adiknya, saya sendiri bersama isteri, Saudara Tian Chua, Dato' Kamarul Baharin Abbas, Dr. Badrulamin Bahron, Tun Dzaiddin Abdullah, Sri Ram, Dato' Abdul Kadir Sulaiman, Dato' Shaikh Dawood, Dato' Yusof Zainal Abidin, DPP Nordin Hassan, DPP Tun Majid, Dato' Shafie Yahya, Mr. C.V. Prabhakaran, Saudara Zulkifli Nordin, Sankara Nair, Pawanchik Marican, dan ramai yang lain. Ratusan jamaah menyempurnakan Solat Jenazah. Kehadiran yang begitu ramai memenuhi dewan utama rumah menjadi tanda yang Allahyarham adalah seorang yang mempunyai ramai kawan dan disenangi semua pihak. Jenazahnya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Taman Tasik Titiwangsa pada jam 1.30 petang.


Sepanjang pengenalan saya dengan Allahyarham Aris Rizal Fernando hampir 10 tahun, beliau adalah seorang yang dedikasi, komited dan berpegang teguh kepada prinsip menegakkan keadilan dan kebenaran. Beliau adalah peguambela yang berjuang dan membela saya dalam kes pertuduhan keterangan palsu sehingga saya disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 18 bulan. Alhamdulillah, dengan keteguhan hujah Aris Rizal Fernando dalam rayuan saya di Mahkamah Tinggi, beliau telah berjaya meyakinkan hakim bahawa saya tidak berbohong dan akhirnya pada 1 November 2007 yang baru lalu, rayuan saya dibenarkan dan saya dibebaskan dari pertuduhan ini. Saya amat terharu dengan khidmat dan sumbangan besar beliau dalam mempertahankan maruah saya. Beliau memberikan khidmat guaman secara percuma kepada saya kerana menurut Aris Rizal Fernando, ini adalah sumbangan beliau untuk melihat keadilan bertapak di bumi Malaysia.

Kehilangan pejuang Aris Rizal Fernando amat dirasai. Beliau sering menghubungi saya dan mengajak saya ke pejabat guamannya di Seremban untuk bersembang-sembang mengenai isu-isu semasa. Beliau cukup komited mendukung agenda reformasi khususnya dalam sistem kehakiman.

Mari kita berdoa semoga Allahyarham Aris Rizal Fernando dicucuri rahmat dan maghfirah oleh Allah S.W.T. Mendapat “husnul khatimah” iaitu akhir yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh ni’mat.

Saya juga berdoa semoga keluarga Allahyarham khususnya isteri dan anak-anak beliau dicucuri oleh Allah S.W.T. dengan kesabaran dan ketenangan yang mendalam serta redha terhadap takdir yang ditentukanNya. Amin.

Azmin Ali.

Tuesday, January 15, 2008

Bicara Azmin

Lonjakan Sokongan RakyatUntuk KeADILan Semakin Kukuh

Program ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim malam tadi di Kampong Rinching Hulu, Semenyih mendapat sambutan yang luar biasa dari masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai kaum. Ribuan orang Melayu, India dan Tionghua berpusu pusu ke tapak ceramah untuk mendengar penjelasan dari pimpinan keADILan berhubung isu-isu semasa dan juga dasar kepeduliaan rakyat yang dibawa oleh keADILan. Dato' Seri Anwar mengupas panjang isu ekonomi termasuk harga petrol dan barangan keperluan yang semakin tinggi, masalah pendidikan, jenayah dan sosial serta dasar keADILan untuk meningkatkan dan menjamin hubungan di antara kaum dan agama dalam negara kita semakin mantap. Turut berceramah Dato' Dr. Zainal Abidin Ahmad dan saya sendiri.

Tuan rumah, Cikgu Dolah menyerahkan tanahnya seluas 1 ekar untuk dijadikan markaz dan pusat khidmat masyarakat untuk Parlimen Hulu Langat. Beliau juga adalah bapa mertua kepada Ahli Parlimen ( UMNO ) Hulu Langat, YB Markiman yang rumahnya terletak bersebelahan dengan tapak ceramah Dato' Seri Anwar.

Azmin Ali.

Monday, January 14, 2008

Khir Toyo gagal tadbir Selangor dengan baik


Dalam satu kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre dan disiarkan dalam akhbar NST, ternyata hanya 50% sahaja rakyat Selangor yang bersetuju dengan soalan yang diberi. Hampir 50% lagi tak berpuas hati. Ini bermakna Khir Toyo gagal dalam mentadbir Selangor. Kalau ikut markah hanya dapat gred C sahaja.

Salah satu soalan yang diajukan dalam kajian tersebut berbunyi: Sejauh manakah anda berpuas hati atau tidak berpuas hati dengan cara kerajaan (Selangor) menguruskan ekonomi negeri? Jawapannya:

50% Berpuas hati
43% Tidak berpuas hati
(Dengan 7% tidak tahu)

Ini bermakna hanya separuh sahaja rakyat yang berpuas hati dengan Khir Toyo manakala selebihnya tidak! Dan pecahan pandangan tadi menurut kaum menunjukkan 58% kaum Cina tidak berpuas hati diikuti 44% kaum India dan 32% Melayu.

Satu lagi soalan yang menarik dari kajian itu adalah: Bagaimanakah anda menghadapi kesan kenaikkan kos hidup? Jawapannya:

55% Mampu hadapi
44% Tidak mampu hadapi
(Dengan 1% tidak tahu)

Bagi saya Khir tidak boleh langsung berbangga sekiranya 44% rakyatnya tidak mampu menghadapi kesan kenaikkan kos hidup yang semakin kronik hari ini. Dan pecahan pandangan tadi menurut kamum menunjukkan 51% kaum India tidak mampu hadapi kesan kenaikkan kos hidup ini diikuti 44% Melayu dan 40% Cina.

Dan akhirnya soalan yang paling menarik itu dilihat hasil kajiannya adalah: Bagaimanakah berleluasanya rasuah pada pandangan anda diperingkat kerajaan tempatan? Jawapannya:

54% Tidak serius
26% Serius
(Dengan 19% tidak tahu)

Yang menariknya di sini adalah keputusannya menurut pecahan kaum. 63% masyarakat Cina mengatakan masalah rasuah ini serius, diikuti 51% Melayu dan 44% India. Ini menunjukkan penyakit rasuah terus-menerus membarah dalam kerajaan negeri di Selangor.

Fikir-fikirkan.
Ubah sebelum parah, Ubah demi maruah

Khairy @KJ bertanding di Parlimen Putrajaya??

Nampaknya gelagat anak muda ini cukup gelojoh dan rakus. Dikhabarkan beliau akan menggantikan Tengku Adnan bertanding di Parlimen Putrajaya. Betul ke berita ini ? Kalau ini betul bermakna anak muda ini tiada keberanian sejati sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kenapa mencari tempat selamat ? Kalau betul anak jantan , bertandinglah kamu di Kelantan atau mana-mana kawasan yang 50/50 atau bertanding menentang Kak Wan di Permatang Pauh. Tak begitu KJ ? Mana pergi kejantanan mu ?

Pemuda KeADILan kesal polis lembap tangani kes penculikan


Azamin Amin
Tue | Jan 15, 08 | 8:51:59 am MYT

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Hrkh)-Kes-kes penculikan yang semakin meningkat dan membimbangkan masyarakat khususnya di negeri Selangor sedikit sebanyak menyebabkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipandang remeh, malah kegagalannya dalam menangani beberapa isu sebelum ini secara pantas dan cekap menyebabkan kejadian penculikan kembali berulang.

Sharlinie Mohd Mashar, 5 tahun yang kini telah hilang hampir seminggu dan sehingga kini tiada sebarang makluman diperolehi oleh kedua ibu bapa termasuk rakyat Malaysia amnya yang sentiasa menantikan perkembangan terkini kes tersebut.

Malah seminggu yang lalu negara dikejutkan dengan kehilangan adik Nur Fatiha Zaidi, 6, yang diculik oleh "lelaki kucing" gelaran yang diberi pihak Polis,dan tahun lepas negara gempar dengan penculikan dan pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin Jazimin.

Ketua Angkatan Muda KeADILan Negeri Selangor Halimey Abu Bakar yang mengulas isu ini berkata KeADILan memandang serius perkara sebegini dan amat menyedihkan ketiga tiga kes sebelum ini berlaku didalam negeri Selangor dan di bawah kawalan IPD Polis Petaling Jaya.

"Sebenarnya banyak lagi kes-kes kehilangan anak kecil yang tidak ada penyelesaiannya sehinggakan penculik ini sanggup melakukannya berulang kali," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau dalam pada itu turut mempersoalkan kenapa pihak Polis Selangor masih tidak dapat menyelesaikan kes sebegini khususnya kes Nurin yang kononnya menggunakan teknologi kepakaran luar negara dan bagaimana kes-kes sebegini dalam jangka masa tidak sampai setahun atau sebulan boleh berlaku lagi terutamanya di kawasan kawalan IPD Petaling Jaya.

Halimey turut mendakwa dalam pertemuan bapa Nurin, Jazimin dengan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin sewaktu menziarahi keluarga Sharlinie di Taman Medan Selangor beberapa hari lalu, Jazimin melahirkan kekesalan dan ketidakpuasan hati pihak-pihak tertentu yang melemparkan berbagai tuduhan terhadap beliau sekeluarga ini termasuklah pihak Polis dan pemimpin-pemimpin Kerajaan.

"Beliau cukup marah dengan pihak Polis yang sehingga kini masih lagi tidak dapat menyelesaikan penagkapan pembunuh anak beliau dan banyak bermain kata-kata yang manis kepada beliau di dalam media cetak dan elektronik walaupun pada dasarnya tidak ada apa yang diperolehinya," katanya.

Justeru dengan itu AMK Selangor mewakili seluruh rakyat Selangor kata Halimey mendesak agar Ketua Polis Selangor Dato' Khalid Abu Bakar serta Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Arjunaidi Mohamad melepaskan jawatannya serta-merta bagi menebus segala kelemahan didalam tugasan.

"Semalam terpampang di dada akhbar bahawa suspek kes adik Nurin ditangkap dan kita berharap ini bukanlah omong kosong yang hendak menyedapkan hati kedua ibu bapa adik Nurin serta semua rakyat Malaysia kerana sebelum ini telah banyak suspek ditangkap kemudian dilepaskan dalam beberapa hari sahaja," katanya mengakhiri kenyataan medianya itu. - mr

Sunday, January 13, 2008

Malaysia dah tak selamat? Apa dah jadi ?

Menurut taklimat polis kepada Perdana Menteri, jenayah ganas meningkat 13.4 peratus. Kes rogol naik 30 peratus manakala rompakan berkumpulan melonjak 160 peratus. Mencabul kehormatan naik 12.4 peratus, pecah rumah waktu malam bertambah 21.7 peratus, pecah rumah siang hari naik 4.2 peratus, curi motosikal meningkat 3.2 peratus, curi kereta naik 11.4 peratus dan kecurian lain naik 5.1 peratus.

Polis asyik jaga ceramah dan aktiviti pembangkang saja. mana ada masa nak jaga keselamatan awam.

Thursday, January 10, 2008

Mana satu pilihan anda? Yang kaki tidur atau pejuang rakyat marhaen


Jadual Lawatan DSAI ke Parlimen Selayang

12hb Januari 2008

12:00 – 2.00ptg Majlis Jamuan Rakyat (makan tengahari) di JDM Kg. Gombak Kuang (DUN Kuang N 13)

- contact person Rahim 012-676 7002

5:00 – 6:00ptg Merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat KeADILan Parliamen Selayang di Alamat 33A, Jalan Bersatu 10, Taman Bersatu, 48000 Rawang.

- contact person Gan 019-323 4112

6.00 – 7:00 mlm Ucapan di Majlis Mesra Bersama Masyarakat Rawang di Kg. Sg. Terentang (DUN Rawang N14)

- contact person SK Chua 019-352 3864

(Ceramah mulai dari 4:30 petang)

9:00 – 10:00mlm Ucapan di Majlis Mesra bersama Masyarakat Kepong Utara, dekat FRIM (DUN Taman Templer N 15 )

- contact person TC Chai 016-631 3232

(Ceramah mulai dari 7:30 malam)

10:30 – 12:00mlm Ucapan di Ceramah Umum di Markas Pas Kg Damai, Batu 17, Jalan Tanjong (DUN Kuang N 13)

- contact person Rahim 012-676 7002

(Ceramah mulai dari 9:00 malam)

Wanita BA Gombak ajak rakyat bergabung tolak BN

Nyza Ayob
Thu | Jan 10, 08 | 6:17:57 am MYT

GOMBAK, 10 Jan (Hrkh) - "Kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat, tetapi di sebalik kemenangan tersebut mereka menipu rakyat dan betapa banyak masalah dalam negara yang terpaksa ditanggung oleh rakyat."

Demikian penegasan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh sewaktu menyampaikan ceramahnya dalam program 'Sepetang Bersama BA Gombak Prihatin' anjuran Wanita BA Gombak baru-baru ini.

Selain Nuridah, turut menyampaikan ceramah dalam program tersebut ialah Nurul Izzah Anwar, Koordinator GMI, Aliza Jaafar, Wanita Keadilan Selangor, Faekah Hussin serta setiausaha Dewan Muslimat PAS Selangor, Noraszlin Mohd Shamsudin.

Selain dari Dun Gombak Setia, Dun Batu Caves dan Dun Hulu Kelang turut mengadakan program yang sama serentak pada hari tersebut.

Dalam ceramah yang bertempat di Kampung Kerdas, dekat sini, Nuridah turut menyeru golongan muslimat terpaksa sama-sama bangkit menentang penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) serta menyifatkan tindakan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman sebagai tidak wajar.

Jelasnya Rashid tidak layak menjadi Pengerusi SPR, apatah lagi jawatannya ditambah selama setahun lagi sedangkan beliau dilihat lebih berpihak kepada Barisan Nasional.

Sementara itu, Puteri Reformasi, Nurul Izzah mengharapkan, tanggungjawab menyebarkan maklumat terutama berkaitan pilihan raya bukan hanya kepada golongan yang sedar sebaliknya kepada gologan yang kurang memahami isu dalam negara masa kini.

Selain itu katanya, tidak ada usaha yang dilakukan kerajaan yang mencerminkan sebuah kerajaan yang dikatakan sebuah negara Islam. Ini termasuklah undang-undang ISA yang digunakan menggambarkan kekejaman kerajaan.

"Untuk apa yang dikatakan kerajaan ini lebih demokratik, dan masyarakat yang dikatakan berharmoni serta berpandukan Islam sebagai agama rasmi. Undang-undang seperti ini bukan sahaja bukan tidak Islamik, bahkan kerajaan ini menzalimi rakyat mereka sendiri,"katanya.

Nurul Izzah turut menyentuh isu kemiskinan yang dihadapi kaum bumiputera.

Jelasnya lagi, jika dilihat statistik kemiskinan orang Melayu, menunjukkan kegagalan kerajaan mengurangkan kemiskinan orang Melayu.

Pada masa yang sama katanya, orang India juga tidak terlepas daripada masalah kemiskinan.

"Samy Vellu tidak pernah menghiraukan keadaan kaum India yang kononnya dikatakan diperjuangkan oleh MIC. Sejak merdeka dikatakan MIC memperjuangkan kaum India dan Umno memperjuangkan orang Melayu.

"Namun konsep ini bukanlah benar-benar boleh diterima dan bukan disaksikan sebenar-benarnya,"katanya.

Dalam majlis tersebut, koordinator Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Aliza Jaafar turut menyatakan isu ISA mendapat sokongan sebuah badan bertaraf antarabangsa iaitu Suruhanjaya Hak Asasi Islam, London.

Katanya suruhanjaya itu memberi cadangan bagaimana dapat membantu tahanan ISA seperti Mat Sah Mohammed Satray yang ditahan di bawah akta zalim itu hampir enam tahun.

Suruhanjaya tersebut turut mencadangkan agar pihak GMI supaya tidak berputus asa menghantar surat menuntut pembebasan tahanan ISA ini kepada Perdana Menteri dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Katanyanya, hasil usaha suruhanjaya yang tidak pernah kenal jemu melalui kempen menuntut pembebasan seorang tahanan dari Turki, akhirnya tahanan tersebut dibebaskan.

Justeru beliau mengharapkan seluruh masyarakt turut memberi sokongan kepada setiap kempen yang dianjurkan GMI bagi memastikan tahanan ISA dibebaskan dan dibicarakan. - mks.

Tuesday, January 8, 2008

Maldives boleh apsal Malaysia tak boleh. Masalahnya Kerajaan Malaysia Pondan Tua



Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam pernah menjadi Perunding kepada kerajaan Maldives, sebuah Negara kecil di lautan Hindi.

Dalam satu temuramah baru-baru ini, beliau bercerita tentang pengalamannya. Ketika itu Maldives sedang menghadapi masalah dalaman dan perasaan anti kerajaan memuncak. Presiden Gayoom tidak berupaya mengatasinya dan mula bersedia untuk mengambil tindakan keras.

Beliau mendapatkan pandangan Tun Musa. Tun berkata, “Mr president, you may try to allow the people to demonstrate without police's intervention. Just let the police to guard against the demonstration and it is best to avoid the demonstrators seeing the police.” (Tuan seharusnya cuba membenarkan rakyat berdemonstrasi tanpa campurtangan pihak polis. Biarkan polis hanya menjaga keselamatan demonstrasi. Sebaiknya elakkan para demonstran dari melihat pihak polis)

Prsiden Gayoom terasa amat keberatan. Tun terus menggesa, “Everything might be all right if you let the demonstrators shout for several hours. Just give it a try for once!”
(Semuanya akan beres jika Tuan biarkan demonstran menjerit untuk beberapa jam. Cubalah sekali!)

Presiden Gayoom kemudian menerima cadangan Tun. Pada hari demonstrasi massa tersebut, tidak seorang anggota polis pun kelihatan. Selepas menunjuk perasaan, para demonstran bersurai dengan aman. Semuanya kembali seperti sediakala dan tiada siapa pun ditangkap.

Apabila Tun ditanya samada Malaysia patut membenarkan perhimpunan secara aman, beliau menjawab, “Yes! Come on, we have been independent for 50 years.”

Awas , mainan SB /UMNO


Awas mainan SB atau UMNO sewaktu dekat-dekat nak pilihanraya ni. Bilik gerakan KeAdilan DUN Batu Caves di percayai telah diceroboh. Beberapa peralatan seperti micropon dan banner bilik gerakan yang diletakkan di sebelah luar telah dicabut dan hilang. Pasti ni kerja SB atau UMNO. Hati-hatilah. Cuma jangan takut dan putus asa.

UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH

KETUA PEMUDA MIC DI BOOOO

Menurut akhbar THE STAR hari ini, seramai lebih 100 penyokong Hindraf dari kalangan masyarakat India semalam telah berhimpun dengan sepanduk dan poster mengutuk dan memaki hamun Ketua Pemuda MIC S.A Vigneswaran yang hadir ke sebuah dewan di Kulim untuk bertemu pimpinan IPF dari Baling, Kulim dan Padang Serai.

Bangkit semua, bangkit segera

Menurut para pemerhati politik, Parlimen akan dibubarkan pada hari Chap Goh Mei, penamaan calon pada 8 Mac dan hari mengundi pada 16 Mac.

Eksklusif: 10 juta poster Anwar diagihkan hujung bulan ini -Azmin


PERTEMPURAN kalah mati dua sahabat lama...
Oleh Wartawan KLpos.com

PULAU PINANG: 10 juta. Itulah jumlah poster pilihanraya gambar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan disebarkan di seluruh Malaysia hujung bulan ini. Bukan hanya poster, bahkan PKR siap untuk mengagihkan banners, T shirt, buttons, pelekat kereta dan air mineral kepada semua bahagian-bahagian tumpuan parti itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat PKR, Azmin Ali.

Menurut Azmin, selain poster dan barangan berkaitan pilihanraya, pihaknya juga telah memperkemaskan persiapan Pilihan Raya Umum ke 12.

"JPRP telah mengedarkan bendera-bendera parti ke semua Bahagian-Bahagian tumpuan yang akan ditandingi oleh PKR." kata beliau dalam satu kenyataan di blognya semalam.

Jelas Azmin, proses percetakan poster Anwar Ibrahim sebanyak 10 juta salinan berjalan lancar dan akan diedarkan penghujung bulan ini bersama - sama banners, T shirt, buttons, pelekat kereta dan air mineral.

Selain itu, tambah beliau pihaknya juga akan mengedarkan perisian komputer yang mengandungi daftar pemilih suku tahun ke 4 yang sudah diproses mengikut program SISMEP12.

Azmin yang juga Naib Presiden PKR berkata, dalam masa terdekat, Anwar akan membuat pengumuman rasmi berhubung kejayaan PKR, DAP dan PAS mencapai persetujuan berhubung pembahagian kerusi melalui proses rundingan dan permuafakatan.

"Untuk membina Malaysia yang kuat dan gagah, undilah PKR dalam pilihanraya umum yang akan datang. Rakyat Malaysia akan menyaksikan terbitnya semula sinaran matahari yang sudah sekian lama terbenam akibat kepimpinan yang lemah," katanya.

Kenyataan Khas PKR dan DAP Rabu ini

Sementara itu, laman web suarakeadilan.com melaporkan PKR dan DAP pada peringkat negeri Pulau Pinang telah berjaya mencapai persetujuan dalam hal peruntukan kerusi.

Ini dimaklumkan dalam suatu kenyataan media bersama oleh Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain M. Hashim,dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

"Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng akan mengadakan satu sidang media bersama pada hari Rabu, 9 Januari di Pulau Pinang untuk memaklumkan butir-butir persetujuan tersebut," jelas laporan tersebut.

Pulau Pinang dijangka menjadi menarik perhatian ramai berikutan dua pemimpin utama politik negara, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berasal dari negeri tersebut.

Kedua-duanya pernah bersama memimpin Badan Perhubungan Umno negeri sebelum Anwar dipecat pada tahun 1998.

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin dalam satu wawancara memberitahu, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang memerlukan tumpuan khas BN dalam pilihanraya akan datang.

PKR dalam kongres tahunannya pada 2006 di Pulau Pinang, membuat kenyataan terbuka mahu menjadikan negeri tersebut sebagai negeri pertama ditawan oleh parti tersebut dalam pilihanraya akan datang.

Thursday, January 3, 2008

Yang tidak bermoral di Selangor dari kalangan Umno bagaimana?


Roslan SMS

Akhirnya kerana kononnya menghormati amalan Islam Hadhari, dan menganggap rakyat Malaysia mengamalkan pendekatan "Holier than thou", semuanya macam Ulamak (kata Dr Chua), Menteri Kesihatan yang juga ahli Parlimen Labis dan Naib Presiden MCA meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan dan parti setelah mengaku beliaulah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang rakamannya kini menjadi DVD dan disebarkan ke seluruh negara.

Sekurang-kurangnya kata Dr Chua beliau berani mengaku dan memikul tanggungjawab. Beliau tidak pernah menafikan perkara tersebut atau mengatakan yang rakaman itu direka-reka (sebagaimana setengah-setengah pihak lain).

Lalu episod Dr Chua ini mengingatkan saya kepada apa yang berlaku di Selangor satu ketika dahulu. Kerajaan Selangor bukan sekadar menjaja Islam Hadhari sebagaimana di Pusat malah kerajaan Khir Toyo juga kononnya mengamalkan Dasar Selangor Maju Menuju Wawasan Syumul 2005, dimana melalui dasar itu Selangor mahu melahirkan masyarakat madani yang dilimpahi dengan insan-insan rabbani.

Tetapi apabila meletup skandal seorang ahli parlimen Umno Selangor bergomol dengan seorang ahli dewan negara Umno Selangor (yang kedua-duanya masing-masing telah ada suami dan isteri) tidak pula berlaku apa-apa sebagaimana yang berlaku ke atas Dr Chua seorang tokoh MCA yang bukan Islam!

ADUN DAP Sekinchan telah membawa foto kedua-dua pemimpin Umno ini berdakap-dakapan ke Dewan Undangan Negeri Selangor sambil bertanya inikah contoh pemimpin Islam Hadhari yang mahu MB Selangor lahirkan, speaker dewan telah membantah usaha YB Ng itu dan kebetulan speaker adalah ayahanda kepada Senator yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Kelang itu.

Kedua-dua ahli Parlimen Gombak dan Senator Norhayati masing-masing pada mulanya membuat kenyataan menafikan gambar tersebut. Kononnya difitnah oleh pihak pembangkang. Tetapi apabila ADUN DAP Sg Pinang mendedahkan laporan polis yang dibuat oleh suami Senator berkenaan dan rakyat pula diberitahu bahawa Senator berkenaan sedang menuntut cerai dari suaminya dan kesnya sedang dibicarakan di mahkamah syariah, barulah kita tahu bahawa memang mereka berdua ada hubungan sulit.

Dr Chua berkata sekurang-kurangnya beliau berani buat dan berani bertanggungjawab dan memetik pula dasar Islam Hadhari amalan kerajaan Dollah sebagai alasan untuk beliau melepaskan jawatan, ahli Parlimen Gombak dan Senator yang sudah tentu Islam kedua-duanya itu bagaimana?

Jika benar kita mahu dipimpin oleh pemimpin yang bukan hanya tidak rasuah dan menyeleweng tetapi juga baik akhlak dan pekertinya, maka sebagaimana Naib Presiden MCA ini, rakyat Selangor juga sepatutnya mendesak agar ahli Parlimen Gombak dan Senator berkenaan melepaskan jawatan masing-masing demi membuktikan mereka berdua adalah insan-insan rabbani yang mahu dibentuk dan dilahirkan oleh Khir Toyo.

Malu kita kepada pemimpin MCA yang bukan Islam yang berani itu, sedangkan pemimpin Umno bersenang-senang enggan memikul tanggungjawab.

Tuesday, January 1, 2008

Chua Soi Lek, letak jawatan segera



Dengan muka tak malu dan selamba, pelakon video lucah, Menteri Kesihatan Dato' Seri Chua Soi Lek mengaku beliaulah pelakon dalam video seks tersebut. Dan dengan tanpa ada persaan malu dan bermaruah beliau mengatakan tidak akan meletakan jawatan beliau sebagai Menteri Kabinet. Ni apa ceritanya ni???? Pemimpim Islam Hadhari tolong jawab...

Pulak tu Polis dengan sikap double srandardnya memberi amaran sesiapa yang meiliki atau mengedar video seks tersebut akan didakwa. Ini berbeza dengan kes DSAI, apabila polis membiarkan sahaja UMNO dan konco-konconya menabur dan mengedar kononnya video seks DSAI di merata-rata tempat sewaktu PRU 2004 dan sewaktu PRK Ijok. Memang BN dan PDRM mengamalkan double standard. Kalau kena kat batang hidung pemimpin BN semuanya ditutup rapat-rapat. Tapi kalau pembangkang, satu dunia dihebohkan.

UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH

Friday, December 28, 2007


Bicara Azmin

Oleh : Azmin Ali

Saya dan William Leong memenuhi undangan Puan Fuziah Salleh di Kuantan, pada Dis 15, 2007. William bergegas seawal jam 11.00 pagi dari Kuala Lumpur untuk mengelak kesesakan dan kemungkinan lebuhraya ditutup ekoran banjir. Saya berlepas jam 2.00 petang kerana ada acara di KL di sebelah pagi. Saya bernasib baik kerana sejurus tiba di Karak, pengurusan Lebuhraya Pantai Timur membuka laluan sepenuhnya. William dan Fuziah terpaksa mengambil masa 7 jam untuk tiba di Kuantan kerana pada lewat pagi, air naik di Lancang dan semua kenderaan terpaksa melalui jalan lama Bentong, Raub, Benta, Jerantut dan Temerloh untuk ke Kuantan. Saya tiba jam 4 petang. William tiba jam 6.00 petang !

Jentera BA Kuantan selamat dilancarkan. Saya turut sempurnakan flag down untuk konvoi kereta yang membawa bendera keADILan di Jalan Beserah. Saya dan William menghadiri majlis Jamuan Tea di Kampong Jawa. Hujan lebat namun rakyat terus tampil dengan berani. Dalam Warong Pok Teh, tetamu di kalangan anak anak muda dari pelbagai kaum termasuk India dan Tionghua hadir dengan komitmen baru mendukung keADILan. Saudara Siew bekas pemimpin MCA Kuantan turut hadir dan berucap. Saya mengajak rakyat menolak politik perkauman dan maju ke hadapan dengan agenda reformasi demi kesejahteraan bangsa Malaysia. Masyarakat Melayu di Kuantan juga sedia maklum bahawa pengkhianat orang Melayu BUKAN Dato' Seri Anwar Ibrahim tapi pemimpin pemimpin elit UMNO.

Kemudian saya mengunjungi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Dewan Penjara Penor. Seramai 389 orang dari Kampong Semangat, Pekan dipindahkan ke pusat ini semenjak beberapa hari yang lalu. Saya dan Fuziah membawa sumbangan dan bantuan untuk keluarga mangsa banjir di pusat ini. Menurut mereka, banjir kali ini cukup dahsyat dalam tempoh 7 tahun. Kerajaan BN melengah lengahkan bantuan kepada mangsa mangsa. Komander Penjara mengelabah dengan kehadiran saya dan terus memaklumkan pihak atasan.

Saya dan Saudara Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi Perhubungan Negeri kemudiannya menuju ke Indera Mahkota untuk mendengar taklimat persiapan pilihan raya di Bilik Gerakan Parlimen Indera Mahkota. Saudara Azan Ismail dan Ketua Bahagian memberikan penerangan yang amat meyakinkan. Puan Nancy turut sama memberikan maklum balas.

Saya terpaksa meredah hujan lebat untuk menghadiri ceramah umum di Kampong Tanjong Lumpur. Cuaca yang basah tidak melunturkan semangat rakyat untuk hadir mendengar penjelasan isu isu semasa. Saya pulang dan tiba di Kuala Lumpur jam 3.00 pagi.
Sekarang (Ahad, Dis 16 jam 6.00 petang)aya dalam kenderaan untuk menghadiri 2 ceramah di Sungai Bakap, Nibong Tebal dan Juru, Pulau Pinang.
Mesej untuk rakyat : Ubah Sebelum Parah. Ubah demi Maruah.

Thursday, December 27, 2007

UMNO memang brutal

Kuala Lumpur, 26 Dis - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Tian Chua menyelar sikap dwi-standard polis dalam menangani isu polis melepaskan tembakan dalam satu perlawanan bola sepak anjuran Jawatankuasa Penyelaras Pemuda Cawangan (JPPC) Umno di Batu Pahat pada 24 Dis.

Tian Chua berkata, anggota polis yang juga pengadil dalam perlawanan bola sepak tersebut kini ditahan di Ibu Pejabat Daerah Batu Pahat untuk siasatan kerana melepaskan tembakan di tempat tidak dibenarkan.

“Jika dibandingkan dengan tragedi Batu Buruk pada September lalu, anggota polis yang melepaskan tembakan sehingga mencederakan dua orang awam bukan sahaja tidak ditahan untuk siasatan, sebaliknya mendakwa mangsa dalam makhamah sehingga Suhakam terpaksa membatalkan siasatan awam ke atas kes ini.”

“Jelas perbezaan cara pihak polis menangani kedua-dua isu. Tiada tindakan diambil terhadap anggota polis dalam peristiwa Batu Buruk, tetapi apabila kes melibatkan ahli Umno seperti di Batu Pahat, anggota polis ditahan segera dan disiasat,” kritik Tian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KeADILan pagi tadi.

Tian menegaskan bahawa anggota polis yang terbabit dalam tragedi Batu Buruk wajar disiasat dan satu panduan jelas harus ditetapkan agar polis sedar akan kuasa mereka dalam menangani risiko keselamatan awam.

Tian juga berkata, masalah polis melepaskan tembakan di tempat tidak dibenarkan sehingga menggugat keselamatan orang awam akan terus berlaku jika tiada panduan dalam menangani perhimpunan awam.

Permit Suara Keadilan Masih Tidak Diluluskan Selepas Dua Tahun

Tian Chua juga membangkitkan isu penangguhan permit penerbitan Suara Keadilan yang masih tidak mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak Jun 2005 dalam sidang media mingguan terakhir tahun 2007 itu.

Kata Tian, isu penangguhan permit lidah parti itu adalah kayu ukur kebebasan media di bawah pentadbiran Abdullah Badawai dalam memberikan ruang untuk perbincangan isu politik dan dasar negara.

Menurut Tian, permohonan pertama kepada KDN telah dibuat pada pertengahan tahun 2005 dan borang telahpun diproses pada September 2005, tapi masih menunggu keputusan.

“Dalam pertemuan dengan Suhakam pada awal tahun ini, Suhakam telah berjanji bahawa akan mengikuti kes ini dengan pihak KDN, namun kita masih tidak mendapat sebarang maklumbalas sehingga hari ini.”

“Kerajaan harus ingat bahawa pilihanraya akan datang tetap tidak adil jika tiada ruang diberikan kepada pembangkang untuk menyuarakan pandangan dan orang ramai untuk menilai,” tambah Tian setelah memberitahu bahawa Suara Keadilan akan menerbitkan edisi ke-114 pada Ahad akan datang iaitu edisi terakhir tahun 2007.

Perjuangan Akan Diteruskan

“Perjuangan agar masyarakat India mendapat layanan yang adil dan saksama akan diteruskan meskipun lima orang pemimpin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” demikian dikatakan oleh S. Manikavasagam, ahli Majlis Pimpinan Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (MPT) dalam sidang media pagi tadi.

Manikavasagam mengumumkan bahawa dua lagi perhimpunan besar seperti 25 November akan dianjurkan dalam Januari dan Februari tahun depan.

“Dua perhimpunan yang bakal diadakan ini bertujuan untuk menyerah memorandum kepada Suhakam dan Perdana Menteri agar pihak berkuasa dan polis membuktikan kaitan lima pemimpin itu dengan kumpulan pengganas seperti didakwa,” ujar Manikavasagam.

Katanya, tuduhan itu sememangnya tidak berasas kerana kelima-lima orang pemimpin itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas, sepertimana pemimpin KeADILan dituduh pengganas sebelum ditahan di bawah ISA pada tahun 2001.

Manikavasagam juga memaklumkan bahawa permit polis akan dipohon dan tarikh sebenar perhimpunan diadakan akan diumumkan selepas perhimpunan aman Suaram pada 5 Jan.

Dalam sidang media itu, Tian Chua dan Manikavasagam telah menyerahkan wang sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Arumugam Balakrishnan yang cedera akibat terkena peluru pemedih gas dalam perhimpunan 25 November lalu.

Anwar our next PM. Lihat buktinya.Sambutan rakyat pelbagai kaum di Kedah







Friday, December 21, 2007

'Saya sedih melihat Perdana Menteri ...'



Oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa pada 10 Disember membuat saya merasa kesal melihat tindakan kerajaan yang seolah-olah tidak mengambil peduli hak asasi rakyat Malaysia. Tiada maknanya kita menyambut hari sedemikian rupa sedangkan kerajaan kita sendiri mencabul hak asasi dengan sewenang-wenangnya.

Saya terkilan melihat tindakan kerajaan menahan sembilan orang peguam dan aktivis pada pagi Ahad lalu, atas penglibatan mereka dalam perhimpunan awam sempena sambutan hari ini, serta penanahan saudara Tian Chua, Ketua Penerangan KeADILan, dan Tuan Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, dan 12 orang yang lain, atas penglibatan mereka dalam perhimpunan awam BERSIH 10 November yang lalu.


Sebelum pada itu rangkaian sistem pesanan ringkasan dilumpuhkan dalam operasi ini. Kebebasan berhimpun dengan aman merupakan hak asasi manusia yang diiktiraf masyarakat antarabangsa, malah telahpun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Perhimpunan awam Ahad lalu dan perhimpunan BERSIH kedua-duanya adalah perhimpunan aman. Maka penahanan mereka ini merupakan pencabulan hak asasi rakyat Malaysia untuk berhimpun dengan aman, dan menjadi satu lagi titik hitam dalam sejarah penindasan rakyat di negara kita oleh kerajaan BN.

Tindakan kerajaan ini sememangnya mencemarkan nama baik Malaysia, memandangkan kita kini menjawat keahlian Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Adakah sebuah negara yang mendaulatkan hak asasi di pentas antarabangsa menahan rakyat sendiri apabila berhimpun secara aman?

Saya sedih melihat Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dengan begitu lantang dan tanpa segan silu mempertahankan keutuhan demokrasi di Malaysia, sedangkan realiti berbeza.

Saya menyeru pihak berkuasa supaya mengkotakan janji dan pegangan demokrasi sebagai ahli Majlis Hak Asasi, bersama masyarakat antarabangsa yang giat menyambut Hari Hak Asasi hari ini dan bebaskanlah segala tahanan serta-merta tanpa syarat, dan hentikan pencabulan hak rakyat di bawah perlembagaan kita untuk berhimpun aman atas nama demokrasi.

Pemuda Gerakan tuduh Umno api-apikan sentimen perkauman



Oleh pemerhati_pbb

"Pemuda Gerakan hari ini menuduhkan pemimpin Umno gemar mensasarkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan menjadikan mereka alasan atau batu loncatan untuk mengekalkan populariti parti itu di kalangan masyarakat Melayu.

"Mereka mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan masyarakat mereka dalam usaha untuk meningkatkan karier politik mereka," kata Naib Ketua Pemuda Gerakan, S Paranjothy.


Dalam satu kenyataan setebal empat muka surat, beliau berkata, ahli-ahli politik harus dipersalahkan kerana memisahkan rakyat dengan memainkan politik perkauman.

"Saya ingin memetik Perdana Menteri yang berkata bahawa "kadang-kadang mereka fikir ia adalah satu cara yang mudah untuk mendapatkan undi. Tetapi ia bukanlah cara yang betul kerana memainkan politik perkauman akan hanya membakar sentimen perkauman rakyat, jika tidak dikawal, boleh memudaratkan negara kita".

Paranjothy juga membangkitkan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam (kiri), yang dijemput sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan perhimpunan agung PPP Melaka.

Katanya, dalam ucapannya, Naib Presiden Umno tu bukan sahaja menghina PPP tetapi juga menegaskan bahaw PPP boleh keluar dari BN jika mereka tidak gembira.

Menurutnya, Mohd Ali juga mensasarkan parti-parti komponen BN, dengan berkata bahawa mereka juga boleh meninggalkan BN "kerana Umno tidak perlukan parti-parti komponen (BN) untuk menubuhkan kerajaan".

Ucapan Khairy

"Tahun lalu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (kanan) - ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Jerlun, telah mengingatkan ahli-ahli parti itu bahawa kaum Cina di Malaysia akan mengambil kesempatan daripada perbalahan dalam Umno untuk kepentingan mereka," kata Paranjothy.

Khairy juga, tambahnya, telah berkata, perpecahan dalam Umno akan melemahkam parti tersebut dan ia akan membuka jalan kepada kaum Cina di Malaysia untuk membuat pelbagai tuntutan untuk faedah masyarakat mereka.

"Juga tahun lalu, ahli-ahli Pemuda Umno bahagian Tanjung, telah membawa kain rentang mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang dituduh mengabaikan orang Melayu, di depan Perdana Menteri sendiri, dengan memberi kata dua, cuba menjatuhkan kerajaan negeri," tambahnya.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) pula, kata Paranjothy, telah menghunus keris dalam perhimpunan agung Umno 2004, dengan memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya jangan mengancam "hak orang Melayu" dan mempertikaikan kontrak sosial.

Baru-baru ini, katanya, Ahli Parlimen Parit Sulong, Syed Hood Syed Edros (kanan) pula menggesa, antaranya, supaya dibuang tanda salib dan patung Kristian di sekolah-sekolah mubaligh.

Di samping itu, kata Paranjothy, Datuk Seri Hishammuddin dikatakan telah berkata, Umno tidak perlukan sokongan pengundi Cina dan India untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang kerana jumlah orang Melayu sudah 60 peratus.

Khairy pula, katanya, sewaktu perbahasan dalam agung Umno baru-baru ini berkata"hari ini untuk pertamakalinya, ucapan Presiden Umno tidak dapat dibaca oleh orang ramai kerana kumpulan etnik tertentu menguasai pengedaran akhbar dan mereka sedang bercuti".

Keputusan berunsur diskriminasi

Perhimpunan agung Umno yang lalu berlangsung sewaktu sambutan perayaan Deepavali.

Menurut Paranjothy, Umno gemar memainkan isu-isu sensitif di kalangan masyarakat dan kenyataan serta keputusan yang dibuat ahli politik Umno berunsur diskriminasi dan banyak mengandungi unsur-unsur penghinaan perkauman.

"Jadi, siapakah yang memainkan politik perkauman di Malaysia? Mengapa kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Awang Selamat dalam Utusan Malaysia kerana kenyataan yang berbau perkauman dan menghasut dalam kolum Bisik-Bisik pada 20 November 2007.

"Setahu saya, tidak ada keistimewaan khas diberikan kepada akhbar bahasa Melayu ini. Jadi siapakah yang menyebabkan perpecahan kaum?" soalnya.

Paranjothy turut menyentuh satu temubual dalam akhbar New Straits Times pada 12 Disember 2007, di mana Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia yang antara lain dilaporkan berkata "tidak ada orang yang boleh berkata bahawa tidak ada yang mendapat peluang yang sama rata. Saya dapat. Saya menjadi bukti bahawa kita boleh".

"Dalam kontak ini adalah mengecewakan kerana AirAsia telah mengadakan program latihan khas untuk anak-anak peneroka Felda yang layak untuk dilatih menjadi juruterbang. Mengapa tidak ada program seumpama itu bagi orang India dan Cina yang juga rakyat negara ini?" soalnya.

Beliau turut menyentuh tentang Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, ketika orang Melayu hanya memiliki 4 peratus ekonomi Malaysia dan keistimewaan orang Melayu diperluaskan meliputi bidang-bidang lain manakala kuota telah ditetapkan untuk Bumiputera mencapai sasaran 30 peratus dalam ekuiti korporat.

Artikel 153

DEB, menurut Paranjothy, sepatutnya memberi keutamaan untuk membasmikan kemiskinan tanpa mengira kaum.

Baru-baru ini, tambahnya, "Little Napoleons" dalam kerajaan telah mengarahkan syarikat-syarikat multinasional di negara itu supaya mengambil kakitangan peringkat kanan, berasaskan kepada bangsa.

"Jawatan kanan, dari jurutera ke atas, berasaskan kepada kuota 45% Melayu, 35% Cina, 17% India dan 3% lain-lain. Saya percaya DEB hanya untuk orang miskin dan bukan untuk semua orang dari satu kaum sahaja," katanya.

Menurutnya lagi, Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan telah memberi hak-hak dan keistimewaan kepada orang Melayu yang mendiskriminasikan kaum lain, seperti:

Sekolah berasrama penuh untuk bumiputera sahaja.

Program matrikulasi untuk bumiputera bagi kemasukan ke universiti awam dengan pembelajaran yang mudah, sedangkan bukan bumiputera terpaksa menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Dalam kemasukan ke institusi pengajian tinggi, kuota ditetapkan untuk kursus-kursus kritikal (profesional), yang kurang pelajar bumiputera.

Biasiswa kerajaan tidak diberikan mengikut merit.

Bukan bumiputera tiada peluang untuk menyertai perkhidmatan awam dan peluang kenaikan pangkat, yang didominasi oleh bumiputera. Bukan bumiputera tidak diberi peluang memegang jawatan tinggi dalam badan-badan kerajaan seperti tentera, polis dan perkhidmatan awam (jeneral dalam tentera, ketua polis negeri, ketua polis negara, naib canselor di universiti awam, gabenor bank pusat, ketua hakim, ketua pengarah, pengarah dalam perkhidmatan awam).

Kontrak kerajaan diberikan kepada bumiputera tanpa melalui (proses) tender.

Diskaun diberikan kepada bumiputera untuk membeli kenderaan dan hartanah.

Perhimpunan dan demonstrasi

Mengenai perhimpunan awam pula, Paranjothy berkata, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum ada berkata, permit dikeluarkan jika ia berfaedah kepada masyarakat dan 'bukan untuk keadaan yang menimbulkan masalah" di mana pihak berkuasa akan mengkaji permohonan permit secara terperinci sebelum membuat keputusan.

"Saya telah mengambil bahagian dalam demonstrasi dan perhimpunan anjuran Pemuda Barisan Nasional, yang diterajui oleh Pemuda Umno untuk menyerahkan memorandum mengenai ketidakpuasan kami terhadap isu-isu tertentu yang berlaku di luar negara yang saya percaya tidak memberi faedah kepada masyarakat Malaysia.

"Adalah Pemuda Barisan Nasional mendapat permit untuk mengadakan perhimpunan atau demonstrasi. Pernahkan permohonan mereka untuk mendapatkan permit telah ditolak oleh pihak berkuasa.

"Kerajaan nampaknya berat sebelah dalam pengeluaran permit untuk mengadakan perhimpunan awam. Barisan Nasional memulakan budaya demonstrasi dan orang lain telah mengikut jejak langkah mereka," katanya.

Menurutnya, ribuan masyarakat India Malaysia telah menyertai perhimpunan pada 25 November lalu di depan Suruhanjaya Tinggi British.

"Mereka menyertai demonstrasi itu kerana ia merupakan satu peluang untuk mereka menyuarakan kekecewaan dan kemarahan berhubung layanan terhadap mereka.

"Masyarakat India tertekan, terpinggir, tertindas dan tidak diperdulikan. Di segi ekonomi mereka merupakan kumpulan yang paling ketinggalan di Malaysia. petunjuk-petunjuk prestasi utama bagi masyarakat India telah merosot manakala bagi rakan-rakan mereka dari kaum lain meningkat," katanya.

Jangan guna statistik

Menurut Paranjothy lagi, mereka juga tidak medapatkan bahagian mereka dalam bidang pendidikan tinggi atau dalam profesyen-profesyen yang lain.

Beliau mendakwa bahawa masyarakat India Malaysia dilayan seperti rakyat kelas empat dan kelebihan mereka daripada kaum-kaum lain ialah dalam jenayah keganasan, di penjara, samseng, kes bunuh diri dan penyakit-penyakit masyarakat.

"Dasar-dasar kerajaan gagal menangani isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat India," tambahnya.

Memandangkan kerajaan telah mengakui bahawa kaum India perlu dibantu dan bersedia untuk membincangkan masalah sosial dan ekonomi yang dihadapi mereka, maka katanya, kerajaan tidak seharusnya menggunakan statistik untuk membuktikan bahawa masyarakat India lebih baik dari kaum lain.

"Sebabnya ialah kita tidak tahu metodologi dan kesahihan statistik tersebut. Kita jangan lupa bahawa kerajaan menolak laporan ASLI bahawa matlamat DEB telah lama dicapai oleh masyarakat Melayu," tambahnya.

Walaupun laporan itu dibuat oleh seorang bekas pakar ekonomi Bank Dunia, kata Paranjothy, seorang Naib Presiden kanan Umno menyifatkanya sebagai mengarut.

Paranjothy memetik kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam (kiri) dalam sebuah akhbar baru-baru ini yang menyebut bahawa masalah yang dihadapi oleh masyarakat India di negara ini adalah benar.

Menurut Musa lagi, kata Paranjothy, walaupun ada sebuah parti yang mendakwa mewakili kaum India, tetapi jelas sekali, mereka tidak puashati kerana menganggapnya sebagai tidak berkesan".

Friday, December 14, 2007

Dulu Mr Clean, sekarang DracuLAH

Ra-shit@Rashid , Tidur, jaga anak cucu lagi baik daripada menyusahkan rakyat



"Petikan berita harian hari ini yang bertajuk “SAYA SEDIA TERUSKAN KHIDMAT” ..

“GEORGETOWN: “Mereka ingat saya nak sangat kerja ini. Siapa nak kerja macam ini, kena maki hamun tanpa sebarang sebab yang jelas,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, ketika ditanya sama ada beliau akan menyambung perkhidmatannya yang tamat bulan ini.“Saya boleh tidur lena dan bermain dengan anak serta cucu, (jika tidak disambungkan). Apa maknanya duit kepada saya lagi. Gaji pun saya tidak tengok. Saya tidak perlu banyak wang untuk meneruskan hidup ini,” katanya mengulas pindaan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan bagi melanjutkan umur persaraan pengerusi dan ahli SPR daripada 65 tahun kepada 66 tahun….. “

Habis, apa lagi tunggu?.Kalau kamu bermaruah, letak jawatan. Nyahkan Ra-Shit @ Rashid.

Wednesday, December 12, 2007

Ceramah Isu Tangkapan di Parlimen

Kenyataan Bersama Meminta Temujanji Segera dengan Perdana Menteri



-- UNTUK EDARAN SEGERA --

12 Disember 2007

Kami amat prihatin dengan krisis-krisis terbaru yang membelenggu negara kita.

Kami memandang serius ketegangan kaum dan agama yang melanda masyarakat kita. Komitmen utama kami ialah perpaduan nasional, muafakat masyarakat majmuk dan juga keselamatan dan kebajikan semua rakyat Malaysia. Kami percaya satu-satunya cara memelihara nilai-nilai tersebut ialah untuk menolak pendekatan yang memecahbelahkan masyarakat dan mempertahankan jaminan Perlembagaan. Justeru kami sekali lagi ingin mengulangi komitmen kami untuk mengambil pendekatan yang benar-benar bersatu dan pelbagai kaum dan agama di dalam perjuangan kami memperjuangkan keadilan untuk semua.

Kami juga kesal dengan tindakan kasar pihak berkuasa di dalam siri penahanan yang berlangsung pada 25 November 2007 dan 9 hingga 11 Disember 2007. Penangkapan pimpinan badan bukan kerajaan dan parti-parti politik merupakan satu pelanggaran jelas hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Peristiwa tangkapan dan tekanan ini jelas bertentangan dengan jaminan kerajaan bahawa Malaysia merupakan sebuah demokrasi yang kukuh, dan akan mencemar nama negara di mata dunia.

Kami juga terus komited di dalam memperjuangkan agenda pilihan raya yang bebas dan adil di samping reformasi Pilihan Raya yang benar-benar bermakna. Pemindaan Perlembagaan yang membenarkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk terus berkhidmat setahun lagi ialah petanda jelas bahawa kerajaan benar-benar ingin meneruskan sistem pilihan raya yang penuh dengan kelemahan dan penipuan. Sekali lagi kami mendesak kerajaan untuk memberi akses yang saksama terhadap media untuk semua parti politik dan menerima bukti-bukti yang kami kumpul secara serius untuk membanteras penyelewangan pilihan raya yang menular selama ini.

Jika tiada langkah yang segera diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, kita tidak akan memperoleh keadilan, keamanan dan kebebasan. Justeru, kami bersedia untuk membawanya ke peringkat kerajaan yang paling tinggi memandangkan adalah penting masalah-masalah ini dapat diselesaikan segera.

Dengan itu, kami ingin mendapatkan temujanji segera dengan Perdana Menteri untuk membincangkan masalah-masalah negara yang mustahak ini dan mendesak beliau berpegang pada janjinya untuk mendengar masalah semua rakyat Malaysia. Di dalam pertemuan ini kami berhasrat meneruskan agenda perpaduan dan muafakat nasional di kalangan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dan meneruskan gesaan kami untuk pilihan raya yang bersih dan adil, di samping berusaha menyelesaikan masalah negara yang kita hadapi.



Joint Statement to Seek Immediate Appointment with Prime Minister

We view with great seriousness the recent crises that trouble our nation.

We are especially troubled by the racial and religious antagonism that now pervades Malaysian society. Our foremost commitment is to national unity, multiracial solidarity as well as to the safety and welfare of all Malaysians. We believe that the only way to safeguard these values is to reject socially divisive approaches and uphold Constitutional guarantees. We thus affirm our pledge to remain united in our multiracial and multi-religious approach to uphold justice for all.

We deplore the heavy handed actions of the authorities in the series of arrests that took place between the 9th and 11th of December. This brutal crackdown against leaders of civil society organisations and political parties is a clear contravention of the fundamental liberties and human rights guaranteed in our Constitution. The inconsistency of these arrests and intimidations with the government's assurances that Malaysia continues to be a strong democracy will
undoubtedly tarnish our country's reputation in the international community.

We also remain firmly committed to pursuing the agenda of free and fair elections as well as meaningful electoral reform. The amendment of the Constitution to allow the chairman of the Electoral Commission to serve for another year is a clear reminder that the government is fully intent on perpetuating an electoral system that is rife with irregularities and corruption. We reiterate our calls to the government to provide full access to the media for all political parties and to take seriously the mass of incriminating evidence that we have adduced time and time again and take all necessary measures to abolish well documented electoral malpractices.

Justice, harmony and freedom in Malaysia will be forever absent unless immediate steps are taken to remedy these vital issues. The importance of addressing them vigorously is such that we will seek to bring the matter to the highest level of government.

We are thus seeking an immediate appointment with the Prime Minister to discuss these pressing matters of state and urge him to honour his promise of being willing to listen to the concerns of all Malaysians. At this meeting we intend to pursue the agenda of national unity and reconciliation among all Malaysians regardless of race and religion, press on with our demands for free and fair elections, and work towards resolving the serious national problems we face.

Endorcees for Solidarity Press Conference 12-12-2007
(In Alphabetical Order)

Political Parties:
1 Democratic Action Party (DAP)
2 Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
3 Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)
4 Parti Sosialis Malaysia (PSM)

NGOs :

1 Center for Indepence Journalism (CIJ)
2 Centre for Policy Initiatives
3 Citizen Think Tank
4 Civil Rights Committee, KLSCAH
5 Concern Citizen Group
6 Gabungan Mansuhkan ISA (GMI)
7 Group of Concerned Citizens
8 Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9 Komas
10 Labour Resource Centre (LRC)
11 MADPET
12 National Alliance of Bloggers (All-Blogs)
13 National Human Rights Society (HAKAM)
14 National Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
15 Police Watch and Human Rights Committee
16 REFSA
17 Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
18 Writers Alliance for Media Independence
19 Youth For Change (Y4C)

Tuesday, December 11, 2007

Tan Sri Ra-shit @ Rashid disambung 1 tahun lagi Pengerusi SPR?


Tan Sri Ra-shit @ Rashid Abd Rahman dijangka akan disambung setahun lagi bagi menjadi pengampu nombor satu UMNO/BN dan menjadi penipu nombor 1 rakyat apabila Persidangan Dewan Rakyat pada 11hb Disember yang lalu meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 bagi meminda umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun sekarang kepada 66 tahun.

Keputusan itu dicapai menerusi undi belah bahagian dengan majoriti 189 undi daripada 219 anggota Parlimen. Hiduplah kamu terus dalam noda dan dosa Ra-shit @ Rashid. Moga-moga Allah s.w.t mengampunkan kamu.

Sebarkan..


Teks:
Mempertahankan pemimpin yang rasuah, pencuri harta negara tapi... kamu menentang
orang yang ingin menyelamatkan negara kamu.

Memukul rakyat yang tak bersenjata yang berkumpul secara aman... sedangkan kau
lengkap bersenjata dan berperisai.

Memberi nafkah kepada anak isteri hasil dari sumber memukul orang yang tak bersalah...
sedangkan apa yang mereka perjuangkan untuk kebaikan kamu sekeluarga juga.

Menghirup udara yang Allah sediakan tapi tak pernah bersyukur sebaliknya terus
menerus berbuat dosa... sedangkan dia boleh mengambil nyawa kamu bila-bila masa sahaja.

Anak-anak mu akan jadi mangsa kejian kat sekolah yang mengatakan ‘polis jahat, polis
jahat’... sedangkan anak kamu tak bersalah apa-apa.

Sepatutnya kamu adalah pasukan paling alim sekali kerana di topi kamu ada Allah &
Muhammad... tapi nampaknya pasukan kamu paling zalim sekali.

Dipergunakan sewenang-wenangnya sampai tak mampu berfikir mana dosa mana
pahala... sedangkan kamu perlu bawa pahala bila mati nanti.

Kamu bertungkus-lumus tak tidur malam dan siang untuk menghimpunkan dosa
kering... sedangkan ‘penyangak’ yang kamu bela tidur lena di mahligai serba mewah.

Sudah-sudahlah diperbodohkan sampai hilang harga diri... nanti tak pasal-pasal takut
balik ke kampung sendiri kerana bimbang kena sumpah sampai tujuh keturunan.

Marilah bersatu bersama ulama’ InsyaAllah semua akan selamat dunia dan akhirat ...
dan kamu semua boleh hidup selesa kerana bila keberkatan dari Allah tiba nescaya
serba-serbi menjadi mudah.

Lagi gambar peristiwa hitam 11 Disember 2007 dalam sistem berparlimen Malaysia




Anwar palu gendang perang terhadap Abdullah? Memang patut pun



Oleh Wartawan KLpos.com

BOLEH dikatakan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai telah tiba di penghujungnya adalah kritikan paling keras yang pernah dibuat terhadap Anwar terhadap Abdullah sejak dibebaskan dari penjara pada 2004. Jika sebelum ini, Anwar sering didakwa 'perlahan' ketika menyuarakan kritikan terhadap Abdullah. Beberapa kejadian akhir-akhir ini menukar rentak bekas orang nombor dua negara itu.

Bermula dengan perhimpunan Bersih 10 November lalu, Anwar dilihat sudah melaungkan kembali kata-kata keramat 'reformasi'.

Dan terbaru, Anwar berterus-terang mengatakan tindakan melampau terhadap anggota pembangkang, peguam dan aktivis masyarakat kebelakangan ini petanda kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi semakin goyang dan sudah sampai ke penghujungnya.

Apakah ini petanda bahawa Anwar sudah dapat 'angin' untuk 'berlengan' dengan Abdullah sehingga beliau menukar rentak menghadapi orang nombor satu itu?

Jika sebelum ini, dalam pilihanraya kecil Ijok terutamanya, Anwar dilihat banyak menumpukan serangan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Najib Tun Razak, sehingga ada cakap-cakap Anwar dan Abdullah ada deal, tapi melihat perkembangan terbaru ini, pasti ramai ahli pembangkang menarik nafas lega.

Anwar nampaknya sudah memalu gendang perang menentang Abdullah.

Menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, rakyat Malaysia turun ke jalan untuk turut serta dalam perhimpunan aman untuk mendesak perubahan sistem pilihan raya dan kerajaan telah bertindak balas dengan menggunakan ancaman ISA untuk menakut-nakutkan pimpinan masyarakat.

"Di Malaysia, rasuah terus menular di kalangan pimpinan UMNO dan BN. Keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman telah punah. Jenayah telah meningkat. Ekonomi semakin lesu dan media perdana kawalan UMNO-BN masih dikuasai kerajaan," katanya.

Anwar yang baru tiba dari lawatan rasmi di luar negara turut melahirkan rasa kecewa beliau terhadap tindakan pegawai Imigresen yang menahan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Menurut Anwar, sebaik sahaja beliau tiba di KLIA tiba beliau ditahan oleh pegawai Imigresen yang memaklumkan bahawa namanya telah timbul dalam “senarai yang disyaki”.

"Tiada penjelasan tambahan yang diberikan. Setelah itu paspot saya dikembalikan dan saya meninggalkan lapangan terbang," kata Anwar.

Jelas Anwar lagi, kerajaan menggunakan alasan keselamatan awam, untuk menahan pimpinan pembangkang dan badan bukan kerajaan.

"Tindakan melampau ini petanda jelas kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sudah sampai ke penghujungnya," kata beliau.

Polis tahan pemimpin pembangkang di luar Parlimen

Sementara itu, dalam kejadian di Parlimen pagi semalam, polis menahan 29 orang di beberapa lokasi, termasuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang membolosi sekatan polis di laluan utama menghala ke bangunan Parlimen.

Tian Chua yang menaiki sebuah kereta dilaporkan membolosi sekatan polis di di Jalan Parlimen, berhampiran pintu masuk utama ke Parlimen, sementara seorang lelaki yang bersamanya di dalam kenderaan tersebut turut ditahan.

Menurut saksi, polis mengepung kereta Tian Chua dan membawanya keluar sebelum menahannya pada kira-kira 10.40 pagi. Seorang lagi yang berada dalam kereta tersebut, turut ditahan.

Chua tidak berhenti di sekatan jalanraya itu dan berkeras untuk meneruskan perjalanannya sebelum polis menahannya.

Kira-kira 10 minit kemudian, aktivis Arutchelvan dan seorang individi ditahan, juga ketika cuba melepasi benteng polis. Para pemimpin PAS pula ditahan tidak jauh dari situ sejurus kemudian.

Turut ditahan ialah Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkifli Ahmad; Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; penganalisis pilihan raya Malaysia, Wong Ching Huat; Koordinator Suaram, Yap Swee Seng serta beberapa lagi.

Tian Chua dibawa ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur.

Menurut sumber, beliau bagaimanapun dibebaskan jam 9.00 malam semalam.

Suara rakyat cuba dimatikan

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dalam kenyataannya berkata, PAS berasa amat kesal di atas apa yang berlaku kerana perkara seperti ini sepatutnya tidak disekat lebih-lebih lagi adalah menjadi hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

"BERSIH tidak merancang untuk mengadakan keganasan atau rusuhan, sebaliknya merancang untuk bertemu dengan Perdana Menteri secara aman di Parlimen bagi menyerahkan memorandum rakyat," kata Mahfuz.

Menurutnya, PAS bimbang jika keadaan ini terus berlaku, pemerintah kuku besi hari ini akan berkata kepada rakyat, "I am the State" seperti yang diucapkan oleh Raja Louis XIV di Perancis pada abad ke-17 dahulu. Di sinilah bermulanya penindasan besar-besaran regim zalim dan angkuh ke atas rakyat.

"PAS melihat apa yang berlaku di Parlimen pada hari ini adalah suara rakyat yang datang ke satu institusi tertinggi rakyat iaitu Dewan Rakyat bagi menyampaikan suara hati mereka," kata beliau.

Polis Mesra dan Betul??? Yang pasti jadi baruaaaa UMNO





10 Langkah menyekat Malaysia menjadi Negara Polis yang kejam

Oleh ahmadhadeed

"Apakah ciri ciri negara polis?. Pertama ialah pihak memerintah akan menggunakan undang undang untuk menangkap rakyat sewenang wenang tanpa peri kemanusiaan. Malaysia telah mempunyai sifat ini apabila menangkap ramai pemimpin bersih dan seteru politik tanpa sebab .Dalam masa yang sama kerajaan tidak melayan langsung desakan rakyat kepada perubahan sistem pilihanraya yang lebih bersih. Ciri kedua ialah penguasaan makhamah dan polis oleh parti tertentu dengan tujuan menggunakan kuasa untuk menghapuskan kebebasan rakyat. Konspirasi menenggelamkan kes tape Lingam adalah buktinya.

malaysia memang sedang berada dalam satu persimpangan yang sangat kritikal SEKARANG. Peristiwa yang berlaku dengan cepat dan nekad memerlukan rakyat dan Umat Islam mesti juga bertindak cepat dan bijak untuk tidak kalah dari di out moneuvered sehingga terpaksa menjadi hamba kepada segelintir manusia durjana di negara ini. Kita tidak oleh teragak agak untuk berusaha menahan Malaysia dari merudum kepada jalan tanpa kembali yang gelap ia itu kearah wujudnya Malaysian Police State yang zalim di bawah parti Gestapo UMNO.

Sebenarnya umno telah KETAGIH dengan salah guna kuasa untuk terus memerintah Malaysia yang kaya raya dengan harta mahsul yang di beri oleh Allah kepada rakyat Malaysia.Harta ini adalah kurniaan Allah kepada rakyat malaysia bukan untuk di curi oleh pemimpin yang khianat . Umno sudah terlalu ketagih menyalah guna kuasa kerana bagi mereka semenjak 50 tahun yang lalu , salah guna kuasa , salah guna petadbir awan , salah guna dana awam dan salah guna undang undang telah menjadi taktik yang begitu selesa bagi mereka untuk terus memenangi poiliharaya dan memerintah rakyat dengan segala jenis ugutan. Monopoli kuasa perundangan dan penafsiran mengikut nafsu mereka tidak boleh terus di izinkan kerana yang merana ialah rakyat juga

Siri penankapan Mohd Saboo, Tian Chua , Dr Zul dan ramai aktivis rakyat terutama aktivis PAS adalah bukti kukuh bahawa UMNO mahu menutup semua mulut mengkritik mereka dengan kekerasan dan langkah yang kurang ajar. Semua saluran mengkritik kerajaan zalim ini sudah tertup. Masjid sudah di kunci , universiti di mandulkan , sekolah hilang kehebatannya dan semua aktiviti berceramah di sekat.Perkara ini akan terus berlaku di bawah kepimpinan Dollah Badawi . president UMNO yang degil , bodoh ,zalim dan keras hati.

Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk menyekat negara kita merudum ke arah menjadi negara polis (police state) atas nafsu serakah UMNO untuk terus memerintah walau pun mereka telah melakukan beribu salah laku dan kemunkaran.

Inshaaalah saya akan mengariskan 10 langkah yang boleh di amalkan untuk melambatkan , menahan dan survive program golongan jahat untuk menjadikan Malaysia negara polis saperti Burma.

1. Pastikan anda dapat maklumat dari berbagai sumber apabila menganalisa sesuatu isu atau berita yang berlaku dalam negeri.

2. Ketahui hak saudara saudari dari segi perundangan Malaysia apabila ada pihak ingin menzalimi saudara dengan undang undang

3. Menguatkan hubungan dengan keluarga , jiran dan masyarakat setempat supaya keluarga anda terbela apabila anda di zalimi

4. Mempunyai perniagaan sendiri walau pun anda telah bekerja dengan kerajaaan. Dengan langkah ini anda tidak senang diugut oleh mana mana pihak dari segi periuk nasi menampung keluarga

5. Sentiasa mempunyai simpanan kewangan secukup sebagai persiapan untuk keluarga kalau di zalimi.

6. Ajarkan anak dan keluarga berdikari supaya mereka dapat meneruskan hidup apabila anda di zalimi

6. Berada bersama Jemaah Islam kerana kesusahan dan kesakitan di atas perjuangan Islam adalah amal soleh

7. Sentiasa membaca Quran dan berzikir untuk menguatkan ruh islam bagi menghadapi 'mental torture' mereka yang memusuhi manusia dan islam

8. Sentiasa memikirkan apakah sumbangan yang terbaik yanng boleh anda sumbangkan untuk memastikan orang jahat tidak di beri peluang memerintah negara

9. Pastikan anda tidak terpengaruhi dengan dakyat jahat golongan anti Islam dan anti kebaikan yang di sebar melalui TV , Radio, Ucapan perasmian dan buku buku rasmi

10. Memastikan tubuh badan sihat dan gagah kerana tubuh yang lemah dan tidak sihat adalah unsur yang menjemput manusia jahat menindas kita.

Inshaallah dengan petua di atas kita akan di lindungi Allah untuk terus istiqamah dan berani melangkah bersma perjuangan Islam dan perjuangan membela rakyat demi untuk memberi keadilan dan kesahjateraan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira kaum atau ugama.

Allah hu Akbar
Cukuplah Allah sebagai Pelindung Kita"