Tuesday, November 27, 2007

Eksklusif: "Era BN peralat SPR sudah berakhir," Azmin Ali



60 kawasan Parlimen tumpuan PKR

Oleh Wartawan KLpos.com

Eksklusif KUALA LUMPUR: Barisan Nasional akan menghadapi masalah jika terus menggunakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menipu dalam pilihanraya akan datang, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali kepada KLpos.com. Menurut beliau, PKR dan parti-parti pembangkang cukup bersedia menghadapi pilihanraya kali ini termasuk menggunakan 'perisian' canggih mengesan sebarang bentuk penipuan.

Azmin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP), berkata, partinya dengan kerjasama sekumpulan pakar teknologi maklumat berjaya mencipta satu perisian komputer yang canggih bagi mengesan sebarang penipuan pilihanraya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas persiapan PKR menghadapi pilihanraya kali ini.

"Perisian tersebut dikenali sebagai Sistem Menang Pilihanraya ke 12 (Sismep 12) dibuat dengan kerjasama sekumpulan pakar IT yang kecewa dengan penipuan beberapa pilihanraya sebelum ini," kata beliau.

Katanya lagi, era di mana BN menggunakan SPR untuk menang dalam pilihanraya sudah berakhir dengan kewujudan perisian canggih tersebut.

Apa itu Sismep 12?

Mengulas lanjut, kata Azmin, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP), beliau memberikan taklimat kepada pimpinan PKR berhubung tahap akhir persiapan parti untuk memastikan kemenangan dalam PRU ke 12.

"Saya menyerahkan 'thumb drive' kepada 60 Parlimen Tumpuan. Thumb drive ini mengandungi 11 fail termasuk aplikasi SISMEP 12 dan aplikasi SISMEP 12 Semak; Daftar Pemilih yang sudah diklasifikasi secara sistematik mengikut kategori pengundi baru, pengundi yang berpindah ke kawasan lain, pengundi yang berpindah masuk dan pengundi yang hilang; strategi menyusun kerja menang (winning strategy) berserta slides yang memaparkan isu-isu semasa; mesej politik untuk menjana sokongan rakyat yang merangkumi program dan dasar parti yang bersifat 'peduli rakyat' yang ditawarkan oleh PKR."

Mesyuarat persiapan pilihanraya PKR

Pada 25 November lalu pimpinan tertinggi PKR mengadakan mesyuarat mengenai persiapan terakhir menghadapi pilihanraya. Ia diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Sesi taklimat ini disertai oleh ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Pengarah Pilihan Raya Negeri-Negeri , Setiausaha Perhubungan dan Pengarah Pilihan Raya Angkatan Muda dan Wanita Pusat.

Menurut Azmin, hampir 100 orang pimpinan kanan parti mendengar dengan tekun amanat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan persoalan pokok iaitu menyusun rangka kerja yang strategik, memantapkan jentera dan mematuhi arahan parti.

"Anwar juga membayangkan bahawa PKR akan menonjolkan tokoh tokoh baru yang berwibawa dan pastinya akan melonjakkan sokongan baru kepada parti," kata beliau.

Anwar ketuai cabaran pembangkang

Kecuali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, PKR dengan pimpinan Anwar akan mengetuai pakatan pembangkang di negeri-negeri lain.

Sumber parti tersebut memberitahu, PKR akan bertanding lebih banyak kerusi dari parti-parti pembangkang lain di negeri-negeri yang diketuainya.

"Ia bagi mengimbangi 'pertembungan' antara penyokong PAS dan DAP," kata sumber tersebut.

Menurutnya, Anwar yakin jika 'pertembungan' antara dua penyokong parti pembangkang itu dapat di 'tumpul'kan. Pembangkang akan memperolehi kejayaan besar dalam pilihanraya akan datang.

PKK kini dikatakan tersepit di antara dua parti tersebut. "Jika Anwar berjaya keluar dari situasi tersebut, sudah pasti pembangkang untung besar," kata sumber.

Suasana kecoh di Batu Caves







Ayoyo! Nallakaruppan ikrar sokong BN. Mcm mana Ezam??



Oleh pemudawilayah

"Oleh HermanSamsudeen

Ayoyo…ini macha sudah kena beli oleh BN…timbang kilo, smua krusi dia nak bagi kat BN…. Ezam apa crita, dulu dia juga ada baik sama ini Macha… jangan bikin bigini la kawan, nanti ‘roti canai’ trus naik harga la…..smua mau kasi BN….cit..poorah!!!

KUALA LUMPUR 25 Nov (Utusan Malaysia). – Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) yang dilancarkan hari ini dengan diketuai oleh ahli perniagaan, Datuk S. Nallakaruppan mengumumkan untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, MUIP merupakan sebuah parti politik baru mewakili kaum India di negara ini dan ia (MUIP) bukannya berperanan sebagai pembangkang.

Kata Nallakaruppan, penubuhan MUIP tidak bermakna MIC sebagai parti terbesar mewakili masyarakat India gagal menjalankan tanggungjawabnya.

Tambahnya, beliau juga mempunyai rancangan untuk memohon menjadikan MUIP sebagai salah satu parti komponen BN.

‘‘Fokus kami adalah untuk membantu masyarakat India dengan memberi tumpuan terhadap isu pendidikan, ekonomi dan sosial.

‘‘Jika MIC dan Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) ingin berkerjasama dengan MUIP, saya alu-alukan. Ini tidak bermakna saya akan bergabung dengan MIC atau IPF,’’ katanya ketika berucap pada majlis pelancaran MUIP di sini hari ini.

Nallakaruppan pernah menjadi Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Kepong sebelum meninggalkan parti itu pada 25 Mei lalu atas alasan Keadilan tidak berminat membantu masyarakat India.

Mengulas lanjut, beliau berkata, MUIP ketika ini mempunyai kira-kira 25,000 orang ahli dengan majoritinya adalah golongan belia.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas pilihan raya umum akan datang, Nallakaruppan berkata, beliau tidak ingin bertanding sebaliknya mahu memberi fokus terhadap kerja-kerja parti.

‘‘Saya tidak akan meminta kerusi daripada BN untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Biar saya laksanakan kerja-kerja parti dahulu,’’ katanya.

Ditanya mengenai hubungan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nallakaruppan dengan sinis berkata, ‘‘Anwar yang mana satu, saya ada banyak kawan bernama Anwar. Apakah anda (wartawan) bertanya Anwar yang menjadi Penasihat Keadilan itukah?

‘‘Anwar buat kerja dia, saya buat kerja saya.’’

"