Sunday, March 23, 2008

AWAS

Agak lama laman ini tidak di updatekan. maklumkan lepas2 pilihanraya ni agak kepenatan kerana berjuang selama 20 hari tanpa henti2. bermula dari pagi sampai pukul 3 , 4 pagi baru balik umag. penat penat. Tapi semua kepenatan itu berbalas kerana kita berjaya bukan sahaja di gombak bahkan seluruh Selangor. Tahniah semua.

Namun apa yg ingin saya timbulkan disini ialah perjuangan kita mestilah berlandaskan keikhlasan dan istikomah atau konsisten. Berjuang masa kalah dan menang, masa susah dan senang. Bukan masa susah dan kalah, terus meghilangkan diri tanpa mengucapkan kata sepatahun, tiba-tiba saja hilang. MIA, missing in action.

Dalam masa menang inilah, insan-insan yang dulunya hilang entah kemana, tanpa khabar, tiba-tiba muncul kembali mendabik dada akulah pejuang dulu,kini dan selamanya dengan KeAdilan. Mereka-mereka inilah sekarang yang melobi itu dan ini. Mengimpit YB2 kita untuk sesuatu.Sedangkan engkau dah hilang 5,6 tahun.Kononya kerana bisness.takut kontrak kena tarik. Itu bukan alasan. Ramai jugak antara kita yang terus berniaga walaupun dalam KeAdilan bahkan pegang jawatan lagi di cawangan dan bahagian.

Inilah perkara yang perlu kita ambil perhatian selepas kemenangan ini kita kecapi. Berjaga-jagalah dengan individu seperti ini. Awas semua.