Saya adalah antara puluhan ribu yang mempunyai jiwa yang berani dan merdeka , mewarnai kota Kuala Lumpur dengan warna kuning sebagai tanda protes kita dan menyokong kepada tuntuan pilihanraya yang adil dan bebas. Saya bersama teman-teman dari DUN Batu Caves Wan hazran, aslam, zul hamzah dan kamarudin harun menaiki LRT di hentian putra. disana bertemu dengan ramai teman-teman PAS Gombak.
Turun sahaja di masjid jamek , dah pun terasa pedih mata akibat tembakan gas pemedih mata FRU. Saya bersama rakyat yang berkumpul disitu telah cuba mengasak pihak polis untuk mara ke dataran merdeka, Tetapi sekali lagi ditembak. mula bertempiaran sekali lagi. ribuan terperangkap dalam masjid jamek. mula betempik AllahuAkbar , bersemangat. Memang dimasjid jamek suasana agak tegang berbanding di tempat lain. Dianggarkan hampir 20,000 yang berada diperkarangan masjid jamek dan sekitar. mula sekitar 500 berada disitu, siap untuk membelasah.
Rasa semangat dimasjid jamek kerana ramai anak-anak muda dan wanita yang turut serta. Dalam keadaan semangat tersebut, dapat panggilan dari zul hamzah minta turun ke Central market kerana boss sdr Azmin Ali telahpun berada di dayabumi, terus kesana bersama wan dan aslam walaupun hati kecil masih ingin terus berada di masjid jamek bersama teman-teman yang semangatnya cukup berkobar melawan pihak FRU dan polis.
Di bus stand klang tunggu sdr Azmin Ali tetapi masih tidak kelihatan. Dapat arahan terus mara ke Istana negara, bergerak bersama ribuan rakyat. sepanjang perjalanan lautan kuning bertali arus sepanjang hampir 2 km. tiba di istana negara sekitar 3.45. rupanya di istana negara puluhan ribu rakyat telah berada disana. cukup menaikkan bulu roma melihatkan kehadiran yang sebegitu ramai. kali terakhir lihat sewaktu era reformasi.
Ramai yang dapat saya jumpa disana seperti Raja Petra, kak marina , bertemu AMK gombak antaranya jaffrien, zaki, jebat, halim dan azihan.
Selesai bergerak pulang ke masjid negara . dalam perjalanan berbual dengan johari abdul, Ahli MPT atau lebih mesra dengan abg Jo. Beliau menyatakan , kehadiran hari ini lebih ramai dari 1998. Ada kebenarannya dakwaan beliau. Mmg ramai, saya anggar sekitar 150,000 yang hadir.
Saya pada hari ini amat berbangga sekali dengan diri saya dan semua yang hadir kerana kita telah bertindak sebagai mana kata DSAI " Ubah sebelum parah, ubah demi maruah". 10hb Nov 2007 kita menjadi insan yang bermaruah.
Sunday, November 11, 2007
Gambar menceritakan segalanya
Subscribe to:
Posts (Atom)