Sunday, July 29, 2007

The real monkey

DSAI di Konvensyen KeAdilan Selangor


DSAI semalam 29hb Julai menghadiri program Konvensyen KeAdilan Selangor di De Palma Hotel, Shah Alam. Beliau turut memberi kata-kata semangat pada peserta-peserta yang melimpahi ruang dewan sekitar 150 orang. Syabas bahagian-bahagian di Selangor yang jelas menunjukkan pada orang-orang tertentu di Selangor yang cuba menjahanamkan KeAdilan di Selangor bahawa kita adalah pejuang sejati. Bukan seperti mereka yang ibarat "tin kosong" yang hebat dengan kata-kata tetapi kosong dari segi pengisian semangat dan istiqomah.

Eksklusif: "Teroka pemikiran baru" Anwar Ibrahim


Oleh Wartawan klpos.com

KUALA LUMPUR: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin tertinggi parti tersebut membuat lawatan kerja ke Indonesia pada 23 hingga 25 Julai lalu.

Anwar bersama Adi Sasono (tengah) serta Naib Presiden PKR Azmin Ali

Menurut Naib Presiden PKR, Azmin Ali lawatan itu bagi memenuhi undangan yang diterima Anwar daripada tokoh politik, pemimpin korporat dan NGO negara itu.

"Sepanjang dua hari, jadual Anwar amat ketat kerana menghadiri perbincangan, forum dan seminar anjuran berbagai pihak," katanya ketika ditemui klpos.com hari ini.

Anwar diberi perhormatan menjadi panelis dalam seminar bersama Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT).

Dalam ucapannya, Anwar menekankan supaya generasi muda meneroka pemikiran baru serantau selain berani mengungkapkan kebenaran dan idea-idea yang mendahului zaman.

Dialog dengan organisasi Islam anjuran Permodalan Nasional Madani (PNM)

"Golongan muda perlu menekankan dimensi intelektual dalam gerakan politik dan tidak bersifat pasif dengan menerima apa sahaja yang berlaku tanpa keberanian untuk melawan,".

Jelasnya lagi, nahdah atau kebangkitan Asia hanya akan berlaku jika matlamatnya adalah untuk memperkasa negara dari segi ekonomi, demokrasi dan menjamin hak sebagai rakyat merdeka.

Dalam kunjungannya itu juga, Anwar sempat berforum bersama tokoh reformasi negara itu Dr H.M Amien Rais dan bekas Menteri Kewangan Indonesia Dr Fuad Bawazier.

Sementara itu, Anwar dalam satu posting di blog peribadinya memberitahu, ketika di Jakarta beliau sempat juga berbincang dengan Bekas Presiden Abdurrahman Wahid.

TUKAR PANDANGAN... Anwar bersama bekas Menteri Kewangan Indonesia Dr Fuad Bawazier (tengah) dan tokoh reformasi Dr H.M Amien Rais di Jakarta baru-baru ini.

"Pada sebelah malamnya, saya telah diminta menghimbau permasalahan yang menimpa umat dengan wakil gerakan Islam dan sarjana. Dialog dipengerusikan tokoh Islam Adi Sasono dan dihadiri di antara lain oleh Dr Siddiq (Dewan Daawah Islamiyah), bekas menteri Sugianto dan lain-lain,"katanya.

Petanda positif dalam rundingan kerusi - Azmin

Oleh Haniza Talha

Rundingan antara rakan-rakan DAP dan PAS berjalan lancar dan menunjukkan petanda positif akan selesai sepenuhnya dalam masa terdekat, beritahu Pengarah Pilihan Raya Pusat Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali. Beliau berkata demikian dalam Konvensyen Negeri Selangor sehari yang diadakan di Shah Alam.

Konvensyen yang dihadiri oleh seluruh kepimpinan negeri Selangor termasuk Bahagian-bahagian, Wanita dan Angkatan Muda daripada 22 bahagian.

Menurut Azmin, rundingan mengenai kerusi-kerusi yang bertindih juga akan dibincangkan dan kali ini suasana persefahaman antara parti-parti pembangkang lebih jelas kerana semua menumpukan kekuatan untuk mengalah musuh yang satu iaitu Barisan Nasional.

Seperti yang disebut sebelum ini, Keadilan akan bertanding di 60 kerusi Parlimen dan 120 kerusi DUN. Syarat pemilihan ‘Parlimen Tumpu’ yang diputuskan’ oleh Majlis Pimpinan Tertinggi, mengikut Azmin, sangat menyeluruh. Pemilihan mengambilkira berbagai maklumbalas daripada berbagai pihak; pimpinan negeri, NGO dan keputusan-keputusan pilihan raya umum yang lepas.

Beliau juga telah menyerahkan senarai semak Gerak Kerja Pilihan Raya yang komprehensif, mengambilkira semua aspek kesan utama (Key Result Areas) untuk menang pilihan raya

Menjawab soalan mengenai gerak kerja pilihan raya di tempat-tempat yang parti tidak bertanding, beliau menegaskan, dengan semangat setia kawan, petugas-petugas parti akan tetap bergerak di tempat tersebut, membantu calon PAS atau DAP .

Parti sudah dapatkan daftar pemilih terkini iaitu yang digazetkan pada Mac 2007, dan sedang menyediakan SISMEP Fasa 2 daripadanya tidak lama lagi, tambah beliau.