Monday, June 11, 2007

Berita gempar dari Azmin

Dalam ucapan penutup kursus paca KeAdilan Gombak, Sdr Azmin Ali, Naib Presiden Parti KeAdilan Rakyat merangkap Ketua Bahagian Gombak telah mendedahkan taktik kotor yang akan digunakan oleh UMNO/BN/SPR/JPN/Polis dan yang sekutu dengannya dalam pilihanraya umum akan datang. Menurut beliau taktik tersebut ialah, mana-mana pengundi yang telah tidak mengundi sejak 3 pilihanraya yang lalu iaitu tahun 1995, 1999 dan 2004 atau sekurang-kurangnya tidak mengundi dalam 2 pilihanraya yang lalu, kad pengenalan mereka akan di cetak atau di duplicate untuk kegunaan sewaktu pilihanraya umum nanti. Kad pengenalan ini akan di pegang oleh anggota polis.

Sekiranya mereka masih tidak lagi mengundi pada tahun ini atau 2008, selepas pukul 3 pada hari mengundi , kad pengenalan mereka akan digunakan untuk tujuan mengundi oleh anggota polis tersebut.

So, mana-mana individu yang masih tak keluar mengundi nanti berhati-hatilah. mungkin kad pengenalan anda akan disalahgunakan oleh UMNO/BN untuk kemenangan mereka. Awas..

Ekslusif : Pilihanraya umum pertengahan Ogos ini?

Oleh: Wartawan klpos.com

TEKA-TEKI mengenai tarikh pilihanraya semakin kerap kedengaran, terbaru Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dijangka membubarkan Parlimen pada awal Ogos ini. Menurut satu sumber, Abdullah telah diberikan 'breafing' daripada sumber keselamatan dan dijangka memaklumkan kepada Kabinet mengenai perkembangan tersebut awal Julai.

*Manipulasi semangat patriotik

*kegembiraan 1.2 juta kakitangan awam

Abdullah dijangka melakukan lawatan rasmi ke luar negara mulai minggu hadapan dan apabila kembali semula ke Malaysia pada minggu ketiga Jun, beliau akan melakukan 'roadshow' memperkenalkan isteri barunya kepada orang ramai di seluruh negara.

"Disamping memperkenalkan isterinya di dalam 'roadshow' terbabit, Abdullah akan meninjau persiapan pilihanraya Barisan Nasional (BN) di setiap negeri dan jika beliau berpuas hati, Parlimen akan dibubarkan Ogos ini," kata sumber berkenaan.

Menurutnya lagi, BN akan memanipulasikan semangat patriotik rakyat sempena 50 tahun merdeka untuk meraih sokongan besar dalam pilihanraya akan datang.

"Ini penting kerana semangat patriotik paling tinggi pada bulan terbabit selain faktor kenaikan gaji kakitangan awam berkuat kuasa pada bulan Julai," katanya.

Jelasnya lagi, Abdullah akan mengambil kesempatan daripada rasa gembira kakitangan awam berikutan kenaikan gaji.

"Kalau kerajaan tunggu lebih lama lagi, kakitangan awam akan lupa tentang kenaikan gaji terutamanya selepas sambutan hari raya pada Oktober nanti,"katanya.

Terdapat lebih 1.2 juta kakitangan awam yang berkhidmat dengan kerajaan dengan sebahagian besar merupakan kaum bumiputera.

Ogos juga bulan di mana terdapat cuti penggal persekolahan dan foktor tersebut penting kerana pusat pengundian dilakukan di sekolah-sekolah seluruh negara.

Sementara itu, guru-guru yang berkhidmat sebagai pegawai pilihanraya SPR telah selesai menjalani kursus mengendalikan pilihanraya yang diadakan sejak April lalu.

Abdullah sebelum ini dilaporkan mengadakan pertemuan tertutup dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di Pulau Pangkor pada Mei lalu.

Perjumpaan tiga jam itu diadakan semasa Perhimpunan Tahunan Ahli Parlimen dan Kelab Penyokong Barisan Nasional 11 hingga 14 Mei lalu.

Tarikh lain yang disebut-sebut untuk diadakan pilihanraya adalah September dan November tahun ini.