Thursday, November 22, 2007

Satu lagi kampung melayu lenyap



Kg Abdullah Hukum di Bangsar telah ranap untuk tujuan pembangunan. Satu lagi perkampungan melayu di tengah-tengah kuala Lumpur hilang dalam peta. Inilah hasil pembangunan yang diperjuangkan UMNO. Menghapuskan kampung-kampung melayu untuk diberi kepada tokey-tokey kaya. Mana lagi kampung melayu di tengah-tengah Kuala Lumpur yang boleh dijadikan tatapan anak-anak kita dimasa hadapan. Kg Barupun akan mengalami nasib yang sama sikit masa lagi.

DiGombak banyak kampung-kampung setinggan melayu mengalami nasib yang sama. Apa jadi Kg Desa Mokmin, Kg Sri Temenggong, Kg Fajar, Batu 8, Kg Jaya dan banyak lagi. Begitu juga Kg Berembang di Ampang. Semua hilang dalam lipatan sejarah. Semua untuk pembangunan. Mana mampu orang-orang melayu beli rumah yang harga RM200,000 - RM300,000 seunit. Yang pasti dapat untung ialah Ketua UMNO Bahagian yang bersekongkol dengan pemaju-pemaju kaya. Fikir-fikirkanlah.