Sunday, August 5, 2007

Program Lawatan Kerja DSAI Ke Gombak

11 Ogos 2007 [Sabtu]:
Lawatan Ke Parlimen Gombak, Selangor

1. Jamuan Teh Rakyat
Tempat: Dewan SRJK (C) Keow Bin, Batu Caves
Masa: 4.30 petang

2. Jamuan Makan Malam Rakyat
Tempat: Padang Madrasatul Islamiyah, Blok T, Rumah Pangsa PKNS, Hulu Kelang.
Masa: 8.00 malam

3. Pidato Perdana Barisan Rakyat
Tempat: Padang Taman Permata, Hulu Kelang, Gombak
Masa: 9.00 malam
Penceramah: DSAI, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Sdr. Azmin Ali, Dr. Hatta Ramli

Semua rakyat di jemput hadir.

AWAS !! Samseng akan bermaharajalela



Ketua Samseng dan Ketua Mat REmpit Semalaysia akan bermaharajalela. Ingat betul2 muka dia ni.

7 September penentu masa depan politik Azmin Ali


Oleh Wartawan klpos.com

SEMUANYA teka-teki, dan 7 September ini merupakan penamatnya. Nasib dan takdir politik Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Azmin Ali akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

BERAKHIRKAH percaturan politik leftenan kanan Anwar Ibrahim ini, atau ada sinar baru dalam pilihanraya umum nanti?

Azmin dalam proses merayu keputusan mahkamah sebelumnya yang menetapkan beliau bersalah memberi keterangan palsu dalam perbicaraan melibatkan boss keADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Mac 1999.

Kisahnya berliku, Azmin dikatakan berbohong di mahkamah tinggi dan didakwa di mahkamah seysen, pada awalnya Azmin dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ampang pada 13 Julai 1999, tapi kegembiraannya tidak bertahan lama, pendakwaraya mengemukakan rayuan dan dia dibicarakan semula.

Hakim baru namanya Akhtar Tahir pun bersidang, dan pada 2 Mei 2001, Azmin dijatuhi hukuman bersalah dan dihukum penjara 18 bulan. Mujur hukuman itu tergantung sementara Azmin mengemukakan rayuan balas.

Berikutan kes ini, Azmin tidak boleh bertanding dalam pilihanraya umum 2004, beliau yang sebelum itu merupakan Adun Hulu Kelang dinafikan hak secara undang-undang untuk mempertahankan kerusinya kerana ada kes di mahkamah.

Dan kini, jika didapati bersalah, Azmin mungkin akan hilang kesempatan untuk bertanding lagi, apakah nasibnya nanti?

Dalam keADILan ini, selain Anwar, Wan Azizah dan Dr Syed Husin, Azmin merupakan tokoh paling kanan, dia juga merupakan pengarah pilihanraya parti berbagai kaum itu.

Memartabat bangsa, memperkasa negara

Ketika dihubungi klpos.com, Azmin memberitahu beliau dalam keadaan bersemangat hendak mendengar keputusan mahkamah itu nanti.

"Kes ini terlalu lama, ditanguh berkali-kali, saya amat menantikan keputusan ini untuk menentukan langkah selanjutnya," kata beliau.

Ketika ditanya jika rayuannya ditolak mahkamah, apakah beliau akan terus berpolitik, kata Azmin, "Kita akan lihat nanti, tapi perjuangan saya dan rakan-rakan dalam keADILan bukan semata-mata untuk pilihanraya.

"Perjuangan kami untuk perubahan di Malaysia bagi memartabat bangsa dan memperkasa negara," katanya.

Menurut beliau, semalam peguam-peguamnya dan pihak pendakwaraya selesai menggulung hujah masing-masing.

"Sehari dua ini saya sibuk betul, setiap hari ada perbincangan dengan peguam bagi memastikan semuanya semua hujah yang kami kemukakan tidak mampu ditolak dan rayuan saya diterima," katanya berharap.

Azmin diwakili peguam Christopher Fernando dan C.V. Prabhakaran dan kes beliau didengar oleh Hakim Datuk Abdul Kadir Musa.

Persiapan pilihanraya keADILan

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan pilihanraya keADILan, Azmin berkata semuanya berjalan lancar.

"Perundingan kerusi dengan DAP dan PAS cukup optimis, begitu juga persiapan menifesto dan lain-lain lagi," ujar beliau.

Mengenai senarai calon keADILan, kata Azmin, akan ada beberapa kejutan yang dibuat oleh parti itu nanti.

"Insyallah kami akan membariskan calon-calon terbaik merangkumi semua golongan termasuk wakil NGO, profesional, anak muda, dan ahli perniagaan terkenal mewakili semua kaum," kata beliau.

Ditanya di mana beliau akan bertanding nanti dan apakah berminat mencuba nasib sekali lagi di Dun Hulu Kelang, kata Azmin, "Kita tengok nanti," katanya berlapik.

Tapi sumber klpos.com memberitahu, gerak kerja pilihanraya keADILan di Dun Hulu Kelang dan Parlimen Gombak sudah digerakkan sejak dua tahun lalu.

Azmin bertanding Parlimen Taiping?

Melihat persiapan yang rapi, dari segi culaan undi, pembersihan daftar pengundi dan penubuhan Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) di semua tempat Parlimen Gombak, apakah Azmin berminat hendak mencuba nasib di situ lagi?

Seperti kata seorang ahli keADILan Gombak kepada klpos.com.

"keADILan Gombak merupakan di antara beberapa bahagian yang paling aktif menggerakkan jentera pilihanraya di Malaysia, siapa pun calon pilihan parti kami sedia terima," katanya.

Tapi sumber lain dari parti itu memberitahu klpos.com, "Azmin juga berminat untuk bertanding di Parlimen Taiping, kampung isteri beliau," katanya.

Sehingga kini tiada pengesahan, tapi klpos.com akan cuba mencari jawapannya nanti. Jika ada, kami akan bawakan secara eksklusif di klpos.com.