Wednesday, March 5, 2008

Undi BN?

Selesaikan Masalah Malaysia


Amiruddin Shari
Calon N16 Batu Caves

Ketika berceramah di Sri Gombak Ahad lalu, saya mengingatkan para pengundi bahawa masanya sudah tiba untuk menolak politik perkauman.

Masalah yang menghantui kita hari ini daripada jenayah, kenaikan harga barang dan kekurangan peluang pekerjaan adalah masalah yang merentasi kaum.

Setakat lawatan saya dari rumah ke rumah, para penduduk menerima baik mesej yang saya bawakan ini. Pengundi Batu Caves khususnya sudah muak dengan permainan pihak lawan yang gemar mengembar-gemburkan isu perkauman dan pada masa yang sama dapat mengelakkan diri daripada menyelesaikan masalah negara.

Di Sri Gombak juga saya berjanji, apabila memasuki Dewan Undangan Negeri Selangor, saya tidak peduli siapa pun Menteri Besar, keutamaan saya nanti adalah menyelesaikan masalah rakyat. Sikap mengutamakan pimpinan parti yang menjadi amalan wakil kerajaan hari ini ternyata telah merugikan rakyat.

Mudah-mudahan pada 9 Mac nanti kuasa akan dikembalikan kepada rakyat!

Selamatkah Kita?

Najib Oh Najib


Najib Razak telah menyalahgunakan harta kerajaan ketika berkempen. Lihatlah gambar betapa hebatnyanya Najib tidur bersama-sama anaknya ketika berkempen ke Kelantan dalam jet eksekutif fokker milik TUDM. Muka tak malu kamu Najib, menggunakan harta kerajaan ketika berkempen pilihanraya. Tunggulah saat kejatuhan kamu Najib.

BA Gombak Doakan Kejayaan Nurul Izzah

KeAdilan dan PAS mendahului di Gombak

BA Gombak mendahului dari segala segi. Baik sambutan kepada ceramah dan aktiviti merayu undi dari rumah ke rumah, rakyat Gombak menerima baik calon-calon BA. Ceramah Dato' Seri Anwar mendapat sambutan hangat bila hampir 20,000 orang dari pelbagai kaum datang mendengar amanat Anwar. Semalam 4hb Mac Khir Toyo datang ke Wira Damai kononnya nak menyaingi kehebatan Anwar, tapi yang hadir hanyalah sekitar 200 orang.Lebih banyak kerusi kosong . Malu Khir Toyo. Calon DUN Batu Caves dari MIC T.Mohan juga tidak mendapat sokongan penduduk setempat walaupun dari kaun india. DiKhabarkan beliau telah dilempar dengan botol-botol apabila mengunjungi sebuah flet di Batu Caves. Beliau juga sedang berusaha membeli penyokong-penyokong BA dari kalangan masyarakat India. Sungguh desperado BN sekarang.

InsyAllah berkat bantuan Allah s.w.t , pada 8hb nanti kita bakal menguasai Parlimen Gombak dan Selangor khasnya.

Takbir 3x

Reformasi 3x

Pengundi Gombak Setia berpendidikan, berinformasi - sokong BA


Wed | Mar 05, 08 | 6:25:00 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali tidak bimbang untuk mendapatkan undi daripada pengundi Melayu, Cina dan India di kawasannya memandangkan pengundi di situ merupakan pengundi yang berpendidikan dan penuh dengan informasi.

Dr Hasan, yang bertanding di N17 Gombak Setia, berkata Gombak Setia merupakan kawasan pinggir bandar dan bandar, di mana penduduknya melayari internet dan blog, selain antara yang menerima dan mengagihkan informasi sesama mereka.

"Saya percaya sebagai pengundi yang berpendidikan dan biasa mengagih-agihkan informasi, mereka juga bijak dalam memilih pemimpin yang akan menentukan masa depan mereka. Bagi saya, maklumat itu kuasa, maklumat itu kemenangan," kata beliau kepada wartawan di pondok panas, di Pinggiran Batu Caves, Gombak, petang semalam.

Mengulas lanjut potensinya memenangi kerusi panas itu, Dr Hasan berkata dari awal kempen lagi pihaknya telah menerima banyak sokongan daripada pelbagai peringkat, sama ada muda, tua, Cina, Melayu dan sebagainya yang mengatakan bahawa beliau boleh berpotensi untuk mendapatkan kerusi tersebut.

"Sudah enam minggu di sini, belum ada lagi yang kata saya akan kalah. Ramai menjangkakan yang saya akan menang besar di sini dan saya harap ia menjadi kenyataan 8 Mac ini," tegas beliau dalam nada yakin.

Menyentuh soal lawan beliau, Dr Yuszahari Yusoff, Dr Hassan berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana beliau tidak mengenalinya.

Dr Hasan berkata, beliau tidak mahu mengenali calon lawannya bagi mengelakkan beliau menyerang peribadi pihak lawan.

"Cukuplah saya mengenalinya ketika penamaan calon hari itu. Saya tak kenal dia, tak tahu latar belakang dia, tak tahu kelayakan dia. Bagi saya, kalau kenal nanti, kita 'terteropong' dia dan banyak menyerang dia. Jadi, biarlah saya tak kenal dia dan dalam siri kempen saya tidak pernah menyentuh soal peribadi beliau. Dan saya akan meneruskan pendekatan tersebut," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pondok panas di Pinggiran Batu Caves dengan melepaskan belon yang memuatkan janji-janji BA serta logo PAS dan KeADILan ke udara.

Program pelancaran itu menyaksikan kehadiran pelbagai pihak masyarakat, termasuk dari kaum Cina dan India.

Malah, dalam masa yang sama, petugas-petugas BA di pondok panas berkenaan turut mengedarkan risalah Kempen dan pelbagai risalah lain kepada pengguna yang melalui kawasan berkenaan. - mks. Cetak