Monday, May 21, 2007

Petanda Pilihanraya Umum Tak Lam Lagi?

Oleh : Shaharudin Hj Abu Bakar

Kita nak ucapkan tahniahlah kepada seluruh kakitangan awam kerana kenaikan gaji. Raya sakanlah mereka. Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35% berkuatkuasa 1 Julai ini. Kenaikan Gaji ini bolehlah disifatkan sebagai gaji pilihanraya untuk memancing rakyat terutama kakitangan awam supaya 'taat' setia kepada kerajaan dalam pilihanraya nanti terutamanya anggota polis yang sudah pasti bersiap sedia akan sehidup semati dengan UMNO/BN bagi menakut-nakutkan pengundi seperti berlaku di pilihanraya kecil IJok tempoh hari.

Kerajaan juga menaikkan kadar bantuan sara hidup atau COLA sebanyak 100%.Gaji pokok Kumpulan Sokongan 2 (iaitu Gred 1 hingga 16) dinaikkan 35%, Kumpulan Sokongan 1 (iaitu dari Gred 17 hingga 40), dinaikkan 25%, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dinaikkan 15%, dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi, dinaikkan 7.5%.

Kerajaan juga memutuskan untuk memberi kenaikan tambahan kepada Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia sebanyak 20% di atas peratusan kenaikan gaji untuk semua anggota sektor awam yang diumumkan hari ini.Pengumuman Perdana Menteri itu pada perhimpunan Hari Pekerja sektor awam 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, disambut tepukan gemuruh, dan di akhir ucapannya, Abdullah diberi penghormatan sambil berdiri oleh mereka yang hadir yang melaungkan "Hidup Pak Lah".

Apakah ini petanda pilihanraya umum akan menjelma tak lama lagi. Bersiap sedialah kita. Inilah gula-gula menjelang pilihanraya. Inilah sahaja senjata yang mereka gunakan untuk terus kekal berkuasa. Menjadi tanggugjawab kita menerangkan kepada rakyat bahawa bukanlah soal kebendaan yang harus menjadi perkara pokok. Apa yang lebih penting ialah kita harus menukar sistem pemerintahan yang penuh korup ini kepada satu pemerintahan yang lebih adil. Kita harus berani membuat perubahan.

Tahniah Cikgu Ishamuddin Ismail


Cikgu Hishamuddin (bersongkok)

Pengerusi Tetap KeAdilan Gombak, Ishamuddin Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Isham berjaya menang tanpa bertanding jawatan Pengerusi Tetap KeAdilan Pusat sebagaimana dinyatakan dalam laman web KeAdilan Pusat. Tahniah Cikgu. Ini sebagai satu lagi pengiktirafan kepada KeAdilan Gombak yang selama ini gah dengan nama Ketua Bahagian Sdr Azmin Ali. Semoga Cikgu Isham menunjukkan semangat dan satu tatacara kerja yang tinggi bagi menaikkan nama KeAdilan Gombak.

Tahniah sekali lagi.
Saudara Azmin hadir sewaktu majlis perasmian Bangunan baru PAS di Jalan Raja Laut kelihatan bersama-sama Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Dato' Mustaffa Ali dan Sdr Mahfuz Omar semalam 21hb Mei 2007.