Friday, July 13, 2007

Tong Kosong

Dalam sejarah perjuangan reformasi dan KeAdilan, telah kita saksikan dengan mata kepala kita sendiri bagaimana orang-orang yang bersuara vokal dan bersemangat , akhirnya kecundang jua. Mereka ini ibarat "tong kosong". Kata orang perak, cakap berdeghar-deghar, hapah tak ade. Kalau dulu termasuk dalam senarai awal ialah individu-individu seperti Ruslan kassim, zahid mat arip, hanafiah man dan lain-lain geng 12. yang terbaru termasuk dalam senarai "Tong Kosong" ialah Ezam Mohd Noor, SD Jo, Nazmi, Zukri Aksah, Wan Annies dan lain-lain yang sewaktu dengan nya.
Ada lagi ke nak jadi "tong Kosong" lepas ni???

Ceramah Azmin di Melewar 14 julai

Malaysia Negara Mafia - Mohd Sabu, Azmin Ali jelaskan 14 Julai ini

Satu ceramah bertajuk 'Malaysia Negara Mafia' anjuran BERSIH akan disampaikan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Naib Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali pada 14 Julai 2007, jam 9 malam di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Rakyat Malaysia dijemput untuk hadir beramai-ramai.

Pembantu Anwar Ibrahim ditahan Bukit Aman. Apa lagi niat jahat Polis?



Oleh surakeadilan.com

Pihak Polis Bukit Aman telah menahan seorang pembantu Anwar Ibrahim, Nathaniel Tan pada jam 4.45 petang ini (13 Julai) di pejabat beliau yang bertempat Phileo Damansara I, Petaling Jaya.

Tiga orang berpakaian biasa yang menggelar diri mereka pegawai polis telah kunjungi pejabat beliau pada 4.30 petang. Mereka mengarahkan Nathaniel untuk mengikut mereka ke Bukit Aman. Sebab tahanan tidak diketahui.

Nathaniel adalah seorang graduan dari Universiti Harvard pada tahun 2004 dalam Sarjana Sastera pengkhususan Pengajian Keamanan dan Koflik. Sebelum itu, beliau tamat pengajian A Level di Kolej Sunway.

Nathaniel adalah aktif dalam pelbagai kegiatan pertubuhan bukan kerajaan dan aktiviti-aktiviti antarabangsa. Beliau pernah bekerja di Dili, Timor Timur; Freetown di Sierra Leone di bawah UN-GOSL SCSL, dan Banda Aceh di Indonesia di bawah JRS Indonesia.

Nathaniel yang berumur 26 tahun kini adalah setiausaha Anwar Ibrahim dalam Foundation for Future (FFF). Dia juga seorang staf Biro Penerangan dan membantu dalam kerja-kerja mengemaskini laman web Parti KeADILan Rakyat.