Friday, July 13, 2007

Pembantu Anwar Ibrahim ditahan Bukit Aman. Apa lagi niat jahat Polis?



Oleh surakeadilan.com

Pihak Polis Bukit Aman telah menahan seorang pembantu Anwar Ibrahim, Nathaniel Tan pada jam 4.45 petang ini (13 Julai) di pejabat beliau yang bertempat Phileo Damansara I, Petaling Jaya.

Tiga orang berpakaian biasa yang menggelar diri mereka pegawai polis telah kunjungi pejabat beliau pada 4.30 petang. Mereka mengarahkan Nathaniel untuk mengikut mereka ke Bukit Aman. Sebab tahanan tidak diketahui.

Nathaniel adalah seorang graduan dari Universiti Harvard pada tahun 2004 dalam Sarjana Sastera pengkhususan Pengajian Keamanan dan Koflik. Sebelum itu, beliau tamat pengajian A Level di Kolej Sunway.

Nathaniel adalah aktif dalam pelbagai kegiatan pertubuhan bukan kerajaan dan aktiviti-aktiviti antarabangsa. Beliau pernah bekerja di Dili, Timor Timur; Freetown di Sierra Leone di bawah UN-GOSL SCSL, dan Banda Aceh di Indonesia di bawah JRS Indonesia.

Nathaniel yang berumur 26 tahun kini adalah setiausaha Anwar Ibrahim dalam Foundation for Future (FFF). Dia juga seorang staf Biro Penerangan dan membantu dalam kerja-kerja mengemaskini laman web Parti KeADILan Rakyat.

No comments: