Thursday, June 7, 2007

Cuba selidiki dan fikirkan

Oleh: Shaharudin Hj Abu Bakar

Saya amat tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Sang kelembai atau Sdr Zaharin Yasin dalam blognya mengenai apa yang harus pembangkang lakukan dalam reformasi politik. Cuba kita baca dan fikirkan dengan waras dan saksama apakah cadangan beliau itu satu cadangan yang harus kita perjuangkan atau ianya hanyalah satu cadangan yang tak masuk akal. Baca dan fikirkan :-

"Cara bertindak parti pembangkang bukan menyerang Suruhanjaya Pilihan raya-SPR tetapi membuat reformasi Perlembagaan ia itu supaya jawatan Perdana Menteri di masukan sebagai pilihan secara langsung dari rakyat (pengundi) dan sesiapa pun boleh menamakan diri untuk bertanding dalam mana-mana kawasan pilihan raya serta mengisytiharkan diri untuk Jawatan Perdana Menteri. Setiap pengundi diberi dua kertas undi, satu untuk menghantar wakilnya menduduki kerusi dewan rakyat dan kedua untuk jawatan Perdana Menteri, jika dia mendapat undi popular yang mencukupi dan boleh dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Yang Di Pertuan Agong maka perkataan "mendapat kepercayaan ahli dewan" akan bertukar dengan "mendapat sokongan undi rakyat" kerana perlembagaan memperuntukkan pelantikan Perdana Menteri didahulukan bagi menubuhkan kerajaan selepas PRU.

Soal teknikalnya sama-samalah kita fikirkan kerana negara sudah banyak pakar pemikir undang-undang. Inilah reformasi yang patut dibuat oleh Parti Keadilan Nasional atau PAS sendiri dari membuat tindakan menambah musuh menyerang SPR

Jika tidak mahu pun perubahan mekanisme, untuk tempoh 50 tahun akan datang beginilah nasib rakyat Malaysia terutama orang Melayu kerana diletakan lembu pun dia akan berkata "mana titah patik junjung" dan berterusan Abdullah Hj Ahmad memupuk kekayaan nya. Alangkah malang juga nasib ahli UMNO mendapat Presiden parti yang “taste “ nya hanya sekadar orang gaji. Dan bertambahlah pula sekarang dia sudah macam “buy one you can get 2 free” atau beli satu dapat dua percuma.

Tinta Anak Muda (Dengan Kepilan Gambar)


Oleh Tun Teja

Agaknya seronok benar sekumpulan Pemuda UMNO menjatuhkan maruah sendiri. Dia menayangkan punggungnya di hadapan penyokong Parti Keadilan Rakyat semasa kempen di Ijok. Mengapa orang Melayu yang mempunyai universiti terbesar di dunia yang sepatutnya boleh berfikir secara glokal telah tergamak merendahkan martabat sendiri. Kawannya pula segak memegang bendera dacing.
Dalam permainan catur, kami menggelar gambar ini sebagai 'blunder'. Niat yang jelas yakni mahu merendah-rendahkan martabat orang, tetapi tanpa disedari si pemilik bontot ini telah menghina dirinya, menghina ibu bapa yang mendidiknya berfikir, menghina anak isterinya yang sudah pasti aib melihat posing suami / bapa mereka dalam keadaan tidak senonoh, menghina dasar-dasar Barisan Nasional yang mahu melahirkan masyarakat progresif cemerlang terbilang gemilang dengan kegagalan mereka membalas hujah-hujah 'komisyen' Parti Keadilan Rakyat.

UMNO yang kurang ajar ini tidak perlu ditewaskan oleh pembangkang. Mereka akan memusnahkan diri sendiri akhirnya. Dalam politik, kita selaku warga negara diberi kebebasan untuk menilai. Siapa yang bobrok di sini?

Mereka menghina bekas Timbalan Presiden mereka sendiri. Tahukah anda tuduhan zina dan liwat jika terbukti palsu akan memakan diri si penuduhnya? Mana agama Islam yang dipegang mereka? Atau mereka menganut Islam Hadhari?

Di sini bermulanya penghinaan terhadap islam, apabila si bodoh dari UMNO ini menuduh Anwar tanpa mengemukakan saksi dan tanpa mengikut nas-nas Al-Quran dan Hadith seperti yang ditetapkan oleh syarak. Mula-mula orang Islam hina agama sendiri, hina penganutnya sendiri, kemudian orang bukan islam akan menuruti jejak langkah mereka. Hina orang Islam, rendahkan martabat Melayu.

KES ROGOL

Sejak akhir-akhir ini, kes rogol di kalangan remaja Melayu semakin membimbangkan, rakaman aksi mengghairahkan terutamanya gambar pencabulan gadis bertudung sebenarnya mempunyai motif penghinaan dan penurunan darjat kepada wanita yang cuba mengamalkan kehidupan yang menyeimbangkan dunia dan akhirat. Namun, hasrat mereka mahu kepada islam ini dipariahkan dengan ratusan rakaman video perzinaan yang bertebaran di internet.

Saya amat sedih kerana mangsa cabul rogol ini mempunyai nama-nama seperti Noor, Siti, Ain, Syafikah, nama-nama Melayu Islam tetapi maruah mereka inilah yang dirodok oleh si mat rempit yang gagah perkasa merosak bangsa sendiri. Si mat rempit ini mendapat tajaan orang UMNO.

Saya berpengalaman membantu kempen calon PAS di kawasan felda, bagi mereka yang berusia muda seperti saya, mereka menyokong pembangkang. Tetapi UMNO ini memang haprak. Dia tahu dia tidak mendapat sokongan dari kami lalu mereka mencari budak-budak seawal usia 10 tahun - 15 tahun bagi menjana kempen mereka. Di Felda, budak-budak seawal 10 tahun sudah pandai merempit motor kapcai. Mereka ini dikerah meng'escort' kempen-kempen UMNO dan dibayar upah lumayan jika membantu menggantung bendera UMNO.

Kemudian, di zaman Khairy Rempit, mat-mat rempit ini sudah berubah dari penggemar sukan ekstrem kepada perogol 'gangbang' & penagih syabu. Mereka sudah menjadi seperti hell's angel dan Putera UMNO pula giat membuat rebranding kepada mat-mat rempit ini yang ternyata gagal dan sia-sia.

Saya tidak pernah menyaksikan manusia sezalim Melayu. Orang Israel zalim, tetapi mereka menganiaya bangsa Arab Palestin. Orang Serb memang jahat tahap syaitan, tapi mereka merogol wanita Bosnia. Mereka tak ambil pot dengan wanita Serb. Orang Amerika memang iblis, mereka siap buat kem tahanan Guantanamo untuk menahan para pejuang Fisabilillah, tapi si pejuang tu bukan bangsa orang putih Uncle Sam pun. Mereka orang Afghanistan dan Iraq.

Tapi sejahat-jahat semua kaum di atas ini, jahat lagi orang Melayu. Orang Melayu ini membunuh bangsa sendiri dalam kes Memali & kes Pemuda Tahan Lasak. Orang Melayu ini merogol gadis bangsa sendiri (mereka tidak merogol orang India atau Cina atau Kadazan), dan orang Melayu juga mewujudkan Kem Tahanan Kamunting untuk menyeksa bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan idealogi politik mereka. Dengan kata lain, orang melayulah kepala segala syaitan, iblis, kepala segala perogol dan kepala segala gangster.

Inilah hakikatnya. Sebab itulah kami para rakyat tidak mahu memboikot pilihanraya. Kami ingin menggunakan pilihanraya sebagai pentas terbaik untuk menerangkan kepada rakyat marhaen realiti yang sedang menimpa negara hadari yang kononnya harmoni dan aman damai ini.

Pilihanrayalah satu-satunya wadah untuk kami menceritakan segala keparahan ekonomi, kudis sosial dan kurap pemimpin negara. Justeru, memboikot pilihanraya adalah seumpama berfikir menggunakan bontot seperti gambar di atas.

Mereka bersilat dengan helah, kita bersilat dengan hikmah. Lawan Tetap Lawan. Kita terpaksa lawan sebab si Khairy Jamaluddin ini bukan setakat nak merosakkan manusia Melayu, bukan setakat nak memesongkan anak muda, tetapi si mamat ini perasan nak jadi Perdana Menteri Malaysia.

Masa sekolah rendah dulu pun tak pernah nyanyi lagu Negaraku (dia belajar kat luar negara), kita budak-budak dulu hari-hari tengok bendera Malaysia. Dia ni asyik tengok jata negara 'Majulah Singapura'. Mana boleh jadi PM. Kita kena tanya dia dulu SRP pangkat berapa? MCE pangkat berapa? Barulah kita yakin dia ini orang Malaysia yang setia pada agama dan bangsa.

Tapi kalau tiba-tiba muncul jadi Naib Ketua Pemuda UMNO, lepas tu sibuk-sibuk ulas hal ehwal negara memanglah kita syak wasangka. Dia ni agen Singapura ke? Sebab tu kita tanya Khairy benar ke anda intim sangat dengan Singapura? Dia tak jawab tapi dia tuduh Anwar dengan pembabitan dalam Foundation of Future. Anwar dah jawab tapi jangan harap lah media nak siarkan jawapan Anwar. TV3 membenci Anwar dan Parti Keadilan Rakyat tujuh petala langit lebih dari mereka membenci PAS.

Tak percaya? Cuba tonton dan bandingkan liputan yang diberikan oleh TV3 terhadap muktamar PAS dan Kongres keADILan. Muktamar PAS walaupun ulasannya ringkas tapi memadailah mereka menyebut PAS menuju kemodenan dengan terbinanya Pejabat Agung Baru. Dipanggilnya Sayuti Omar untuk mengulas mengenai halatuju PAS. Adalah liputan sedikit. Kalau kongres hari itu masa Nalla umumkan keluar parti pun mereka buat liputan suam-suam kuku sahaja. Masa Kak Wan berucap suaranya pun tidak disiarkan. Kita pun tidak tahu apa yang Kak Wan ucapkan masa itu.

Sebenarnya kita memang berkira-kira nak boikot sahaja pilihanraya ini. Tapi Khairy Jamaluddin inilah punca kita terpaksa nekad merempuh kong kali kong dan jerangkap samar yang dipasang oleh SPR. Kita para reformis tidak akan memberikan laluan mudah kepada perosak ekonomi, perosak rakyat, perosak bangsa, perosak agama dan perosak negara untuk menjadi tuan perdana menteri di Malaysia ini. Kami ada maruah. Sebab itu kami berusaha untuk menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, biarpun dia tidak membayar sesen pun kepada kami dalam perjuangan ini, apatah lagi hendak memberi insurans hayat atau perlindungan takaful kepada anak isteri kami seandainya kami dibelasah sehingga mati oleh FRU.

Dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata... Semarakkan gerakan anak muda! Reformasi!


Lawan Tetap Lawan!

Ceramah Mat Sabu

Ceramah Mat Sabu dan Hanipa Maidin

Tarikh : 8hb Jun 2007
Tempat : Rumah Haji Nordin , Kg Laksamana, Batu Caves
Jam : 9.30pm

Anjuran BA Dun Batu Caves

Semua di jemput hadir.

RM12 billion untuk LRT di Selangor-Peluang Khir Toyo buat duit


Oleh Roslan SMS

Menurut BERNAMA Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo mengumumkan bahwa kawasan-kawasan bandar di negeri itu akan menikmati kemudahan LRT dalam tempuh 5 tahun bagi menyaingi Singapura yang memiliki sistem pengangkutan awam yang terbaik di rantau ini.

Kata Khir lagi kemudahan LRT itu nanti akan melampaui Subang Jaya, USJ dan Puchong yang akan menerima kemudahan itu sebagaimana yang diumumkan oleh TPM Najib Tun Razak baru-baru ini. Kata Khir kerajaan negeri akan mengambil inisiatif untuk meluaskan jaringan LRT tadi sehingga ke Kajang dan Rawang.

Dan untuk itu kerajaan negeri telah memperuntukkan RM12 billion di dalam RMK9 melalui usaha PFI (Private Finance Initiatives) bagi menjayakannya.

Kalau kerajaan Persekutuan telah bersetuju EXTEND jaringan LRT Putra dan STAR yang ada sehingga menghubungi Puchong dan Subang Jaya, USJ, mengapakah diperingkat ini kerajaan negeri mahu EXTEND kan pula sehingga ke Kajang dan Rawang?

Tidakkah Kajang dan Rawang kini sudah dihubungi dengan sistrem komuter KTM?

Saya merasakan kerajaan negeri sepatutnya memberi tumpuan kepada mempertingkatkan lagi kemudahan dan sistem jalanraya yang sedia ada. Jalan-jalan menuju ke stesen-stesen komuter di Selangor contohnya sangat mengecewakan sedangkan Selangor didakwa oleh MB nya sebagai sebuah negeri maju!

Malah jalan keluar dari stesyen terakhir LRT Star di Ampang yang terletak dalam negeri Selangor juga sesak dan memerlukan UPGRADING.

Lebih baik wang sebesar RM12 billion itu digunakan untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan ini terlebih dahulu disamping tidak lupa memberikan keselesaan juga kepada masyarakat di luar bandar. Khir perlu lihat apa yang berlaku ke atas sistem Monorail di KL sehingga terpaksa diambil-alih oleh syarikat kewangan itu.

Banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh Khir di Selangor ini dari ghairah mahu bersaing dengan Singapura.