Oleh: Shaharudin Hj Abu Bakar
Saya amat tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Sang kelembai atau Sdr Zaharin Yasin dalam blognya mengenai apa yang harus pembangkang lakukan dalam reformasi politik. Cuba kita baca dan fikirkan dengan waras dan saksama apakah cadangan beliau itu satu cadangan yang harus kita perjuangkan atau ianya hanyalah satu cadangan yang tak masuk akal. Baca dan fikirkan :-
"Cara bertindak parti pembangkang bukan menyerang Suruhanjaya Pilihan raya-SPR tetapi membuat reformasi Perlembagaan ia itu supaya jawatan Perdana Menteri di masukan sebagai pilihan secara langsung dari rakyat (pengundi) dan sesiapa pun boleh menamakan diri untuk bertanding dalam mana-mana kawasan pilihan raya serta mengisytiharkan diri untuk Jawatan Perdana Menteri. Setiap pengundi diberi dua kertas undi, satu untuk menghantar wakilnya menduduki kerusi dewan rakyat dan kedua untuk jawatan Perdana Menteri, jika dia mendapat undi popular yang mencukupi dan boleh dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Yang Di Pertuan Agong maka perkataan "mendapat kepercayaan ahli dewan" akan bertukar dengan "mendapat sokongan undi rakyat" kerana perlembagaan memperuntukkan pelantikan Perdana Menteri didahulukan bagi menubuhkan kerajaan selepas PRU.
Soal teknikalnya sama-samalah kita fikirkan kerana negara sudah banyak pakar pemikir undang-undang. Inilah reformasi yang patut dibuat oleh Parti Keadilan Nasional atau PAS sendiri dari membuat tindakan menambah musuh menyerang SPR
Jika tidak mahu pun perubahan mekanisme, untuk tempoh 50 tahun akan datang beginilah nasib rakyat Malaysia terutama orang Melayu kerana diletakan lembu pun dia akan berkata "mana titah patik junjung" dan berterusan Abdullah Hj Ahmad memupuk kekayaan nya. Alangkah malang juga nasib ahli UMNO mendapat Presiden parti yang “taste “ nya hanya sekadar orang gaji. Dan bertambahlah pula sekarang dia sudah macam “buy one you can get 2 free” atau beli satu dapat dua percuma.
Thursday, June 7, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment