Sunday, June 10, 2007

KeAdilan Gombak rangka strategi kearah memenangi Parlimen Gombak

Semalam 10hb Jun 2007 telah berlangsung kursus Paca KeAdilan Bahagian Gombak yang disertai oleh 45 orang peserta. Peserta terdiri daripada ahli-ahli dari 3 DUN iaitu Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu klang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Sdr Shamsul Iskandar, Ketua AM. Dalam ucapan perasmiannya Shamsul megucapkan tahniah kepada KeAdilan Gombak kerana telah merangka satu program yang cukup bermanafaat kepada ahli. Tegas beliau , Gombak adalah satu kawasan yang mesti dimenangi oleh KeAdilan dalam pilihanraya umum akan datang.

Rata-rata peserta yang mengikuti kursus ini menyatakan amat berpuashati sekali kerana banyak ilmu yang mereka perolehi. Selama ini apa peranan dan tanggungjawab paca kurang difahami menyebabkan kita mudah diperbodoh-bodohkan oleh SPR. Menurut Sdr Mat Kawaid selaku penceramah merangkap Ketua Penerangan KeAdilan Gombak, kursus seumpama ini akan diadakan berulangkali sehingga ahli benar-benar faham peranan paca, bukan sekadar pak pacak.

Pada sebelah petangnya Sdr Azmin Ali selaku Ketua bahagian Gombak telah hadir bagi upacara penutup. Beliau amat berpuashati sekali dengan kehadiran ahli-ahli dan komitmen mereka. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa Gombak adalah kawasan yang menjadi sasaran KeAdilan pada pilihanraya umum akan datang. Walaupun katanya, tarikh sebenar pilihanraya masih lagi menjadi teka teki, tetapi pesediaan haruslah bermula dari sekarang. Beliau turut mengulas mengenai beberapa isu terkini.

(Gambar sekitar kursus akan menyusul).

No comments: