Monday, July 9, 2007

Semuanya kerana Azmin??

Saya tertarik membaca satu tajuk dalam akhbar Siasah yang menuding ke arah Azmin dalam setiap masalah yang berlaku dalam parti KeAdilan. Nalla kaitkan azmin, ezam kaitkan azmin. mengapa ya? Seolah-olah azmin lah Tok Dalang dalam setiap episod yang yang berlaku. Saya ingin menyorot kembali peristiwa yang berlaku dalam kongres di seremban baru-baru ini. Apabila tidak ada satupun tokoh cina yang menang jawatan ahli MPT, seorang rakan karib saya yang juga Naib Ketua AMK datang berjumpa saya dalam keadaan tergopoh gapah bertanyakan saya "Abg Din apa kita nak buat ni? kecoh nanti tak ada seorang pun keturunan cina yang menang MPT. Ini semua Azmin punya perancangan ni" kata beliau.

Saya terkedu. Takkan lah begitu sekali kerja Azmin, kata saya dalam hati. Azmin kan Ketua saya. saya tau la. Itu satu peristiwa yang saya alami. Banyak lagi . bukan itu sahaja yang mengaitkan Azmin. Kenapa selalu sangat kaitkan Azmin? Bukankah setiap keputusan itu sama ada dibuat oleh MPT atau ahli. Dalam soal pemilihan MPT, bukankah ahli yang berhak memilih? Bukan azmin yang buat pemilihan. Kita sebagai ahli lah yang memilih siapa yang kita hendak, siapa yang kita tak nak. Saya sendiri walaupun ada pelbagai "cai" dalam pemilihan tersebut tetapi saya memilih berdasarkan siapa yang boleh buat kerja. bukan berdasarkan kaum atau "cai" sangat.

Kepada yang selalu membuat tuduhan kepada azmin, fikirlah secara rasional. Betul azmin buka perfect 100%. Sebagai manusia beliau juga banyak kelemahan dan kesilapan. Tetapi meletakkan semua diatas bahu beliau adalah satu tindakan yang bodoh dan karut. Beliau juga banyak jasa dan pengorbanannya kepada parti. Fikirkanlah. Keluarga beliau berpecah, isteri dan anaknya pernah dikaitkan dalam kes DSAI, beliau dituduh dimahkamah atas dakwan memberi keterangan palsu, di tuduh dimahkamah atas pelbagai dakwaan dan sebagainya. Seperti juga yang lain-lainnya yang pernah berkorban atas nama parti. Tetapi adalah tidak adil sekiranya kita meletakkan semua yang berlaku atas perancangan dan "tangan-tangan tersembunyi Azmin".

Kalau ada pun, orang lain selain yang bernama azmin tak ada ke? saifuddin nasution merajuk dari parti bukan kerana azmin tetapi kerana bergaduh dengan ezam, Loakman Nor Adam lari dari parti kerana siapa? kerana Ezam. Rahman Osman (RO) bergaduh dengan Ezam bukan dengan azmin. Habis? semuanya azmin ke yang merosakkan parti ni?

Takkan termampu pun beliau nak kuasai semua. Berapa ramai ahli KeAdilan seluruh negara. Katakan 200,000 orang . boleh ke semua azmin nak kontrol?? Kalau semuanya kita kaitkan dengan azmin bermakna kita meletakkan diri ke tahap yang rendah kerana kita tak berupaya nak membuat pilihan dan keputusan sendiri , semuanya atas arahan dan kehendak azmin.
Saya sendiri sepanjang memegang jawatan ketua AMK bahagian, tidak pernah sesekali azmin mencampuri urusan saya sebagai ketua AMK bahagian atau memberi arahan kepada saya kecuali atas tugas-tugas rasmi parti.

Shaharudin Hj Abu Bakar
Naib Ketua Gombak

Sayonara Ezam

Oleh: Shaharudin Hj Abu Bakar
Mantan Ketua AMK Gombak

Sejauhmana keikhlasan ezam md noor dalam perjuangan KeAdilan? selama ini kita melihat beliau sebagai tokoh yang hebat , mempunyai karisma persis DSAI sewaktu zaman mudanya, Berceramahpun kalau tak melihat wajah, kita sangkakan itu adalah DSAI. Tapi manusia ni, rambut sama hitam, hati lain-lain. Apa yang di pacarkan diluar tak sama apa yang ada dalam hati. betul tak? Kita lihat sejarah ezam di awal reformasi. Betul ezam kena masuk ISA selama 2 tahun. Itu pasal beliau dedahkan rahsia rasuah Rafidah dan Rahim Thambi Chik. Tapi di awal reformasi, beliau lari lintang pukang ke Indonesia selama setahun lebih. Mana beliau waktu itu. Itu dah jelas menampakkan ketidaksetiaan ezam kepada bossnya DSAI. betul mmg ada DSAI meminta penyokongnya menyembunyikan diri, tapi lihat Azmin Ali. Beliau tetap setia dengan DSAI dan beliau sanggup mempertahankan DSAI sehinggakan beliau adalah antara orang terawal di tahan oleh polis dan SB.

Sewaktu beliau memegang jawatan Ketua AMK, beliau telah menjatuhkan moral dan semangat ahli-ahli AMK seluruh negara dengan perletakan jawatannya secara tiba-tiba . kononnya ingin memberi peluang kepada golongan muda menerajui AMK. Betul ke? Bukan itu salah satu pra-syarat perjanjian sebelum beliau masuk UMNO? Dan ada dua syarat lagi yang beliau telah kotakan kini.

Beliau telah meninggalkan AMK dalam keadaan yang terumbang ambing ibarat sebuah kapal tanpa nakhoda dibawah pimpinan pemangku ketua AMK sdr Shamsul Iskandar waktu itu. dan itu jugalah yang menjadi pra syarat ke 2 sebelum beliau masuk UMNO. Mengkucar kacirkan pimpinan AMK seluruh negara. Ini jelas berlaku dengan sokongan dan sikap baling batu sembunyi tangan mantan Setiausaha AMK SD Johari.Banyak perkara yang berlaku akibat dari sikap beliau. Contoh yag nyata dalam kongres AMK di Seremban baru-baru ini. Ini ke sifat seorang pemimpin dan pejuang yang hebat wahai Ezam? Betul ramai yang terpedaya dengan lakonan hebat Ezam mengalahkan Sivaji @Rajinikand seorang hero terhebat dalam perfileman India. Saya juga pernah menjadikan Ezam idola saya dalam KeAdilan disamping DSAI dan Azmin Ali. Tapi dengan apa yang berlaku kini, saya letakkan Ezam lebih rendah tarafnya dari Ruslan Kasssim, Zahid Mat Arip, Lokman Noor Adam , Hanafiah Man dan lain-lain geng 12.

Kini beliau telah sah keluar dari KeAdilan dan sibuk pula menjelajah ke seluruh negara kononnya atas GERAK menghasut ahli-ahli KeAdilan keluar meninggalkan parti yang sama-sama beliau asaskan dulu. Dengan perletakan jawatannya cukuplah beliau telah melaksanakan ketiga-tiga pra-syarat sebelum beliau menyertai UMNO dan jawatan Timbalan Menteri yang beliau idam-idamkan. Kononnya yang keluar ingin menunjukkan solidariti kepada Ezam. Yang kelakarnya seorang ahli KeAdilan Pahang Zukri Aksah keluar parti kerana ingin menunjukkan kesetiaan kepada Ezam kerana ezam pernah bagi dia duit sebanyak RM2000 masa pilihanraya dulu. Apa nilai kau hanya berharga seekor lembu ? Mana pergi nilai perjuangan kau selama 7, 8 tahun ini wahai mamat Zukri? Nasib baik lah kau tak menang jawatan Naib Ketua AMK Pusat dalam kongress lepas. Itulah Allah swt tahu niat busuk kau tu , itu sebab kau tak menang.

Kepada Ezam kita ucapkan sayonara. saya terkenangkan kepada ungkapan ramai reformis sewaktu di era reformasi dulu. kata mereka kalu mahathir mati, mereka akan kencing di atas kubur mahathir. Jangan pulak kita terdengar ungkapan yang sama akan dikatakan ahli-ahli AMK kepada Ezam. Ini kerana Ezam yang mengajar ahli AMK menjadi seorang pejuang sejati tetapi kini ezam pula mengajar kita menjadi seorang pengkhianat kepada perjuangan yang sama-sama kita tempuhi dalam suka dan duka. Sayonara Ezam