Tuesday, June 5, 2007

wajah bakal isteri pemimpin islam hadhari.ada tokoh ke?

Azmin dalam The Edge-Dipetik dari Blog Keadilan Parit Sulong


AZMIN Ali—salah seorang pemimpin yang mempertahan jawatan naib presiden di dalam Kongres Nasional Keadilan kali ke-3, di Seremban 26 Mei lalu—segera mendapat liputan sebuah majalah utama berbahasa Inggeris nasional. Dalam keluaran terbaru (Jun 2007), Off the Edge (OTE) mengangkat Azmin sebagai tokoh utama ditemuramah oleh Eddin Khoo dan Jason Tan.

Di dalam halaman tersebut, Azmin menyentuh beberapa perkara penting, termasuk sokongan padu rakyat terhadap Keadilan dalam Pilihanraya Kecil Ijok.

Beliau yang dianggap sebagai "tangan kanan Anwar" juga menjelaskan bagaimana polisi utama Keadilan berhadapan dengan isu-isu getir, termasuklah Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) bagi menggantikan polisi lapuk Dasar Ekonomi Baru (DEB); sikap "ultra-Melayu" Anwar Ibrahim, dan isu-isu agama yang sering diputar-belit pemerintah untuk menafikan hak warganegara bukan Islam mendapatkan keadilan dalam sistem perundangan yang sedia ada.

Sebelum ini, majalah tersebut juga pernah menemuramah beberapa tokoh utama Keadilan termasuklah Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim (sekarang Setiausaha Agung Keadilan). OTE yang relatif bebas ini juga pernah menemuramah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad beberapa bulan lalu.

Di dalam keluaran Jun 2007 juga dimuatkan tulisan menyentuh amalan demokrasi di Malaysia selingkar Pilihanraya Kecil Ijok, selain foto bagaimana Barisan Nasional (BN) menggunakan populariti sesetengah penyanyi, termasuklah Erra Fazira untuk memenangkan calon BN, P. Pathiban.

Beberapa foto lainnya juga tidak kurang menarik, termasuk wajah gelabah naib ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang bersemuka dengan Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah yang sentiasa tenang tersenyum tatkala penyokong-penyokong Keadilan menangkap pengundi hantu di Balai Polis pekan Ijok.

Selain itu, OTE kali ini juga memuatkan beberapa tulisan daripada penulis terkemuka seperti Farish A. Noor dan Hishamuddin Rais.

Sekurang-kurangnya, majalah ini—yang khabarnya juga mula mendapat tekanan daripada pemerintah—bolehlah dibanggakan, karena keberanian untuk mengundang tokoh pembangkang ke dalam ruang media perdana yang sesungguhnya masih terhad dan terbatas.

Perlantikan MPT baru perkasakan barisan pimpinan KeADILan

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Lapan lagi dilantik membantu barisan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan bagi sesi 2007-2010, yang diumumkan Penasihat parti itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Antaranya, bekas calon Naib Presiden KeADILan, Dr Xavier Jayakumar, dilantik semula sebagai Timbalan Setiausaha Agung, bersama dengan Low Chee Chong dan Abdul Halim M Yusuf, manakala Tengku Mazariah Tengku Sulaiman sebagai Timbalan Bendahari.
Empat ahli MPT yang dilantik adalah pemimpin Pulau Pinang, Cheah Kah Peng; bekas Pengerusi Perhubungan Melaka, Omar Jaafar; bekas Naib Ketua Angkatan Muda S Manikavasagam; dan bekas Timbalan Setiausaha Agung, Ang Hiok Gai.

Sementara itu, Anwar ketika mempengerusikan mesyuarat pertama di ibu pejabat parti itu di Brickfields, berkata, Naib Presiden sama ada dipilih mahupun dilantik telah diamanahkan untuk memberi tumpuan khusus kepada negeri dan kawasan tumpuan parti di dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang dijangka berlangsung Ogos hadapan.

Dalam pada itu, mengulas Kabinet KeADILan yang baru ini, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali menyatakan rasa optimis terhadap barisan pimpinan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

"Di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim, saya yakin seluruh jentera KeADILan akan jauh lebih mantap dan bersedia untuk berhadapan dengan BN dalam PRU akan datang," ujar beliau.

Sementara itu, jawatan Ketua Perhubungan Negeri (KPN) bagi tiap-tiap negeri dan beberapa jawatan ahli MPT akan diumumkan sebaik sahaja perbincangan dan penilaian yang lebih menyeluruh di peringkat pimpinan pusat.

Dalam kongres parti itu, yang diadakan hujung bulan lalu di Seremban membariskan ahli MPT seperti Dominique Ng, Dr. Badrul Amin, Dr. Mansor Othman, Sivarasa Rasiah, Gobalakrishnan, Dr. Zaleha Mustafa, Yahya Sahri, Johari Abdul, Irene Fernandez, Christina Liew, Kapt. (B) Usaili Alias, Dato Dr. Zainal Abidin Ahmad, Latheefa Koya, Saiful Izham Ramli, Hj Osman Abd Rahman, Badrul Hisham Shahrin, Ansari Abdullah, Animah Ferrar, Khalid Jaafar dan Zakaria Abd Hamid. - mns

Kursus Paca Bahagian Gombak

Kursus Paca Bahagian Gombak akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

Tarikh : 10hb Jun 2007

Masa : 9.30 am - 5 pm

Tempat : Dewan Rawiyah Sulaiman, Batu 10, Gombak

Dijangkakan akan disertai oleh 40 orang ketua-ketua JDM seluruh Gombak. Saudara Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda dijangkakan akan merasmikan program tersebut. Manakala majlsi penutup akan disempurnakan oleh Sdr Azmin Ali, Ketua KeAdilan Bahagian Gombak. Sebarang maklumat hubungi pejabat bahagian Gombak di talian 03-41425159

Negara dilanda ketegangan kaum-Anwar Ibrahim



Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketegangan kaum sedang berlaku di negara ini kerana kegagalan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menanganinya dengan segera.

Katanya, orang Cina kini merasa takut kerana bimbang mereka dipaksa untuk menerima Islam.

"Inilah yang sedang berlaku dalam negara kita kerana isu murtad dibiarkan sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, baik orang bukan Islam dan orang Islam sendiri.

"Kita biarkan isu ini berpanjangan sedangkan isu mengenai akidah bukan perkara yang boleh dirunding," katanya dalam ceramah di Kota Baru malam tadi.

Hadir sama ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mennteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dihadiri oleh 100,000 orang.

Anwar berkata, kebebasan beragama perlu dipertahankan, iaitu orang Islam dilindungi dan orang bukan Islam diberikan hak mereka.

Katanya, kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipertikaikan oleh mahkamah sivil dan isu berkaitan orang Islam tidak boleh mesti diselesaikan di Mahkamah Syariah.

‘Nakhoda tiada haluan’

"Inipun tidak boleh diselesaikan oleh Perdana Menteri, jadi saya anggap Malaysia ada nakhoda tetapi tidak ada haluan," katannya lagi.

Dalam ucapannya, Anwar juga mengingatkan penduduk Islam di selatan Thailand supaya tidak diperalatkan oleh Umno dalam pilihanraya umum akan datang.

Katanya, Umno akan menggunakan kekacauan yang berlaku di wilayah tersebut untuk membawa mereka supaya mengundi calon parti itu.

Anwar juga meminta pucuk pimpinan kerajaan negeri Kelantan supaya turun membantu pembangkang untuk menawan negeri lain dalam pilihanraya akan datang.

“Kelantan telah membuktikan kekuatan mereka, sudah tiba masanya mereka membantu mengalahkan Barisan Nasional (BN) di negeri lain pula," katanya.

Anwar berkata, tidak ada pemimpin Umno khususnya di Kelantan yang bersih kerana rata-rata mengaut harta rakyat dan terbabit dengan pelbagai skandal.

dari PKR