KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Lapan lagi dilantik membantu barisan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan bagi sesi 2007-2010, yang diumumkan Penasihat parti itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Antaranya, bekas calon Naib Presiden KeADILan, Dr Xavier Jayakumar, dilantik semula sebagai Timbalan Setiausaha Agung, bersama dengan Low Chee Chong dan Abdul Halim M Yusuf, manakala Tengku Mazariah Tengku Sulaiman sebagai Timbalan Bendahari.
Empat ahli MPT yang dilantik adalah pemimpin Pulau Pinang, Cheah Kah Peng; bekas Pengerusi Perhubungan Melaka, Omar Jaafar; bekas Naib Ketua Angkatan Muda S Manikavasagam; dan bekas Timbalan Setiausaha Agung, Ang Hiok Gai.
Sementara itu, Anwar ketika mempengerusikan mesyuarat pertama di ibu pejabat parti itu di Brickfields, berkata, Naib Presiden sama ada dipilih mahupun dilantik telah diamanahkan untuk memberi tumpuan khusus kepada negeri dan kawasan tumpuan parti di dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang dijangka berlangsung Ogos hadapan.
Dalam pada itu, mengulas Kabinet KeADILan yang baru ini, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali menyatakan rasa optimis terhadap barisan pimpinan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
"Di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim, saya yakin seluruh jentera KeADILan akan jauh lebih mantap dan bersedia untuk berhadapan dengan BN dalam PRU akan datang," ujar beliau.
Sementara itu, jawatan Ketua Perhubungan Negeri (KPN) bagi tiap-tiap negeri dan beberapa jawatan ahli MPT akan diumumkan sebaik sahaja perbincangan dan penilaian yang lebih menyeluruh di peringkat pimpinan pusat.
Dalam kongres parti itu, yang diadakan hujung bulan lalu di Seremban membariskan ahli MPT seperti Dominique Ng, Dr. Badrul Amin, Dr. Mansor Othman, Sivarasa Rasiah, Gobalakrishnan, Dr. Zaleha Mustafa, Yahya Sahri, Johari Abdul, Irene Fernandez, Christina Liew, Kapt. (B) Usaili Alias, Dato Dr. Zainal Abidin Ahmad, Latheefa Koya, Saiful Izham Ramli, Hj Osman Abd Rahman, Badrul Hisham Shahrin, Ansari Abdullah, Animah Ferrar, Khalid Jaafar dan Zakaria Abd Hamid. - mns
Tuesday, June 5, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment