Monday, February 4, 2008
BERSIH Cabar Rashid Debat Mengenai Pilihan Raya Bersih dan Adil
Kenyataan Media
4 Januari 2008
BERSIH Cabar Rashid Debat Mengenai Pilihan Raya Bersih dan Adil
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman untuk berdebat sama ada mengenai pilihanraya Malaysia yang bersih dan adil dan sama ada beliau merasakan kritikan yang dilontarkan oleh masyarakat sivil selama ini tidak berasas.
BERSIH juga ingin menyatakan rasa terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai tindakan metaforik dengan mengoyakkan gambar Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid dan kemudiannya buangkannya ke dalam tong sampah Jumaat lepas.
Perdana Menteri sepatutnya lebih peka kepada sikap biadap menantunya, Khairy Jamaluddin terhadap Yang diPertuan Agong dan juga pihak berkuasa polis yang menggunakan kekerasan di Parlimen.
Pada 8 Januari, Khairy menyatakan bahawa pembubaran parlimen hasil daripada budibicara Perdana Menteri yang mana sebenarnya ialah kuasa diskret Yang diPertuan Agong.
Pada 11 Disember 2007, pihak polis telah menyerbu masuk bangunan Parlimen dan menahan pihak yang ingin menyerahkan memorandum, menjadikan Abdullah setaraf dengan Charles I yang menyerbu Parlimen Inggeris.
Tindakan metaforik melalui ucapan dan gerak laku yang ditunjukkan oleh ahli-ahli jawatankuasa induk mengingatkan Tan Sri Rashid bahawa maruahnya akan menjerumus masuk ke tong sampah sejarah Negara ini sekiranya beliau tidak membersihkan proses pilihanraya keseluruhan yang adil dan mempunyai semangat pro-perlembagaan.
Orang awam sepatutnya dibiarkan yakin dengan undang-undang yang termaktub seperti Artikel 114 (2) Perlembagaan persekutuan yang menjanjikan “keyakinan orang awam”.
Tan Sri Rashid telah gagal dalam mengambil tindakan yang memuaskan kepada lima tuntutan dalam memperbaiki proses pilihanraya yang dicadangkan oeh BERSIH, sebuah gabungan terdiri daripada 70 pertubuhan masyarakat dan parti-parti politik.
Pertama, sementara ada di antara nama-nama pemilih yang meninggal dunia, integriti senarai pemilih masih dipertikaikan dengan terdapat perpindahan pukal yang meragukan dan pendaftaran yang bermasalah.
Keduanya, SPR telah gagal untuk meminda undang-undang dalam melaksanakan penggunaan dakwat kekal, sehingga masih terdapat pertikaian dalam pelaksanaannya nanti.
Ketiga, pengundi-pengundi pos masih lagi dipindahkan sesuka hati dalam memenuhi kehendak kawasan-kawasan penting Barisan Nasional (BN).
Keempat, Tan Sri Rashid didapati enggan untuk mengarahkan RTM dalam menganjurkan program perdebatan di antara pemimpin semua parti sebagai langkah ke arah akses media bebas dan adil.
Akhirnya, Tan Sri Rashid juga mengendahkan tuntutan BERSIH untuk memperpanjangkan tempoh berkempen kepada 21 hari, yang mana separuh daripada tempoh yang diberikan oleh British pada tahun 1955.
Adalah menjadi satu perkara yang memalukan kepada rakyat Malaysia atas apa yang diperlakukan oleh SPR dan Perdana Menteri yang cuba memperbesarkan penggunaan kotak telus pandang dalam menunjukkan Negara ini telus dalam pilihanrayanya. BERSIH tidak pernah pun menuntut penggunaan kota-kotak tersebut, yang mana telah melibatkan kos dari RM 9 juta hingga RM 16 juta; yang mana kos sebenar tidak dinyatakan dan ini masih meperlihatkan ketelusan SPR sendiri.
BERSIH mendesak agar media perdana memperlihatkan tahap minima dalam profesionalisme kewartawanan dan etika dengan melaporkan jawapan balas selepas memburuk-burukkan niat BERSIH minggu lepas.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat; Faisal Mustaffa 019-2232002 or Medaline Chang 012-2192010. Email: info@bersih.org
Najib minta maaf kepada masyarakat India
Tanda orang yang ketakutan dan tidak yakin. Semalam Najib dalam perjumpaan dengan ketua-ketua MIC seluruh negara telah memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat india kerana merobohkan kuil-kuil mereka. Kenapa sekarang baru nak minta maaf? Kenapa sewaktu ambil tindakan dulu tidak langsung memikirkan soal perasaan dan hati orang india? Dah sekarang ni sokongan orang-orang india kepada BN dan MIC semakin merosot, cepat-cepat nak mohon maaf dan mula nak ambil hati semula? Kepada teman-teman masyarakat india, fikirkan lah. Ini tandanya BN/MIC tak boleh dipercayai. Nanti kalau BN dah berjaya semula dalam pilihanraya, apakah anda pasti BN tak akan robohkan kembali kuil-kuil kamu?
Subscribe to:
Posts (Atom)