Thursday, June 7, 2007
RM12 billion untuk LRT di Selangor-Peluang Khir Toyo buat duit
Oleh Roslan SMS
Menurut BERNAMA Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo mengumumkan bahwa kawasan-kawasan bandar di negeri itu akan menikmati kemudahan LRT dalam tempuh 5 tahun bagi menyaingi Singapura yang memiliki sistem pengangkutan awam yang terbaik di rantau ini.
Kata Khir lagi kemudahan LRT itu nanti akan melampaui Subang Jaya, USJ dan Puchong yang akan menerima kemudahan itu sebagaimana yang diumumkan oleh TPM Najib Tun Razak baru-baru ini. Kata Khir kerajaan negeri akan mengambil inisiatif untuk meluaskan jaringan LRT tadi sehingga ke Kajang dan Rawang.
Dan untuk itu kerajaan negeri telah memperuntukkan RM12 billion di dalam RMK9 melalui usaha PFI (Private Finance Initiatives) bagi menjayakannya.
Kalau kerajaan Persekutuan telah bersetuju EXTEND jaringan LRT Putra dan STAR yang ada sehingga menghubungi Puchong dan Subang Jaya, USJ, mengapakah diperingkat ini kerajaan negeri mahu EXTEND kan pula sehingga ke Kajang dan Rawang?
Tidakkah Kajang dan Rawang kini sudah dihubungi dengan sistrem komuter KTM?
Saya merasakan kerajaan negeri sepatutnya memberi tumpuan kepada mempertingkatkan lagi kemudahan dan sistem jalanraya yang sedia ada. Jalan-jalan menuju ke stesen-stesen komuter di Selangor contohnya sangat mengecewakan sedangkan Selangor didakwa oleh MB nya sebagai sebuah negeri maju!
Malah jalan keluar dari stesyen terakhir LRT Star di Ampang yang terletak dalam negeri Selangor juga sesak dan memerlukan UPGRADING.
Lebih baik wang sebesar RM12 billion itu digunakan untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan ini terlebih dahulu disamping tidak lupa memberikan keselesaan juga kepada masyarakat di luar bandar. Khir perlu lihat apa yang berlaku ke atas sistem Monorail di KL sehingga terpaksa diambil-alih oleh syarikat kewangan itu.
Banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh Khir di Selangor ini dari ghairah mahu bersaing dengan Singapura.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment