Sunday, July 29, 2007

Eksklusif: "Teroka pemikiran baru" Anwar Ibrahim


Oleh Wartawan klpos.com

KUALA LUMPUR: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin tertinggi parti tersebut membuat lawatan kerja ke Indonesia pada 23 hingga 25 Julai lalu.

Anwar bersama Adi Sasono (tengah) serta Naib Presiden PKR Azmin Ali

Menurut Naib Presiden PKR, Azmin Ali lawatan itu bagi memenuhi undangan yang diterima Anwar daripada tokoh politik, pemimpin korporat dan NGO negara itu.

"Sepanjang dua hari, jadual Anwar amat ketat kerana menghadiri perbincangan, forum dan seminar anjuran berbagai pihak," katanya ketika ditemui klpos.com hari ini.

Anwar diberi perhormatan menjadi panelis dalam seminar bersama Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT).

Dalam ucapannya, Anwar menekankan supaya generasi muda meneroka pemikiran baru serantau selain berani mengungkapkan kebenaran dan idea-idea yang mendahului zaman.

Dialog dengan organisasi Islam anjuran Permodalan Nasional Madani (PNM)

"Golongan muda perlu menekankan dimensi intelektual dalam gerakan politik dan tidak bersifat pasif dengan menerima apa sahaja yang berlaku tanpa keberanian untuk melawan,".

Jelasnya lagi, nahdah atau kebangkitan Asia hanya akan berlaku jika matlamatnya adalah untuk memperkasa negara dari segi ekonomi, demokrasi dan menjamin hak sebagai rakyat merdeka.

Dalam kunjungannya itu juga, Anwar sempat berforum bersama tokoh reformasi negara itu Dr H.M Amien Rais dan bekas Menteri Kewangan Indonesia Dr Fuad Bawazier.

Sementara itu, Anwar dalam satu posting di blog peribadinya memberitahu, ketika di Jakarta beliau sempat juga berbincang dengan Bekas Presiden Abdurrahman Wahid.

TUKAR PANDANGAN... Anwar bersama bekas Menteri Kewangan Indonesia Dr Fuad Bawazier (tengah) dan tokoh reformasi Dr H.M Amien Rais di Jakarta baru-baru ini.

"Pada sebelah malamnya, saya telah diminta menghimbau permasalahan yang menimpa umat dengan wakil gerakan Islam dan sarjana. Dialog dipengerusikan tokoh Islam Adi Sasono dan dihadiri di antara lain oleh Dr Siddiq (Dewan Daawah Islamiyah), bekas menteri Sugianto dan lain-lain,"katanya.

No comments: