Tuesday, November 27, 2007

Ayoyo! Nallakaruppan ikrar sokong BN. Mcm mana Ezam??



Oleh pemudawilayah

"Oleh HermanSamsudeen

Ayoyo…ini macha sudah kena beli oleh BN…timbang kilo, smua krusi dia nak bagi kat BN…. Ezam apa crita, dulu dia juga ada baik sama ini Macha… jangan bikin bigini la kawan, nanti ‘roti canai’ trus naik harga la…..smua mau kasi BN….cit..poorah!!!

KUALA LUMPUR 25 Nov (Utusan Malaysia). – Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) yang dilancarkan hari ini dengan diketuai oleh ahli perniagaan, Datuk S. Nallakaruppan mengumumkan untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, MUIP merupakan sebuah parti politik baru mewakili kaum India di negara ini dan ia (MUIP) bukannya berperanan sebagai pembangkang.

Kata Nallakaruppan, penubuhan MUIP tidak bermakna MIC sebagai parti terbesar mewakili masyarakat India gagal menjalankan tanggungjawabnya.

Tambahnya, beliau juga mempunyai rancangan untuk memohon menjadikan MUIP sebagai salah satu parti komponen BN.

‘‘Fokus kami adalah untuk membantu masyarakat India dengan memberi tumpuan terhadap isu pendidikan, ekonomi dan sosial.

‘‘Jika MIC dan Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) ingin berkerjasama dengan MUIP, saya alu-alukan. Ini tidak bermakna saya akan bergabung dengan MIC atau IPF,’’ katanya ketika berucap pada majlis pelancaran MUIP di sini hari ini.

Nallakaruppan pernah menjadi Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Kepong sebelum meninggalkan parti itu pada 25 Mei lalu atas alasan Keadilan tidak berminat membantu masyarakat India.

Mengulas lanjut, beliau berkata, MUIP ketika ini mempunyai kira-kira 25,000 orang ahli dengan majoritinya adalah golongan belia.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas pilihan raya umum akan datang, Nallakaruppan berkata, beliau tidak ingin bertanding sebaliknya mahu memberi fokus terhadap kerja-kerja parti.

‘‘Saya tidak akan meminta kerusi daripada BN untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Biar saya laksanakan kerja-kerja parti dahulu,’’ katanya.

Ditanya mengenai hubungan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nallakaruppan dengan sinis berkata, ‘‘Anwar yang mana satu, saya ada banyak kawan bernama Anwar. Apakah anda (wartawan) bertanya Anwar yang menjadi Penasihat Keadilan itukah?

‘‘Anwar buat kerja dia, saya buat kerja saya.’’

"

No comments: