Friday, July 6, 2007

Keadilan Permatang Pauh terima 220 ahli baru




Oleh Zulkifli Mohamed

SEBERANG JAYA: Keadilan Bahagian Permatang Pauh terus melebarkan sayapnya, apabila menerima kemasukan 220 ahli baru, sebilangannya daripada bekas ahli Umno. Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Parti Anwar Ibrahim oleh Timbalan Ketua Bahagian Che Mat Hashim pada program Ceramah Perdana di sini, semalam.

Menurut Che Mat, jumlah tersebut adalah permohonan untuk bulan Jun lalu.

“Kita menerima secara purata 100 ahli baru setiap bulan, sejak Januari lalu melalui program mendekati rakyat yang kita anjurkan.”

Katanya, propaganda media kononnya Keadilan sedang hilang sokongan rakyat, ekoran segelintir ahli keluar parti tidak menjelaskan sokongan rakyat di bahagian tersebut.

Tambahnya, penyertaan 220 orang tersebut adalah bukti kukuh bahawa Keadilan lebih disenangi berbanding Umno/BN yang terkenal dengan penyelewengan, rasuah dan kroni, sekaligus menolak propaganda murahan oleh pihak tertentu.

“Penyertaan ini menakutkan Umno sebenarnya," katanya yang ditemui Malaysia Today selepas program tersebut.

Turut berucap pada majlis itu ialah Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ustaz Saleh Man dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Keadilan Johari Abdul.

Katanya, Keadilan bahagian itu, yang diketuai oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail akan melipatgandakan usaha bagi mendapatkan seramai mungkin ahli baru, khususnya pengundi-pengundi muda.

“Kita telah merancang program dan strategi untuk merealisasikan matlamat tersebut,” katanya.

Thursday, July 5, 2007

Azmin berceramah bersama DSAI Di Ampang

Satu Ceramah Perdana akan diadakan di Ampang Indah pada 7hb Julai jam 9.00 malam yang dianjurkan oleh KeADILan Bahagian Ampang.

Antara penceramah yang akan hadir ialah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Anwar Ibrahim; Naib Presiden, Azmin Ali; Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, Dr. Zainal Abidin serta Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin.

Pertanyaan lanjut sila hubungi Halim di talian (012-2848464)./wann

Tuesday, July 3, 2007

Kelakarnya


Ada ke boleh lupa nak pakai tali leher rasmi JPM. Orang lain boleh ingat dia pulak tak boleh ingat. Mana pegi isteri solehah kau tu? Takkan benda kecik itu pun tak leh nak ingat. Apa punya PM..buat malu aje.

Tahniah dan takziah


Tahniah kepada Musa Hassan kerana disambung kontrak walaupun terus dibayangi kes rasuah dan bersekongkol dengan penjenayah sebagaimana yang muatkan dalam Malaysia Today. Pada masa yang sama takziah kepada rakyat Malaysia kerana mempunyai Ketua Polis yang kita tak tahu sejauhmana beliau mampu menjadi seorang Ketua Polis yang baik. Kita masih ingat penglibatan beliau dalam kes DSAI dan beliau pernah juga dikaitkan dengan kes yang melibatkan Dato' Mokhtar Hashim dulu. Fikir-fikirkan lah.

Cuma imaginasi Tian Chua

Gambar yang dipaparkan dibawah, hanyalah rekaan dan imaginasi Tian Chua sahaja. Itu di akui oleh Tian Chua sendiri. Itu hanyalah untuk suka-suka aje. hehehe

Monday, July 2, 2007

Gempar!!


Kan dah kantoi...nak nafi lagi ke?

Hujah Ezam meleset dan tidak melibatkan isu pokok perjuangan, dakwa Azmin

Roy Rasul dan Wan Nordin
Mon | Jul 02, 07 | 06:28:09 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali berkata, beliau tidak berminat untuk menjawab dakwaan bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan, Ezam Mohd Noor ke atas beliau memandangkan hujah-hujah yang dikemukakan jelas terlalu meleset dan tidak melibatkan isu pokok perjuangan dan soal dasar parti.

"Keutamaan saya hari ini ialah untuk maju ke hadapan dan memperkasa parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-12.Satu perkara yang harus diperjelaskan ialah proses membuat keputusan dalam Parti Keadilan Rakyat sentiasa dibuat dengan roh demokrasi Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Parti, Dato' Seri Anwar Ibrahim," tegasnya hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Ezam yang tersiar dalam akhbar mingguan semalam.

Setiap perjumpaan dan mesyuarat khususnya mesyuarat Biro Politik, mesyuarat Majlis pimpinan Tertinggi memberi ruang yang seluas mungkin kepada semua ahli untuk memberi padangan dan kritikan yang membina sebelum sesuatu keputusan itu dibuat, kata Azmin.

Ini jelas menunjukkan bahawa keputusan di dalam parti bukan keputusan individu boleh dikuasai mana-mana individu tetapi keputusan itu dibuat dengan prinsip muafakat apatah lagi KeADILan ini pimpinannya terdiri daripada pelbagai latar belakang, katanya.

"Jadi tidak timbul keputusan itu dikongkong oleh mana-mana individu,"katanya.

Sementara itu semasa diminta mengulas mengenai kritikan bekas-bekas reformis mengenai isu Anwar 'diktator' beliau berkata, mereka ada hak untuk memberi pandangan tetapi umumnya melihat Anwar tidak pernah lari daripada perjuangan, ujar Azmin.

Setelah melalui pelbagai bentuk rintangan dan risiko dan ujian yang begitu getir Anwar cukup tegas tentang prinsip kepedulian terhadap masalah rakyat,katanya.

"Dan apabila parti dan ahli parti memberikan mandat kepada beliau untuk memimpin parti.Beliau bertegas bahawa beliau boleh pimpin dengan syarat ahli dan pimpinan mesti mempunyai dan memiliki disiplin yang tinggi dan semangat yang cukup kuat dan mantap,"katanya.

Maka mana-mana ahli dan pimpinan yang tidak mempunyai dispilin dan khianat dalam perjuangan, sudah tentu tidak dapat bersama beliau pimpinan yang hendak dibawa oleh Anwar,katanya.

Beliau (Anwar) 'tidak memilih bulu' dalam perkara ini sama ada orang itu mantap usahanya ataupun kenalannya ataupun pimpinan yang baru dikenalinya, katanya.

Beliau letakkan 'target' yang cukup tinggi iaitu disiplin dan semangat daya juang.

Jadi kalau mereka tidak boleh bersama arus ini sudah tentu mereka akan terpinggir dan berasa kecewa, katanya.

Sementara itu, semasa mengulas mengenai pendekatan Ezam menggunakan media arus perdana untuk menyerang KeADILan beliau berkata, tindakan itu menunjukkan usaha 'desperado' yang memang dinantikan oleh parti pemerintah.

Parti sebenarnya bersiap sedia untuk memastikan apa juga tindakan yang diambil Ezam tidak akan memberi kesan kepada dan yang disebut oleh Anwar pimpinan hari ini tetap bersatu dan dapat memberi fokus dalam gerakan kita khususnya menghadapi pilihan raya akan datang. - mks.

Thursday, June 28, 2007

Rasuah Club







PARTI DAN PERJUANGAN TERUS BERKEMBANG


Parti Keadilan Rakyat mengucap terima kasih kepada sesiapa saja yang pernah memberi khidmat kepada Parti pada masa lalu, sungguhpun mereka kini mengisytiharkan keluar Parti. Kepada yang keluar, kami ucapkan Selamat Jalan dan berharap mereka mendapat apa yang mereka cari.

Kami tidak akan menyekat atau memujuk sesiapa yang memilih untuk keluar Parti. Tetapi dalam berbuat demikian mereka hendaklah ikhlas kepada diri sendiri. Janganlah cuba memberi alasan-alasan yang mereka sendiri ketahui mengandungi unsur tidak benar bahkan dusta.

Sejarah menunjukkan dalam mana-mana parti dan perjuangan, pemimpin datang dan pemimpin pergi, akan tetapi parti dan perjuangan terus berkembang. Saya yakin keADILan akan hidup dan berkembang selagi ia berjuang teguh menegakkan cita-cita dan tujuannya, seperti ditentukan sejarah dan dimetraikan dalam Perlembagaan Parti.

keADILan terus berpegang kepada perjuangan murni untuk menegakkan keadilan, demokrasi, kebenaran, ketelusan, pemerintahan bersih, perpaduan negara serta kesejahteraan rakyat, dan menentang kezaliman, korupsi, kronisme, diskriminasi, dasar pecahbelah dan perintah, peningkatan jenayah serta keruntuhan moral.

Secara pribadi saya percaya penuh kepada pucuk pimpinan parti yang mulai tegas dan berpuas hati dengan urusan parti yang saya lihat tambah demokratik. Kekurangan memang ada dan kami berusaha dengan tekad kuat untuk memperbaikinya, berasaskan semangat musyawarah, setiakawan dan perubahan. Kami berazam untuk memperkuat serta mengembangkan prinsip serta amalan kepedulian rakyat di kalangan ahli-ahli.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden keADILan

28 Jun 2007

Tuesday, June 26, 2007

Azmin dakwa Ezam jumpa Pak Lah kerana politik bukan Gerak


Dipetik dari DetikDaily

KUALA LUMPUR 26 Jun – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menyifatkan tindakan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd. Nor keluar parti sebagai tidak mengejutkan.

Beliau sebaliknya mendakwa telah menghidu tindak-tanduk dan perancangan Mohamad Ezam itu sejak empat tahun lalu.

Malah katanya, berdasarkan maklumat, tindakan itu diambil tidak lebih daripada percaturan politik semata-mata.

Justeru katanya, tindakan tersebut tidak akan melemahkan PKR yang diwujudkan bukan atas kekuatan individu tetapi kekuatan rakyat yang mahukan perubahan.

“Ia bukan perkara mengejutkan dan baru bagi saya yang cukup rapat dengan beliau,” katanya ketika dihubungi di Jakarta hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan Mohamad Ezam keluar PKR yang antara lain disebabkan dakwaan parti pembangkang itu kini dikuasai oleh golongan elit.

Mengulas dakwaan tersebut, Azmin berkata, Mohamad Ezam tidak boleh membuat kenyataan umum secara tidak bertanggungjawab untuk dijadikan alasan beliau keluar parti.

Ini kerana, katanya, dakwaan tersebut sukar dipercayai oleh mereka yang waras memandangkan Mohamad Ezam pernah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sebelum itu pernah ‘diserangnya’.

“Tiada siapa boleh percaya pertemuan beliau dengan Perdana Menteri itu tertumpu kepada agenda Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK), melainkan ada agenda politik.

Keadilan Permatang Pauh nafi tuduhan Ezam

Oleh Zulkifli Mohamed

PERMATANG PAUH: Timbalan Ketua Bahagian Keadilan Permatang Pauh, Che Mat Hashim menafikan sekerasnya tuduhan bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) Ezam Mohd Noor, bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan bahagian itu bersikap berkecuali dengan tidak mencalonkan Dr Syed Husin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Tindakan itu dikatakan antara penyebab Ezam hilang kepercayaan terhadap Anwar dan bertindak keluar parti.

“Datuk Seri (Anwar) dan Datin Seri (Dr Wan Azizah) tidak pernah campurtangan, apatah lagi memberikan arahan kepada bahagian untuk mencalonkan sesiapa, mereka memberikan kebebasan sepenuhnya kepada kami,” tegasnya.

Apa yang sebenarnya berlaku, katanya ialah bekas Ketua Bahagian, Anuar Shaari yang yang juga rakan baik Ezam, telah menghalang bahagian mencalonkan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden, meskipun Azmin mendapat sokongan majoriti ahli jawatankuasa.

“Anuar mahu kami calonkan Dr Syed Husin, kerana katanya itu adalah arahan daripada Datuk Seri,” jelasnya.

Menurut Che Mat, beberapa jam sebelum mesyuarat bahagian 13 Mac lalu, Anuar memaklumkan kepada beberapa ahli jawatankuasa bahawa beliau mendapat arahan lisan dan bertulis (melalui emel) daripada Anwar yang mengarahkan bahagian mencalonkan Dr Syed.

Bagaimanapun, apabila didesak dalam mesyuarat khas bahagian, Anuar mengaku beliau berbohong menerima emel.

“Apabila ditanya sebab beliau berbohong, beliau tidak dapat memberikan jawapan, malah berkata itu adalah ‘advantange’ sebagai ketua bahagian,” tegasnya.

Ekoran itu, demi menjaga keharmonian parti, bahagian mengambil sikap berkecuali, tidak mencalonkan mana-mana pemimpin untuk sebarang jawatan, selain Dr Wan Azizah sebagai Presiden.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini semalam, Ezam mendakwa Anwar telah mengarahkan Permatang Pauh bersikap berkecuali dan tidak mencalonkan Dr Syed, yang bermakna ketua parti itu menyokong Azmin.

“Bagi saya, (Dr) Syed Husin (Ali) adalah penyandangnya (timbalan presiden), jika dia (Anwar) meminta bahagian tersebut supaya jangan mencalonkan Syed Husin, itu bermakna Anwar menyokong Azmin.

“Mengapa Anwar tidak boleh bertindak tegas dan kata 'tidak' kepada Azmin?” soalnya.

Ezam juga mendakwa arahan Anwar itu juga merupakan salah satu sebab Anuar keluar parti.

Berhubung tindakan Anuar keluar parti Mac lalu, Che Mat berkata ahli akar umbi telah menolaknya kerana beliau mengabaikan bahagian, lebih-lebih lagi kerana beliau dibayar elaun bulanan.

“Lebih tepat lagi, beliau kecewa kerana merasakan tidak akan dipilih sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, berdasarkan laporan Sistem Menang Pilihan raya (SISMEP) yang dibentangkan dalam mesyuarat bahagian.

“ 2/3 penyokong BA menolak beliau sebagai calon Penanti,” ujarnya

Sementara itu, Naib Ketua Zainal Abidin Saad yakin Ezam telah mendapat maklumat yang salah berhubung pemilihan Permatang Pauh.

“Ezam sepatutnya menghubungi kami untuk mendapat maklumat sebenar, dan bukannya hanya mendengar sebelah pihak,

“Sebagai Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Ezam sepatutnya menerima keputusan majoriti (demokrasi) dalam parti, dan bukannya membenarkan masalah peribadinya dengan Azmin membelenggu tindakannya.

“Kalau tidak, demokrasi yang diperjuangkannya hanya retorik kerana beliau sendiri gagal mempraktikkannya,” tegasnya.

Dah agak dah


Seperti yang diramalkan oleh banyak pihak, bekas pengarah urusan Perwaja Steel Sdn Bhd Tan Sri Eric Chia Eng Hock, dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan pecah amanah melibatkan RM76.4 juta oleh Mahkamah Seksyen di sini hari ini tanpa dipanggil membuat pembelaan.

Hakim Akhtar Tahir berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti yang cukup bagi satu kes prima facie terhadap Chia.

Satu lagi kes profil tinggi yang tiada keadilan. Yang kena hanya ikan ikan bilis sahaja.

Monday, June 25, 2007

Dah muak dan jelak

Dah naik muak dan jelak kita dengar hari-hari berita tentang si anu ni keluar KeAdilan, si anu tu keluar KeAdilan..dah menyampah. Tapi berita tentang berapa ribu yang dah masuk KeAdilan di P.Pinang, Kelantan, Sabah dan merata tempat tak pulak di besar-besarkan. Yang lebih malangnya orang KeAdilan pun turut terikut-ikut melatah dengan berita tentang sipolan sipolan yang keluar KeAdilan. Cuba bawak bertenang.

Di Gombak sendiri ada yang melatah apabila si Rajan dan 3,4 kerat orangnya isytihar keluar KeAdilan. Apa nak di gusarkan. Selama ini kita dah 9 tahun berjuang dalam KeAdilan di Gombak, ada ke Rajan? Tak ada masalah kalau dia tak ada. Begitu juga halnya dengan yang lain-lain diseluruh negara. Kononnya di Kedah ada bebarapa ketua bahagian keluar parti, yang terbaru dikhabarkan Sdr Ezam Mohd Noor, mantan Ketua Pemuda KeAdilan keluar parti sejak april lalu. Biaq pi kat dia orang lah. Dulu mereka inilah juga yang berkobar-kobar berceramah ke hulu ke hilir kononnya membela nasib rakyat tegakkan kebenaran perjuangan reformasi. Sekarang apa dah jadi?? Yang hairannya orang-orang seperti Ezam yang semangat berkobar-kobar dalam setiap tindakan dan ceramah, orang macam ni lah yang cepat lari dari perjuangan. Samalah seperti Ruslan Kassim, Zahid Mat Arip, Hamdan Taha dan beberapa orang lagi.

Kita yang tinggal ni jagalah parti ni elok-elok. Jangan bercakaran sesama sendiri. Kita dah ambil keputusan bersama dengan KeAdilan sejak di awal penubuhannya, kuatkan istiqomah kita. Kalau ada pemimpin tertinggi yang ada kepentingan peribadi, kita nyahkan dia dengan cara terhormat. Kita ahli bawahan punya hak dan kuasa berbuat begitu.

Sorang ulamak dari Sudan ada berkata apabila ramai pengikutnya yang meminta beliau berkecimpuang dalam politik, apa beliau kata " Aku tak berminat nak mengumpul terlalu banyak angka kosong .Sebab angka kosong, berapa banyak sekalipun jika dicampur , nilainya tetap kosong. Aku lebih minat mengumpul angka satu sebab kalau ada hanya dua angka satu, jawapannya adalah DUA"

Moral of the story, tak payah ramai ahli, kalau semuanya lansgung tak memberi nilai kepada parti. Begitu juga dengan pemimpin, kalau semuanya angka kosong lebih baik tak payah. Fikir-fikirkan

Sunday, June 24, 2007

Apa punya muka tak malu?


Tersenyum pahit aku melihat gambar PakLah yang bersalaman dengan mufti Bosnia Herzigovina . Apa punya muka tak malu, isteri mufti Bosnia bertutup aurat sedangkan isteri engkau, isteri pengerusi OIC dan pemimpin islam hadhari "terdedah aurat". Hey apa punya tak malu engkau ni PakLah. Seluruh rakyat Malaysia seharusnya malu dengan situasi ini. Apa komen orang UMNO????

Friday, June 22, 2007

Tahniah atas keberanianmu


Bekas Ketua Wanita MCA Negeri Sertai Keadilan
Friday, 22 June 2007

BUKIT MERTAJAM : Semakain ramai bekas ahli MCA sertai keadilan selepas Sdr Tan Hock Leong yang kini menjadi Ketua Bahagian Bukit Mertajam.

Terbaru kemasukan Pn. Chin Fei Lan yang pernah memegang jawatan Ketua Wanita MCA Negeri Pulau Pinang selama 15 tahun sehingga tahun 1996 dan pernah menyandang jawatan EXCO Wanita MCA Pusat.

Pn. Chin Juga pernah memegang Jawatan Ketua Wanita MCA Bahagian Bukit Mertajam hampir 30 tahun dari 1976 hingga 2006. Beliau juga pernah dilantik menjadi Ahli majlis MPSP sebanyak 3 kali.

Beliau telah menyerahkan Borang tersebut kepada YB. Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail Presiden Parti Keadilan Rakyat yang disaksikan Dato' Zahrain Mohamed Hashin pada satu program yang diadakan di Permatang Tinggi baru-baru ini.

Dalam Majlis tersebut juga sebuah bilik gerakan di buka di kawasan Permatang Tinggi bagi memastikan kewujudan Keadilan bukannya sementara.

Thursday, June 21, 2007

Undi tak percaya kepada Khairy Jamaluddin.


Dikhabarkan salah sebuah cawangan Pemuda UMNO di Bahagian Rembau di mana Khairy Jamaluddin (KJ) sebagai Ketua Pemudanya, telah meluluskan undi tidak percaya kepada KJ. Satu lagi cawangan yang hendak meluluskan undi yang sama , telah digagalkan oleh konco-konco KJ dengan merasuah ahli-ahlinya. Inilah KJ yang diagung-agungkan oleh pemuda-pemuda UMNO. Di bahagian dia sendiri , dia tidak diterima kerana politik kotornya. Masih nak terima dia ke pemuda-pemuda UMNO?

Kalau setakat lulusan Oxford tetapi perangai hampeh, baik tak payah. Merosakkan bangsa dan agama sahaja.

Wednesday, June 20, 2007

Betul ke maklumat ini?


Benar kah maklumat yang menyatakan bahawa TOKOH tolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dr Lim Teck Ghee dipercayai akan menyertai parti Keadilan dalam tempoh terdekat. Menurut sumber-sumber klpos.com, bekas Pengarah Pusat Kajian Dasar Awam ASLI itu sudah lama berminat dengan Keadilan.

Dr Lim Teck Ghee terkenal selepas hasil kajiannya menunjukkan orang Melayu sudah mempunyai hampir 45 peratus ekuiti di negara ini sekaligus 15 peratus lebih tinggi dari sasaran DEB iaitu 30 peratus.

Dalam kata lain, bekas pensyarah USM dan UM ini mahu kerajaan menghapuskan DEB dengan alasan ia sudah mencapai matlamatnya. Bagaimanapun, sumber rasmi kerajaan pula menganggarkan pemilikan ekuiti Bumiputera di negara ini hanya 18.5 peratus.

Dr Lim mendapat angka 45 peratus kerana beliau memasukkan badan-badan yang ada hubungan dengan kerajaan, seperti TNB, Telekom dan lain-lain sebagai milik Melayu. Beliau kemudiannya meletak jawatan sebagai Pengarah Pusat Kajian Dasar Awam Asli, NGO yang dipimpin Mirzan Mahathir selepas gagal menjawab mengapa dia memasukkan GLC sebagai ekuiti Bumiputera.

Khabarnya nama Dr Lim ada dalam senarai kepimpinan penting Keadilan.

Jika benar tahniah, dan nantikan analisis klpos.com tentang sokongan Cina untuk Keadilan hari Selasa ini.

BA Gombak semakin mantap hadapi pilihanraya



BA Gombak bersiap siaga hadapi bila-bila sahaja pilihanraya umum akan datang. Ini terbukti apabila jentera pilihanraya BA Gombak telah dilancarkan dengan jayanya oleh TS Khalid Ibrahim dan Dato' Dr Hassan Ali pada 16hb jun 2007 yang lalu. Bertempat di MTD Taman Gombak, ianya turut disertai oleh Sdr Azmin Ali selaku Ketua KeAdilan Bahagian Gombak dan Dr Hatta Ramli. YDP PAS Kawasan Gombak dan hampir kesemua AJK Bahagian KeAdilan dan PAS.

Dalam ucapan kedua-duanya, mereka malahirkan harapan yang tinggi kepada BA Gombak agar berupaya menawan Parlimen Gombak dan ketiga-tiga DUN dalam pilihanraya akan datang. BA Gombak sejak sekian lamanya telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dikalangan ahlinya. BA Gombak juga pernah telah berjaya menawan dua DUN iaitu HUlu KLang dan Gombak Setia pada pilihanraya 1999. Pada pilihanraya 2004, walupun BN menggunkan taktik kotor, namun BA Gombak telah berjaya menunjukkan prestasi yang agak cemerlang.

Semoga dengan kerjasama erat kedua-dua parti, diharapkan pada pilihanraya umum akan datang, BA Gombak berupaya merampas parlimen dan 3 DUN, insyaAllah.

Monday, June 18, 2007

Tahniah Dato'


KeAdilan Gombak merakamkan setinggi tahniah kepada Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad, mantan Timbalan Menteri Besar Selangor yang kini Ketua Bahagian KeAdilan Hulu Langat di atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan KeAdilan Selangor. Semoga beliau akan terus berusaha memantapkan lagi KeAdilan Selangor.

Kita percaya dengan pengalaman yang ada pada beliau dan hubungan yang rapat dengan DSAI akan beliau pergunakan demi kemajuan KeAdilan Selangor.

Tahniah Dato'.

Takbir




Agak mengejutkan bila menyaksikan juara program realiti GangStarz TV3 dari Indonesia The Lima takbir 3 kali apabila mendapat mereka juara. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar jerit mereka. Saya pasti ramai yang kaget melihat aksi mereka. Ternyata mereka tidak lupa kebesaran Allah. Pasti UMNO tak suka dengan aksi mereka kerana mirip kepada PAS... kan?