Wednesday, May 30, 2007

Sajak "Bocor Lagi"

by Keris Silau - Malaysia Today

Bocor teruk kata Samy
Wiring lama kata Ramli
Bangunan tua kata Nazri
Najib said it's PWD

Semua ada alasan sendiri
But where you all spent the money?
RM90 juta untuk cantikkan lobby
So that it looks luxury

Nice decor and nice settee
But now you kena letak baldi
Bocor teruk when it rains heavily
MP yang busuk pun boleh mandi

The floor is wet and slippery
The luxury lobby now looks untidy
Inilah dia third class mentality
Luar cantik tapi dalam very shoddy

Structure work should get priority
And now whose responsibility
JKR or Parliament Committee
While you all gaduh sama sendiri

Rakyat want an answer immediately
Otherwise kita tak bagi you undi
Sebab you spent money unnecessarily
You know it is taxpayers' money
So please spend the money wisely.

Ketua Mat Rempit Semalaysia. Kelulusan Oxford University. Leh Caye ke?

Tanda-tanda PRU akan menjelang …

Rustam Sani

Dalam sastera Melayu tradisional (khususnya dalam genre yang disebut “hikayat”) terdapat satu kebiasaan sastera (literary convention) yang menghuraikan sesuatu peristiwa itu dengan suatu gugusan perbilangan atau petitih.

Untuk menghuraikan suasana waktu hari siang akan menjelang, umpamanya, akan digunakanlah baris-baris perbilangan seperti berikut:

Ayam berkokok dua kali

Orang tua beralih tidur

Yang muda baru pulang …

[Saya tak sempat mencari urutan kata-kata yang sebenarnya. Sesiapa yang sempat menyimaknya, katakanlah, dalam Hikayat Malim Deman, sudilah mengirimkannya kepada saya.]

Para penganalisis politik moden juga tampaknya sering menggunakan kebiasaan yang sama untuk meramalkan bilakah pilihanraya umum (PRU) akan dilangsungkan di negara ini. Namun, bezanya, kejadian hari siang itu merupakan kejadian yang berlaku berulang kali dan dapat diramalkan dengan pasti, sedangkan pilihanraya umum di negara ini lebih sukar diramalkan.

Mengikut tradisi demokrasi parlimen ala Westminster, hak menentukan tarikh pilihanraya umum itu memanglah terletak pada pihak kerajaan yang memerintah (khususnya Perdana Menteri), yang akan menasihati Ratu (Queen) supaya membubarkan Parlimen pada tarikh tertentu.

Dalam sistem demokrasi kita yang bersifat illiberal ini, peraturannya samalah juga – dengan kemungkinan bahawa tarikh itu akan ditentukan dengan tujuan untuk memastikan bahawa suasana politik itu memihak kepada kerajaan dan ketika rakyat sedang berasa senang dengan keadaan tersebut.

Oleh yang demikian, jika keadaan ekonomi, misalnya, tidak memihak kepada pemerintah, maka akan diusahakanlah untuk memanipulasi angka-angka tunjuk ekonomi terlebih dulu – misalnya dengan memanipulasi angka tunjuk saham syarikat-syarikat yang ada hubungan dengan pemerintah dan mudah dimanipulasi di pasaran saham.

Beberapa pertanda telah dikemukakan para penganalisis sejak akhir-akhir ini sebagai pertanda bahawa PRU akan berlangsung tidak lama lagi – dari pertanda yang kelihatannya tidak begitulah menjolok seperti arahan Kabinet kepada Maybank supaya memansuhkan persyaratan yang dikenakannya bagi kuota syarikat-syarikat guaman yang dilantiknya untuk menjalankan kerja-kerja guamannya hinggalah kepada langkah yang lebih menggemparkan seperti kenaikan gaji untuk kaki-tangan awam yang diumumkan baru-baru ini.

Pada suatu ketika dulu, yakni sejak Almarhum Tun Abdul Razak membuka hubungan diplomatik dengan negara China, salah satu pertanda bahawa PRU akan menjelang ialah Perdana Menteri akan melakukan kunjungan rasmi ke negara itu – dan bergambar dalam kadaan bersalaman dengan pemimpin utama negara itu.

Ada orang mengatakan langkah yang demikian itu merupakan langkah penting bagi memastikan bahawa parti pemerintah akan mendapat undi kaum Cina di negara ini pada PRU yang berikutnya – yakni dalam kerangka “strategi” politik Perikatan (dan kemudiannya Barisan Nasional) yang amat tebal unsur perkaumannya itu.

Malah baru-baru ini ada pengulas politik yang menyatakan bahawa hubungan mesra Abdullah Badawi dan Lee Hsieng Loong (PM Singapura) di Langkawi (sambil menikmati buah durian yang diimpot dengan harga mahal dari Pulau Pinang) telah diatur dengan tujuan strategik yang sama.

Selain itu, telah dihuraikan pula beberapa alasan lain mengapa kerajaan dikatakan begitu terdesak untuk mengadakan PRU pada tahun ini juga. Pertamanya terdapat andaian bahawa suasana ekonomi negara sedang menuju kepada keadaan yang lebih buruk pada tahun depan.

Oleh yang demikian, menurut andaian itu lagi, jika PRU diadakan pada tahun depan – ketika rakyat sudah mulai dapat merasakan kesan suasana ekonomi yang semakin merosot itu – maka kemungkinan parti pemerintah mempertahankan kuasa dan kedudukannya sudah pastilah akan terjejas.

Selain itu, satu alasan yang sering diperagakan ialah hakikat bahawa mulai akhir April tahun depan halangan Mahkamah terhadap penyertaan aktif Anwar Ibrahim dalam politik akan berakhir. Berdasarkan andaian itu seterusnya, kerajaan hari ini begitu takut akan wujudnya sebuah barisan pembangkang yang berpadu di bawah pimpinan Anwar Ibrahim sehingga PRU perlu diadakan sebelum tarikh itu.

Amatlah sukar untuk dipastikan sejauh manakah andaian ini dapat diterima. Namun, memandangkan betapa kuatnya kerajaan (melalui ROS) menolak permohonan Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk bertanding merebut jawatan Presiden PKR, maka agak sukar juga untuk mengatakan bahawa andaian tentang kegusaran kerajaan akan peranan politik Anwar itu tidak berasas.

Namun, bagi saya, ada satu petunjuk atau indicator yang malah lebih meyakinkan bahawa PRU akan berlangsung dalam masa terdekat – dan petunjuk itu ada kaitannya dengan apa yang saya namakan “kegiatan gila” media arus utama di negara ini.

Hari ini fenomena itu mungkin lebih tepat disebut sebagai “kegilaan Zainuddin Maidin”, bekas wartawan yang amat memusuhi kebebasan akhbar dan membenci hak bersuara, dan kini menjadi Menteri Penerangan.

Dalam “Kata Pengantar” buku saya Menjelang Reformasi (2004) saya ada menulis:

Baik Zainuddin [Maidin] maupun Johan [Jaaffar] tidak pernah menapis tuisan saya di akhbar tersebut [Utusan] – apa yang saya tulis itulah yang disiarkan. Hanya pada waktu-waktu tertentu, seperti waktu menjelang pilihanraya, saya sendiri biasanya secara sedar akan berhenti menulis untuk beberapa minggu, kerana saya tidak sanggup menjadi sebahagian daripada “kegiatan gila” akhbar tersebut dalam memainkan peranan politiknya sebagai alat dan jentera pilihanraya BN. [hal. xviii]

“Kegilaan” itu dalam kerangka Utusan bukanlah sesuatu yang baru, tetapi sudah merupakan sifat semula jadinya dalam menghadapi pilihanraya – dan untuk beberapa tahun “kegilaan” itu memanglah diarahkan sendiri oleh Zainuddin Maidin sebagai Ketua Editor Kumpulan.

Dan kini, kerana orang yang sama sudah berjawatan Menteri Penerangan, maka tebaran pola “kegilaan” itu pastilah menjadi lebih luas pula – meliputi semua media cetak dan elektronik arus utama yang secara langsung, atau tidak langsung, dikuasai dan diperalatkan oleh pemerintah.

Saya dapat mengesan pola “kegilaan” yang sama khususnya sejak kempen pilihanraya kecil DUN Ijok – dengan beberapa stesen radio menyiarkan segmen “blooper” Khalid Ibrahim (yang mungkin telah diedit begitu rupa) maupun adegan rentak tari Anwar Ibrahim dan akhbar-akhbar dengan putaran (spin) beritanya yang begitu kreatif.

Dan kini pola “kegilaan” itu tampaknya diteruskan, meskipun kempen di Ijok itu sebenarnya sudah berakhir – termasuklah siaran pelbagai treler proganda yang amat memualkan dan penyiaran segmen berulang kali yang berjudul “Antara Evolusi dan Revolusi” yang kononnya diarahkan sendiri oleh Zainuddin Maidin.

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang lama tentang pola penyiaran dan kewartawanan yang sejak lama diamalkan sewaktu berhadapan dengan pilihanraya, maka bagi saya pola “kegilaan” media di bawah arahan Zainuddin ini merupakan pertanda yag lebih meyakinkan berbanding sebarang pertanda lainnya sebagai bukti bahawa PRU akan menjelang dalam masa terdekat.

Dan, hari demi hari, “kegilaan” itu akan menjadi lebih parah lagi – sehinggalah PRU itu sendiri berakhir kelak dan media negara ini akan kembali lagi ke tahap penindasannya yang biasa, kira-kira searas dengan Zimbabwe.

2007 - 2008 Masa Terbaik Mengguling UMNO

Posted on Wednesday, May 30 @ 20:33:26 MYT by DollahRimau

Oleh ahmadhadeed

"Keadaan politik , ekonomi , social , islam dan kedaulatan yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu telah berada di tahap terendah dan memalukan dan tahun 2007 - 2008 adalah masa yang terbaik untuk menggulingkan UMNO yang korrup dan menjahanamkan nasib orang Melayu


Selepas merdeka , UMNO telah memerintah dengan angkuh dan tidak menghiraukan masa depan orang melayu. Tahap keangkuhan dan pengkhianatan UMNO memuncak pada tahun 2007- 2008 dibawah pemerintahan Dollah Badawi.

Orang Melayu dianggap lemah bukan saja oleh penjajah dan orang asing sehinnga mereka tidak di hormati dan tidak dihirau sensitivity. Malah UMNO , parti parasit orang Melayu juga turut mengekploit kelemahan orang Melayu sehingga melaksanakan segala jenis dasar yang tidak menguntungkan orang Melayu. UMNO sekarang lebih berminat menjaga kepentingan BN bukan nya orang Melayu dan UMNO lebih berminat menambah harta negara bukan memastikan survival orang melayu di Malaysia.

Orang Melayu perlu bangkit sekarang dan memegang kemudi kehidupan mereka sendiri sebagai satu tuan rumah kepada negara yang tercinta ini. Masa sudah tiada kerana setiap kali dasar negara berubah , maka setiap kali lah satu ikatan berada di tangan mereka. Pemikiran orang Melayu yang terlalu terbelengu dengan adat dan tradisi yang merugikan saperti bersabar agar keadaan tenang dengan sendiri atau kita masih ada ruang untuk hidup telah menyebabkan kita terhimpit akibat dari tekanan berbagai pihak. Orang melayu perlu sedar bahawa tidak ada apa yang dapat menahan kebangkitan orang Melayu selagi ia tidak bercanggah dengan Quran dan hadith. Semua undang undang , parti dan tokoh hanyalah bersifat sementara kerana sebelum ini semuanya itu tiada. Semua itu wujud apabila kita dijajah oleh kuasa kafir portugis , belanda , inggeris dan jepun. Kelam kabut juga bermula apabila ada puak melayu yang mendahului pendatang asing dari orang melayu itu sendiri dalam falsafah politik nya.

Orang melayu dibawah UMNO telah menyebabkan orang Melayu hancur . Propaganda mengatakan orang Melayu progressif di bawah UMNO adalah theory bohong kerana dibawah UMNO status orang melayu hanya lah setakat kais pagi makan pagi dan bumi sedikit demi sedikit menjadi milik orang. Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh di biarkan oleh orang melayu demi untuk survival masyarakat kita

1. Dasar undang undang yang tidak dapat mengawal anak generasi kita murtad . Kerajaaan UMNO tidak ada undang undang yang mencegah murtad maka dengan logikalnya apabila unsur kemurtadan dibiarkan dan undang undang mencegah murtad tidak wujud maka berlakulah murtad berluas luasan. UMNO lah pengkhianat bagi orang melayu dalam hal islam.

2. Pencuri duit rakyat. Malaysia tidak mempunyai penguatkuasa yang kuat dan badan menghukum pencuri duit rakyat yang di hormati. Akibat nya duit rakyat hilang berbillion di curi oleh UMNO BN dan kroni mereka. Rakyat hanya di peralat dari segi slogan untuk membasmi kemiskinan tetapi duit hilang di curi tanpa siapa pun mengambil hal.

3. Menjual maruah negara dalam hal WPI dan dasar antarabangsa yang lain. WPI tidak akan menjadi corridor timur atau selatan . Itu hanya pembohongan UMNO kepada orang Melayu. WPI akan menjadi tempat tinggal orang singapura kerana pasir sudah tidak boleh dijual kepada mereka. Indonesia telah mengharamkan jualan pasir dan singapura sudah kehilangan punca. Dollah Pak Pandir menyelamat singapura dengan menjual selatan johor untuk di jadikan tempat orang singapura berak dan kencing di Johor.

4. Orang melayu menjadi bahan bakar dalam politik UMNO. Demi untuk melanjutkan kemenangan sial UMNO , orang melayu telah di jadikan bahan bakar yang memacu kesialan umno. Dalam menjadi bahan bakar perjuangan umno , mentaliti orang Melayu rosak , aklaq orang melayu rosak dan pegangan islam orang melayu di celarukan. Hiburan sesat di gunakan untuk menjadikan orang muda melayu bahan bakar dan islam tafsiran sendiri digunakan untuk melalikan yang tua. Kehancuran nilai manusia adalah natijah dari sikap UMNO menjadikan orang Melayu sebagai bahan bakar.

5. UMNO telah melayan segala kerenah parti komponent BN dengan menjadikan Malaysia sebagai negara liberal kafir barat. Patung berhala , budaya maksiat, di benarkan. Tanah orang melayu di gadai untuk menampung kerakusan orang asing dan segala kepenting orang melayu tergadai. Banyak kampung orang melayu yang cantik dirampas. Celaka sungguh UMNO.

Saya menyeru kepada semua generasi muda melayu islam supaya bangkit dari tidur mereka dan bangkit sebagai satu gelombang bagi menyapu kejahatan yang menghancurkan masyarakat mereka. Pemuda Melayu mesti bangkit atas dasar Islam dan pengorbanan. Jihad dan shaheed mestilah menjadi tunjang kebangkitan ini kerana ini lah saja bahasa yang di mengerti oleh musuh samaada si kafir atau si munafik.

"

Monday, May 28, 2007

Pengumuman Perlantikan Jawatan-jawatan Biro Politik oleh DSAI


Berikutan adalah jawatan-jawatan Biro Politik yang diumumkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim sempena pengulungan Kongress KeADILan 2007

Naib Presiden-

Sivarasa Rasiah

Dr. Jeffrey Kitingan


Setiausaha Agung- Tan Sri Khalid Ibrahim

Bendahari- William Leong


Ketua Penerangan- Tian Chua


Pengarah Strategi - Saifuddin Nasution Ismail


Pengarah Pilihanraya- Azmin Ali

Timbalan Pengarah Pilihanraya- Fuziah Salleh

KeAdilan tanding 60 parlimen 120 DUN-Azmin

KeAdilan memutuskan parti akan meletakkan 60 calon untuk kerusi Parlimen dan 120 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum akan datang.""KeAdilan juga mengambil ketetapan bahawa tidak semua kawasan majoriti pengundi Melayu akan ditandingi oleh PAS dan tidak semua kawasan majoriti Cina akan ditandingi DAP.

"Pendirian kita ialah ada kawasan yang 70 peratus pengundi Melayu akan ditandingi oleh KeAdilan dan 80 peratus kerusi pengundi Cina akan ditandingi oleh parti kita," katanya dalam ucapan penggulungan dalam kongres nasional di Seremban semalam.

Azmin yang juga pengarah pilihanraya PKR berkata, Biro Politik akan memberi ruang kepada orang Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan untuk menjadi calon KeAdilan dalam pilihanraya umum akan datang.Katanya, Biro Politik juga sedang mengumpul maklumat dari bahagian mengenai senarai calon untuk mewaikili KeAdilan dalam pilihanraya.

Syabas Azmin


Warga KeAdilan Gombak mengucapkan tahniah kepada Ketua Bahagian , Sdr Azmin Ali yang berjaya mempertahankan jawatan sebagai Nib Presiden dalam Kongres yang baru berakhir . Beliau turut mengekalkan kedudukan dengan memperolehi undi tertinggi iaitu 728 undi.
Gombak turut berbangga kerana Ketua AMK Gombak Sdr Jaffrien Mohamad turut terpilih sebagai Exco AMK Pusat dengan mendapat undi 176 iaitu kedudukan ke 12 keseluruhan.
Sementara itu, Cikgu Ishamuddin sebagaimana yang diketahui terlebih awal turut memenangi jawatan Pengerusi Tetap tanpa bertanding.
Syabas Gombak. Teruskan perjuangan anda semua.

Tuesday, May 22, 2007

Selamat berkongres

Selamat berkongres kepada semua perwakilan samada bahagian, wanita maupun AMK pada 25 - 27hb Mei 2007 di Seremban. Pilihlah dengan bijaksana bukan dengan emosi. Pilihlah pemimpin yang boleh bekerja dengan ikhlas dan sehidup semati dengan KeAdilan. Bukan berkepentingan peribadi. Sayangilah parti kita sebagaimana kita sayangi diri kita sendiri. Inilah parti yang kita junjung untuk menyelamatkan diri kita, anak-anak dan cucu cicit kita, bangsa dan agama kita.

Selamat berkongres.

Monday, May 21, 2007

Petanda Pilihanraya Umum Tak Lam Lagi?

Oleh : Shaharudin Hj Abu Bakar

Kita nak ucapkan tahniahlah kepada seluruh kakitangan awam kerana kenaikan gaji. Raya sakanlah mereka. Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35% berkuatkuasa 1 Julai ini. Kenaikan Gaji ini bolehlah disifatkan sebagai gaji pilihanraya untuk memancing rakyat terutama kakitangan awam supaya 'taat' setia kepada kerajaan dalam pilihanraya nanti terutamanya anggota polis yang sudah pasti bersiap sedia akan sehidup semati dengan UMNO/BN bagi menakut-nakutkan pengundi seperti berlaku di pilihanraya kecil IJok tempoh hari.

Kerajaan juga menaikkan kadar bantuan sara hidup atau COLA sebanyak 100%.Gaji pokok Kumpulan Sokongan 2 (iaitu Gred 1 hingga 16) dinaikkan 35%, Kumpulan Sokongan 1 (iaitu dari Gred 17 hingga 40), dinaikkan 25%, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dinaikkan 15%, dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi, dinaikkan 7.5%.

Kerajaan juga memutuskan untuk memberi kenaikan tambahan kepada Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia sebanyak 20% di atas peratusan kenaikan gaji untuk semua anggota sektor awam yang diumumkan hari ini.Pengumuman Perdana Menteri itu pada perhimpunan Hari Pekerja sektor awam 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, disambut tepukan gemuruh, dan di akhir ucapannya, Abdullah diberi penghormatan sambil berdiri oleh mereka yang hadir yang melaungkan "Hidup Pak Lah".

Apakah ini petanda pilihanraya umum akan menjelma tak lama lagi. Bersiap sedialah kita. Inilah gula-gula menjelang pilihanraya. Inilah sahaja senjata yang mereka gunakan untuk terus kekal berkuasa. Menjadi tanggugjawab kita menerangkan kepada rakyat bahawa bukanlah soal kebendaan yang harus menjadi perkara pokok. Apa yang lebih penting ialah kita harus menukar sistem pemerintahan yang penuh korup ini kepada satu pemerintahan yang lebih adil. Kita harus berani membuat perubahan.

Tahniah Cikgu Ishamuddin Ismail


Cikgu Hishamuddin (bersongkok)

Pengerusi Tetap KeAdilan Gombak, Ishamuddin Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Isham berjaya menang tanpa bertanding jawatan Pengerusi Tetap KeAdilan Pusat sebagaimana dinyatakan dalam laman web KeAdilan Pusat. Tahniah Cikgu. Ini sebagai satu lagi pengiktirafan kepada KeAdilan Gombak yang selama ini gah dengan nama Ketua Bahagian Sdr Azmin Ali. Semoga Cikgu Isham menunjukkan semangat dan satu tatacara kerja yang tinggi bagi menaikkan nama KeAdilan Gombak.

Tahniah sekali lagi.
Saudara Azmin hadir sewaktu majlis perasmian Bangunan baru PAS di Jalan Raja Laut kelihatan bersama-sama Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Dato' Mustaffa Ali dan Sdr Mahfuz Omar semalam 21hb Mei 2007.

Sunday, May 20, 2007

Siapa yang gadai melayu?

Oleh : Saharudin Hj Abu Bakar
Naib Ketua KeAdilan Gombak

Khairy Jamaludin ( Ketua Mat Rempit SeMalaysia ) dalam satu program di Kelantan telah meminta rakyat kelantan menolak Tuan Guru Nik Aziz dan PAS di Kelantan kerana dakwanya Kerajaan Kelantan gadai negeri kepada orang luar dalam projek-projek kerajaan negeri. Menurut Khairy lagi, tiga konsesi balak di kawasan itu diberikan kepada rakyat Singapura. Dakwanya lagi, Kerajaan PAS terlalu banyak memberi peluang ekonomi kepada warga asing dan bukan kepada rakyat Kelantan.

Celuparnya mulut kau Khairy. Kita nak tanya Khairy siapa yang sebenarnya menggadaikan negara. Bukan hanya satu negeri yang digadai malah semua negeri di Malaysia telah digadaikan kepada orang. Pulau Pinang telah lama tergadai. Ramai rakyatnya merempat . Johor semakin hari semakin kecil pemilikan oleh orang melayu. Malah rakyat Singapura semakin menguasai tanah dan perniagaan di sana. Penubuhan Jawatankuasa Bersama WPI juga merupakan satu lagi kedurjanaan Umno menggadaikan maruah dan kedaulatan negara kepada Singapura. Ekonomi negara telah lama tergadai oleh kerana dasar kerajaan Umno yang gagal menjamin kedaulatan Melayu. Agama telah lama tergadai, murtad berleluasa. Bahasa Melayu semakin pupus ekoran dasar Umno yang mengagung-agungkan Bahasa Inggeris.

Di Selangor, rakyat dibiar merempat. Penduduk-penduduk setinggan dihalau macam pendatang haram. Sedangkan sewaktu pilihanraya UMNO merayu mengundi mereka. Dan mereka yang terpedaya terus mengundi UMNO/BN. Akhirnya selepas menang pilihanraya, apa jadi kepada mereka. Dihalau dan diterajang oleh FRU dan penguatkuasa PBT macam anjing.

Lihat apa jadi kepada setinggan Desa Mokmin , Kg Fajar, Batu 8 Hulu Klang di Gombak dan Kg Berembang di Ampang? Khairy boleh jawab?

Apa nak jadi budak melayu sekarang ni


Inilah gambar pelajar MMU Melaka yang didakwa murtad. Tetapi kita tidak dapat melihat dengan jelas kerana terlindung oleh kamera. Kalau betul ini orangnya kita memohon supaya beliau bertaubat dan kembali kepada Islam.

Majlis Perasmian Pejabat Agung PAS

Majlis Perasmian Pejabat Agung PAS

Tempat : Pejabat Agung PAS, Jln Raja Laut, KL
Dirasmikan oleh: YAB TG Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

Semua dijemput hadir

Foundation For Future

Oleh Anwar Ibrahim

Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan) mula-mula diumumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat. Yayasan tersebut merupakan sebuah badan independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara. Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerka Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan.. Saya dijemput untuk menyertai lembaga pengarah Yayasan pada pertengahan 2006 bersama-sama wakil dari Maghribi, Kuwait, Iraq, Sepanyol, Syria, Turki, Lubnan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mesir, Switzerland dan Qatar. Ahli lembaga pengarah yang lain termasuklah Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa; Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki, dan Sandra Day O' Connor, bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Mesyuarat lembaga pengarah yang pertama diadakan di Doha, Qatar di atas jemputan Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Menteri Luar dan kini Perdana Menteri Qatar pada 15 Julai 2006, dan saya telah dipilih secara sebulat suara sebagai Pengerusi Kehormat Yayasan. Keputusan yang disepakati ialah untuk mendirikan ibu pejabat di Beirut, Lubnan. Walaubagaimanapun, di dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Disember 2006 di Amman, Jordan, saya bertemu Menteri Luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang menyokong saranan penubuhan sekretariat serantau di Amman memandangkan penangguhan di dalam mendirikan ibu pejabat Beirut akibat serangan Israel terhadap Lubnan. Mesyuarat lembaga pengarah seterusnya akan diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Bahrain. Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke Yayasan. Beliau mula-mula ditugaskan oleh Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk Yayasan pada hujung 2005 sebelum saya menjadi Pengerusi. Jawatankuasa eksekutif telah memutuskan pada pertengahan 2006 untuk menyeragamkan perlantikan tersebut agar Shaha menasihati secara langsung dari Bank Dunia dan bukannya Jabatan Negara. Yayasan tersebut akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mesyuarat di Bahrain minggu hadapan. Tetapi, memandangkan propaganda yang berterusan dari media kawalan UMNO, saya telah memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan ini. Sekiranya tiada penjelasan oleh media berkenaan isu ini, Yayasan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit.

ANWAR IBRAHIM
Pengerusi Yayasan Masa Hadapan
MEDIA STATEMENT 20 May 2007

Friday, May 18, 2007

Samseng BN di parlimen


Undi BN lagi

Mesyuarat kedua Bahagian Gombak

Semalam 18hb Mei 2007, berlangsung mesyuarat bahagian kali kedua bahagian Gombak yang dipengengerusikan sendiri oleh Saudara Azmin Ali , selaku Ketua Bahagian Gombak. Mesyuarat turut disertai oleh AJK Wanita dan Angkatan Muda Bahagian .Dua agenda penting yang diperbincangkan semalam ialah post mortem p.raya kecil Ijok dan Kongres Nasional yang bakal berlangsung pada 25hb mei hingga 27hb mei di Seremban.

Banyak yang diperbincangkan dalam menyentuh soal pilihanraya kecil Ijok. Gombak yang diamanahkan menjaga JDM Jaya Setia telah menunjukkan komitmen yang tinggi walaupun undi untuk KeAdilan di Jaya Setia merosot.Tetapi ianya bukanlah menunjukkan kelemahan Gombak tetapi ianya berlaku atas faktor-faktor lain. Lupakan soal remeh temeh yang melibatkan soal dalaman parti tetapi yang lebih penting kita telah berjaya menjalankan amanah dan tanggungjawab kita . Baik Ketua bahagian Sdr Azmin Ali, AJK Bahagian, Wanita dan Angkatan muda , semuanya telah menunjukkan semangat yang tinggi sekali . Ada yang berkampung selama dua minggu di Jaya Setia. Tinggalkan anak, bini dan suami di rumah semata-mata untuk sebuah perjuangan. Syabas Gombak.

Perjuangan kita masih panjang. Tumpukan pula gerak kerja kita di Gombak bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan menjelang tidak lama lagi. Gombak telahpun menggorak langkah dengan PAS Gombak dalam mengerakkan jentera pilihanraya. Syabas sekali lagi Gombak.

Gelombang reformasi kedua bermula di Kelantan

Maslan Yusoh
Fri | May 18, 07 | 12:16:01 PM

KETEREH, 18 Mei (Hrkh) – Kalau di Ijok penganalisis politik proUmno melihat pengaruh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dikatakan sudah merosot, namun keadaan sebaliknya berlaku di sini malam tadi.

Lautan manusia boleh dilihat di Padang Majlis Daerah Ketereh. Kesesakan lalu lintas hampir dua kilometer. Orang ramai bersesak sesak di atas padang, biar pun agak basah.

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 20 minit dari Kota Bharu ke Ketereh, namun malam tadi memakan masa hampir sejam.

Begitu juga pada majlis makan malam di sebuah hotel di sini, yang dihadiri ribuan penduduk dan sebahagian besar masyarakat bukan Islam iaitu kaum Cina, India dan Siam.

Berdasarkan kepada situasi tersebut sudah cukup menggambarkan pengaruh Anwar masih menebal di kalangan rakyat di negara ini. Ijok sebenarnya bukan ukuran memandangkan longgokan duit sehingga RM100 juta berjaya menggelabukan mata pengundi Melayu dan India.

“Saya benar-benar terkejut melihat limpahan manusia yang datang. Masa keluar dari padang saya tersempit di celah-celah orang ramai,” kata Abdullah Idris, 44 dari Kota Bharu.

Ramai pihak menganggap gelombang reformasi kedua sudah bermula sekarang dan Kelantan menjadi tapak permulaannya.

Fenomena malam tadi juga menolak andaian sesetengah pihak jumlah kehadiran pada ceramah menjelaskan isu semasa yang disampaikan pemimpin Barisan Alternatif (BA) merosot.

Ini merupakan hikmah yang berlaku ekoran kemerosotan teruk BA pada pilihan raya umum lalu. Malam tadi dilihat menjadi garis permulaan kebangkitan semula rakyat.

Kemampuan Anwar mengungkapkan beberapa perkataan dalam bahasa Cina dan India di sebuah hotel sebelum itu ternyata menarik perhatian masyarakat terbabit yang hadir pada majlis makan malam.

“Malaysia sudah hampir 50 tahun merdeka, namun masalah hubungan kaum tidak nampak boleh diselesaikan. Ini kerana Umno tidak berminat untuk menyelesaikannya.

“Dasar Ekonomi Baru yang diwujudkan pun hanya cantik pada perancangan sahaja dan pincang ketika dilaksanakan. Sekarang hanya beberapa kerat sahaja rakyat yang kaya iaitu mereka yang dekat dengan pemimpin utama negara,” katanya.

Hadir sama di majlis itu, Speaker Dun Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, anggota-anggota Exco, Dato’ Anuar Tan Abdullah, Takiyuddin Hassan dan Abdul Fattah Mahmood serta Pengerusi Perhubungan KeADILan Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan.

Ketika Anwar berucap yang sering kali diiringi tepuk tangan orang ramai, tiba-tiba lampu di dewan hotel padam. Gangguan itu berlaku kira-kira lima minit.

Anwar berkata, dalam kes terbaru masalah perpaduan dapat dilihat apabila kerajaan Sabah tidak membenarkan masyarakat Cina mendirikan Pagoda di negeri tersebut.

“Sedangkan di Kelantan patung Buddha yang terbesar di Asia Tenggara terdapat di sini. Ini sudah cukup menggambarkan sikap toleransi tinggi kerajaan PAS berbanding kerajaan BN.

“Begitu juga dengan isu pendidikan tidak pula kelihatan mahu selesai. Anak-anak penduduk miskin tanpa mengira bangsa sepatutnya diberi biasiswa bagi melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.

Ketika berceramah di depan puluhan rakyat di Ketereh pula Anwar melihat Pulau Pinang bakal mengikut jejak Kelantan dikuasai BA pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya perkara itu tidak mustahil dapat dilakukan dengan syarat semua pihak hendaklah bekerja keras.

Pada majlis yang sama beliau berpendapat pemimpin Umno masih melihat beliau sebagai suatu halangan utama sehingga Majlis Tertinggi mengulangi penegasan tidak mahu menerimanya kembali kepada parti itu.

“Yang saya peliknya.. siapa yang hendak masuk parti kamu. Saya tidak pernah mengimpikan perkara itu. Kalau ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri pun saya tidak mahu. Apa yang penting dalam perjuangan saya mahu menyelamatkan rakyat dari segala bentuk penindasan yang berlaku sekarang,” ujarnya.

Hadir sama pada program itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS serta KeADIlan. Pada majlis itu juga seramai 433 bekas Umno menyerah borang menyertai PAS.

Dan 123 orang lagi bekas Umno memohon menyertai KeADILan.