Sunday, May 20, 2007

Siapa yang gadai melayu?

Oleh : Saharudin Hj Abu Bakar
Naib Ketua KeAdilan Gombak

Khairy Jamaludin ( Ketua Mat Rempit SeMalaysia ) dalam satu program di Kelantan telah meminta rakyat kelantan menolak Tuan Guru Nik Aziz dan PAS di Kelantan kerana dakwanya Kerajaan Kelantan gadai negeri kepada orang luar dalam projek-projek kerajaan negeri. Menurut Khairy lagi, tiga konsesi balak di kawasan itu diberikan kepada rakyat Singapura. Dakwanya lagi, Kerajaan PAS terlalu banyak memberi peluang ekonomi kepada warga asing dan bukan kepada rakyat Kelantan.

Celuparnya mulut kau Khairy. Kita nak tanya Khairy siapa yang sebenarnya menggadaikan negara. Bukan hanya satu negeri yang digadai malah semua negeri di Malaysia telah digadaikan kepada orang. Pulau Pinang telah lama tergadai. Ramai rakyatnya merempat . Johor semakin hari semakin kecil pemilikan oleh orang melayu. Malah rakyat Singapura semakin menguasai tanah dan perniagaan di sana. Penubuhan Jawatankuasa Bersama WPI juga merupakan satu lagi kedurjanaan Umno menggadaikan maruah dan kedaulatan negara kepada Singapura. Ekonomi negara telah lama tergadai oleh kerana dasar kerajaan Umno yang gagal menjamin kedaulatan Melayu. Agama telah lama tergadai, murtad berleluasa. Bahasa Melayu semakin pupus ekoran dasar Umno yang mengagung-agungkan Bahasa Inggeris.

Di Selangor, rakyat dibiar merempat. Penduduk-penduduk setinggan dihalau macam pendatang haram. Sedangkan sewaktu pilihanraya UMNO merayu mengundi mereka. Dan mereka yang terpedaya terus mengundi UMNO/BN. Akhirnya selepas menang pilihanraya, apa jadi kepada mereka. Dihalau dan diterajang oleh FRU dan penguatkuasa PBT macam anjing.

Lihat apa jadi kepada setinggan Desa Mokmin , Kg Fajar, Batu 8 Hulu Klang di Gombak dan Kg Berembang di Ampang? Khairy boleh jawab?

No comments: