Sunday, March 2, 2008

Harapan Baru Untuk Selangor

BA 2 - BN 0

BA Gombak mendahului BN dengan 2-0. Satu gol sewaktu menyaksikan bilangan penyokong BA lebih ramai 2 kali ganda dibanding penyokong BN pada hari penamaan calon. BA sekali lagi mendapat gol pendahuluan apabila sebentar tadi 2hb mac menyaksikan bilangan rakyat Gombak yang hadir menyaksikan ceramah BA yang dihadiri oleg Dato' Seri Anwar Ibrahim dihadiri oleh hampir 20,000 orang. Penuh padang berhampiran stesyen minyak Esso di Taman Seri Gombak. Lautan manusia sejauh mata memandang. Pasti BN Gombak cukup merasa gentar. Dikhabarkan Khir Toyo memperuntukkan wang perbelanjaan tambahan di Gombak sebanyak 1.2 juta lagi bagi memancing undi rakyat Gombak. (Gambar-gambar akan menydul kemudian).

Wednesday, February 27, 2008

Sunday, February 24, 2008

Laungan takbir, doa iringi calon-calon di Parlimen Gombak



Anis Nazri | Foto Siasah
Sun | Feb 24, 08 | 7:10:48 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Kehadiran penyokong Barisan Alternatif (BA) yang membanjiri padang Sekolah Menengah Sungai Pusu, Gombak membangkitkan suasana meriah sepanjang proses penamaan calon berlangsung, pagi tadi.

Padang bersebelahan pusat penamaan calon bagi Parlimen P098 Gombak, dipenuhi penyokong BA yang mula berkumpul pada jam 8 pagi di Surau al-Sharif, Simpang Tiga, Gombak, sebelum berarak ke pusat penamaan calon.

Calon bagi P098 Gombak, Azmin Ali, N16 (Amirudin Shaari), N17 (Dato' Dr Hassan Ali) dan N18 (Saari Sungib) diarak ke pusat penamaan calon dengan diiringi penyokong, yang membawa bendera PAS dan KeADILan, sepanduk, sambil melaungkan takbir dan ungkapan reformasi.

Malah, ketika menantikan urusan penamaan calon selesai, penyokong kedua-dua parti berbalas-balas sorakan, sambil mengibarkan bendera parti masing-masing.

Ketika sesi bantahan, penyokong kedua-dua parti agak kecoh seketika apabila sebilangan penyokong BN mula memasuki kawasan yang disediakan untuk penyokong BA, bagaimanapun berjaya dikawal oleh pihak polis dan wakil parti masing-masing.

Sejurus selepas itu, penyokong BA mula duduk dan khusyuk mengaminkan bacaan doa menjadikan suasana ketika itu hening, sebelum penyokong BN mula berteriak kepada penyokong BA yang sedang berdoa.

Semangat penyokong BA kembali membara seusai mengaminkan doa dengan melaungkan takbir dan reformasi dengan lebih bergemuruh, sambil mengibar-gibarkan bendera menyebabkan penyokong BN agak terdiam seketika.

Ketika pegawai pengurus SPR mengumumkan nama-nama calon kedua-dua parti, para penyokong bersorak dan melaungkan slogan-slogan parti masing-masing.

Sejurus itu, calon BA melangkah keluar dari dewan dan menemui para penyokong yang setia menanti di bawah terik matahari.

Azmin Ali, calon KeADILan bagi Parlimen P098 Gombak, berharap para pengundi di parlimen Gombak dapat memperhalusi calon-calon yang dibariskan BA dalam pilihan raya ini, serta membandingkan rekod di antara mereka.

Calon PAS bagi N17 Gombak Setia, Dato' Dr Hasan Ali, yang ditemui selepas menyerahkan borang pencalonan kira-kira jam 9.20 pagi, berkata pihaknya menaruh keyakinan tinggi untuk kembali memenangi kerusi Dun itu.

Sementara itu, calon PAS N18 Hulu Klang, Saari Sungib, yang bertanding kali ketiga, berkata beliau akan terus berkempen sehingga hari mengundi bagi memastikan agenda yang dibawa BA akan meresap ke pemikiran pengundi sehingga mereka memilih calon BA pada 8 Mac akan datang.

Calon KeADILan bagi N16 Batu Caves, Amirudin Shaari, pula menyatakan bahawa beliau akan membawa isu-isu yang kini semakin membebani rakyat di sekitar dun Batu Caves, khususnya soal kos sara hidup yang semakin meningkat. - mks. Cetak

BA Menang Pusingan Pertama Di Gombak

Penyokong BA mengatasi bilangan penyokong BN di Gombak. In satu suasana yang cukup memberangsangkan. Penyokong BN ternyata tidak seceria tahun-tahun sebelumnya. Mereka seperti beruk-beruk yang kekejutan. Manakan tidak , penyokong BA sekitar 5,000 orang, sedangkan penyokongnya dalam 1000-1500 orang sahaja.

Di Pusat Pencalonan Sekolah Menengah Sungai Pusu, Gombak, ANIS NAZRI melaporkan sekitar jam 9.30 pagi tadi calon-calon daripada Barisan Alternatif (BA) telah mengemukakan borang pencalonan mereka iaitu, untuk calon Parlimen Gombak, Azmin Ali; Dato' Dr Hasan Ali (Dun Gombak Setia); Shaari Sungib (Dun Hulu Klang) dan Amiruddin Shaari (Dun Batu Caves).

Manakala dalam perkembangan yang tidak dijangka, terdapat pencalonan Bebas iaitu untuk N16 (Dun Batu Caves), Azmi Hussain.

Menurut Anis, di luar kawasan pusat pencalonan, para penyokong BA telah memenuhi kawasan berkenaan dengan membawa sepanduk, bendera dan melaungkan slogan-slogan untuk menaikkan semangat para calon dan ahli parti.

Antara, slogan yang dikesan ialah, 'reformasi', 'hidup rakyat'dan 'barang naik' sementara sepanduk yang dibawa pula tertulis; 'dah lama sangat dah...cuba ubah sekali', 'kami menang, sekolah rendah ke pendidikan percuma untuk semua rakyat',' kami menang, petrol dan diesel turun.

Selain itu, terdapat juga sepanduk yang tertulis 'tawaran-tawaran BA untuk wanita','undilah PAS untuk menuju negara kebajikan.'

Thursday, February 21, 2008

Calon BA Di Parlimen Gombak

Parlimen : Azmin Ali ( KeAdilan )
DUN Batu Caves : Amiruddin Saari ( KeAdilan)
DUN Gombak Setia : Dato' Dr Hassan Ali ( PAS )
DUN Hulu Klang : Saari Sungip ( PAS )

Walaubagaimanapun tunggu pengesahan dan pengumuman selanjutnya.

Amiruddin Saari calon KeAdilan DUN Batu Caves?


Naib Ketua Angkatan Muda KeAdilan, Sdr Amiruddin Saari diberitakan adalah calon KeAdilan bagi kawasan N16 DUN Batu Caves. Walaubagaimanapun, nantikanlah pengumuman yang akan dibuat. Seorang anak muda yang hebat berpidato. Berusia 28 tahun, sudah berkeluarga. Amirudin Shari juga sering dipanggil Amir Sari, bergiat aktif dalam aktivisme sosial dan politik. Minat untuk mendalami persoalan demokrasi, kebudayaan, politik mahasiswa dan masakan. Bergiat cergas dalam Angkatan Muda Keadilan, Parti Keadilan Rakyat semenjak 2004 lagi dan sekarang diamanahkan sebagai Naib ketua AMK Pusat. Dalam masa yang sama bertugas sebagai koordinator IKD dan Fellow di Open Dialogue Center (ODC) . Lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM), merupakan bekas aktivis pelajar.

Idea dan cetusan minda beliau boleh dilayari di laman Kalimat Zaman di http//amirsari.wordpress.com/

Dr. Rahman Gugur

Mantan Ahli Parlimen Gombak, Dato' Dr.Rahman Ismail digugurkan dari senarai calon BN.Beliau yang terbabit dengan skandal cinta dengan isteri orang yang juga seorang Senator, Iaitu Norhayati Onn, memang telah dijangka akan digugurkan ekorang dari skandal tersebut. Calon BN/UMNO yang baru menggantikan beliau ialah Said Anuar Said Ahmad. Beliau dijangka akan berdepan dengan Ketua KeAdilan Gombak, Sdr Azmin Ali. Ini satu pertarungan yang sengit.

Wednesday, February 20, 2008

T.Mohan Calon MIC Di DUN Batu Caves


Presiden MIC telah mengumumkan bahawa T.Mohan seorang ahli perniagaan dari Puchong sebagai calon BN/MIC di DUN Batu Caves. Orang luar jugak. Apa MIC Batu Caves tak ada calon berkaliber ke? Mana maruah MIC Batu Caves ? Sudah 4 penggal calon Batu Caves di impot dari luar Batu Caves. Bangkit MIC Batu Caves. Nyatakan bantahan kamu dengan mengundi calon KeAdilan. Suara kamu tak dipedulikan oleh Presiden kamu sendiri .

Calon-calon BA Selangor menggemparkan


Kejutan calon-calon Barisan Alternatif yang bakal dikemukakan pada hari penamaan calon 24 Febuari ini saya yakin akan memaku dan memukau BN, dan diharapkan rakyat khasnya para pengundi tidak akan membazirkan lagi undi mereka dengan mengundi BN.

Tengahmalam tadi saya dikejutkan dengan kunjungan seorang pemimpin PKR bahagian Kelana Jaya, sahabat saya Kashminder Singh. Beliau berkunjung ke studio WTV8 untuk memperkenalkan kepada saya bakal calon PKR untuk Parlimen Kelana Jaya. Kerusi parlimen ini milik MCA.

Alangkah terkejut tambah gembira saya apabila diperkenalkan kepada seorang anak muda yang sebelum ini telah menggemparkan dunia dengan pendedahan berani beliau. Anak muda itu adalah Gwo Burne. Siapakah Gwo Burne, kalau anda semua masih ingat beliulah yang telah merakamkan video kontroversi VK Lingam yang telah mendedahkan keboborokkan institusi kehakiman kita (termasuk BPR dan polis). Anak muda yang berani ini sanggup demi masa depan Malaysia muncul kehadapan untuk mengakui bahawa beliaulah yang merakamkan video itu sehingga tertubuh Suruhanjaya Di Raja yang ada pada hari ini yang telah mendedahkan apa yang selama ini tidak kita ketahui.

Gwo Burne adalah calon PKR untuk Parlimen Kelana Jaya. Kashminder bertanya pandangan saya, apakah PAS dapat terimanya? Belum pun sempat beliau mengabiskan ayatnya, saya memaklumkan bahawa Presiden PAS telah memberitahu saya bahawa Majlis Syura PAS memutuskan yang PAS perlu membantu PKR dalam pilihan raya ini tanpa mengira anutan atau kepercayaan calun PKR itu, kerana PAS bertahaluf dengan PKR atas dasar menegakkan keadilan dan meruntuhkan kezaliman BN/Umno.

Gwo Burne datang dengan ayahnya Loh Mui Fah yang menyatakan kepada saya bahawa mereka sekeluarga sangat kagum dan menghormati Tok Guru Nik Abd Aziz sebagai MB di Kelantan. Demikianlah perkembangan ataupun kejutan baru yang bakal berlaku dalam PRU ke 12 nanti.

Sementara itu di Selangor, barisan calon-calon PAS saya perhatikan sangat mantap dan boleh sangat membanggakan parti itu dan seluruh rakyat Selangor. Setakat maklumat yang ada pada saya antara calon-calonnya adalah 5 doktor perubatan iaitu Dr Siti Mariah Mahmud di Parlimen Kota Raja, Dr Salahuddin di DUN Morib, Dr Yunos di DUN Sijangkang, Dr Rani Osman di DUN Meru dan Dr Halimah Ali di DUN Selat Kelang. Selain itu mereka ada 3 doktor lain iaitu Dr Hasan Mohd Ali (Phd), yang tidak payah diperkenalkan lagi yang akan bertanding di DUN Gombak Setia, pakar toksikoloji dan penganalisa politik Dr Dzulkifli Ahmad di Parlimen Kuala Selangor dan bekas pensyarah UTM dan lulusan syariah Dr Osman Sabran di Parlimen Sg. Besar.

Disamping doctor perubatan dan Phd, PAS Selangor juga mengemukakan dua orang jurutera iaitu Ir Maki di Parlimen Sepang dan Ir Khalid Samad (adik Datuk Shahrir Samad) di Parlimen Shah Alam. Iskandar Samad seorang arkitek bertanding di DUN Cempaka, bekas pensyarah Akademi Islam, UM Ustaz Ghani Samsuddin di DUN Sg Burong dan peguam dan AJK PAS Pusat Hanipa Maidin di Parlimen Tanjung Karang.

Siapa kata PAS atau BA tidak layak. Itu pun belum lagi digandingkan dengan calon-calon PKR yang diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dato Dr Zainal Abidin. Rakyat Selangor tidak seharusnya melepaskan peluang ini, inilah peluang terbaik untuk kita memastikan yang negeri ini berada dalam tangan mereka yang layak, berwibawa dan amanah, yang insyallah akan menjamin nasib dan kebajikan rakyat dan negeri bertuah ini.

Katakan “Selamat Jalan” kepada Khir, Zakaria dan lain-lain.

Monday, February 18, 2008

Azmin Ali Bertanding Parlimen Gombak?


Menurut sumber yang belum dapat disahkan, Sdr Azmin Ali, Ketua KeAdilan Bahagian Gombak akan bertanding di Parlimen Gombak . Juga difahamkan KeAdilan akan tetap bertanding di DUN Batu Caves, manakala PAS akan bertanding di DUN Gombak Setia dan Hulu Klang. Apa-apa pun atas semangat BA, kita samada pihak PAS atau KeAdilan haruslah menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Apa yang lebih penting ialah, kita harus kalahkan BN/UMNO.

Kita tunggulah pengesahan dan pengumuman yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan. Wallahhualam.

Terkini Dari Gombak


Khabarnya MIC Batu Caves bergolak kerana tidak mahu sekali lagi MIC membawa masuk calon dari luar sebagai calon MIC di DUN Batu Caves. Bergolak besar MIC kali ni. Presidennya sendiri ditolak oleh masyarakat India. Memang calon MIC ebelum ini semuanya calon dari luar. Di khabarkan penyandangnya, Dato' V.Jagharasah tidak akan dicalonkan kali ini. Beliau berasal dari Tg Karang. Kali ini pun MIC nak letak orang luar.

Pada hari sabtu yang lalu, saya didatangi oleh adik kepada Pengerusi Gerakan Batu Caves yang baru-baru ini dilantik sebagai Senator , iaitu Kogilan. Beliau minta pandangan saya dan bantuan saya untuk bertanding sebagai calon Bebas. Tapi saya katakan saya adalah ahli KeAdilan dan tiadak akan sekali-kali membantu beliau.

KeAdilan mempunyai peluang cerah di Batu Caves.Persoalannya cuma, siapa calon kita?

Sunday, February 17, 2008

Zaman Gelap Samy Vellu




Mengikut laporan akhbar, ada 3 peristiwa yang menyaksikan bagaimana Samy Vellu telah di halang dan dikasari oleh orang ramai . Peristiwa pertama berlaku di Seaport, Petaling Jaya apabila beliau dan Khir Toyo telah dimaki hamun dan dihalang apabila merasmikan tapak sebuah sekolah Tamil. Khabarnya yang menjadi kemarahan masyarakat India disitu ialah mereka dijanjikan tapak seluas 7 ekar untuk membuat sebuah sekolah tamil tetapi hanya diberikan 1 ekar sahaja. Selebihnya diberitakan telah diberikan kepada kroni Khir. Itu yang menjadi kemarahan penduduk disitu.

Peristiwa ke 2 berlaku di Sungai Siput, kawasan beliau sendiri apabila beliau telah dimaki hamun dan dihalang secara kasar oleh orang ramai. Apabila ada campurtangan polis, barulah beliau dbenarkan beredar.

Begitu juga peristiwa ke 3, berlaku di Butterworth apabila beliau sekali lagi dihalang dan di maki oleh orang ramai ekoran peristiwa penangkapan ramai penyokong HINDRAF di Kuala Lumpur pada sabtu lalu.

Inikah petanda zaman gelap Samy akan berlaku? Nampaknya Samy Vellu tak lena tidur.

Langit tak selalu cerah Mr Samy.

Dikhabarkan juga, Samy ada menghantar anak beliau bagi memohon bantuan mantan Timbalan Presiden MIC Dato' S.Subaramaniam. Betul ke? Sebagai balasan, Dato' Subra meminta untuk menjadi Menteri Penuh. Ada betoi ka Samy?

Hassan Ali Wakil BA Di DUN Gombak Setia?


NAMA mantan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr. Mohd Hassan Ali sudah meniti dari bibir ke bibir di kawasan Gombak sebagai nama yang disebut-sebut akan diturunkan ke Dun Gombak Setia dalam pilihan raya kali ini.

PAS melalui calon popularnya, Datuk Ismail Kamus pernah menguasai Dun ini dalam pilihan raya umum 1999 dan percubaan kali kedua tokoh ulama PAS itu gagal pada pilihan raya umum 2004.

Dun Gombak Setia yang terletak dalam Parlimen Gombak, boleh dianggap kawasan nombor satu berpontensi dalam Selangor untuk PAS.

Dr. Hassan yang juga mantan Naib Presiden PAS sebelum ini pernah menang di Dun Sungai Burung dalam Parlimen Tanjung Karang serentak kemenangannya di Parit Buntar dalam pilihan raya paling manis buat pembangkang, 1999.

Setelah kerusi tersebut dikosongkan oleh Yang Dipertuanya, Dr. Mohd Hatta Ramli, yang dikatakan akan bertanding di Pasir Puteh, adalah dijangkakan Dr. Hassan akan dinobatkan terus bertanding di Parlimen Gombak dan Dun Gombak Setia.

Ini bagi memudahkan gerakerja dan menarik minat pengundi mengundi PAS. Bagaimanapun, tekaan bukanlah tepat kerana mungkin terdapat kawasan selamat yang lebih berpotensi untuk Dr. Hassan Ali

BA Selangor tawar: Bersih, Maju dan Berkebajikan


SHAH ALAM, 17 Feb (Hrkh) - Barisan Alternatif (BA) Selangor iaitu PAS dan KeADILan berjanji akan menjadikan Selangor bersih, maju dan berkebajikan jika rakyat mengamanahkan pimpinan BA untuk memerintah Selangor dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac nanti.

Tawaran manifesto BA telah dilancarkan bersama oleh Pesuruhjaya PAS, Dato' Dr Hasan Ali dan Setiausaha KeADILan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Glenmarie, Shah Alam, pagi tadi.

PAS dan KeADILan akan bertanding di Dun dan Parlimen seluruh Selangor menentang BN dan mengemukakan harapan baru untuk rakyat Selangor dengan tiga asas utama.

BA Selangor berjanji akan melaksanakan urus tadbir yang berwibawa seperti berikut;

* memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah
* menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri
* menghentikan projek-projek membazir dan rugi
* memastikan ketelusan pentadbiran negeri
* menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan dan
* melarang ahli-ahli exco terlibat dalam perniagaan

BA Selangor menjamin sosial dan kebajikan rakyat seperti;

* membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
* memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
* memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
* memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti
* memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
* memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga
* membuka pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
* mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim
* memberi elaun ibu tunggal yang layak
* memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
* membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
* mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam

Kesihatan Rakyat

* memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin
* memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin
* memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami
* menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas


Ekonomi rakyat

* menyediakan premis perniagaan yang cukup
* memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda
* memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama
* mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial sebanyak 10 peratus
* memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan
* menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan
mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan


Keselamatan rakyat

* menguatkuasa syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir
* menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
* mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan terhadap wanita. - mks.