Monday, August 6, 2007

Perubahan program Jamuan Rakyat di Batu Caves

Akibat tekanan dan desakan kuat dari pihak PPD Gombak dan MCA , program jamuan rakyat yang dijangka awalnya akan dibuat di Dewan SJK (C) Kheow Bin Batu Caves terpaksa di pindah ke Restoran STC iaitu bersebelahan dengan SJK (C) Kheow Bin. Inilah cara BN menekan rakyat. Takut dengan pengaruh DSAI , mereka memberi penekanan kepada pihak sekolah supaya membatalkan kelulusan awal yang diberi. Apa pun program akan tetap berjalan lancar sebagaimana yang di rancang.

Sunday, August 5, 2007

Program Lawatan Kerja DSAI Ke Gombak

11 Ogos 2007 [Sabtu]:
Lawatan Ke Parlimen Gombak, Selangor

1. Jamuan Teh Rakyat
Tempat: Dewan SRJK (C) Keow Bin, Batu Caves
Masa: 4.30 petang

2. Jamuan Makan Malam Rakyat
Tempat: Padang Madrasatul Islamiyah, Blok T, Rumah Pangsa PKNS, Hulu Kelang.
Masa: 8.00 malam

3. Pidato Perdana Barisan Rakyat
Tempat: Padang Taman Permata, Hulu Kelang, Gombak
Masa: 9.00 malam
Penceramah: DSAI, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Sdr. Azmin Ali, Dr. Hatta Ramli

Semua rakyat di jemput hadir.

AWAS !! Samseng akan bermaharajalela



Ketua Samseng dan Ketua Mat REmpit Semalaysia akan bermaharajalela. Ingat betul2 muka dia ni.

7 September penentu masa depan politik Azmin Ali


Oleh Wartawan klpos.com

SEMUANYA teka-teki, dan 7 September ini merupakan penamatnya. Nasib dan takdir politik Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Azmin Ali akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

BERAKHIRKAH percaturan politik leftenan kanan Anwar Ibrahim ini, atau ada sinar baru dalam pilihanraya umum nanti?

Azmin dalam proses merayu keputusan mahkamah sebelumnya yang menetapkan beliau bersalah memberi keterangan palsu dalam perbicaraan melibatkan boss keADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Mac 1999.

Kisahnya berliku, Azmin dikatakan berbohong di mahkamah tinggi dan didakwa di mahkamah seysen, pada awalnya Azmin dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ampang pada 13 Julai 1999, tapi kegembiraannya tidak bertahan lama, pendakwaraya mengemukakan rayuan dan dia dibicarakan semula.

Hakim baru namanya Akhtar Tahir pun bersidang, dan pada 2 Mei 2001, Azmin dijatuhi hukuman bersalah dan dihukum penjara 18 bulan. Mujur hukuman itu tergantung sementara Azmin mengemukakan rayuan balas.

Berikutan kes ini, Azmin tidak boleh bertanding dalam pilihanraya umum 2004, beliau yang sebelum itu merupakan Adun Hulu Kelang dinafikan hak secara undang-undang untuk mempertahankan kerusinya kerana ada kes di mahkamah.

Dan kini, jika didapati bersalah, Azmin mungkin akan hilang kesempatan untuk bertanding lagi, apakah nasibnya nanti?

Dalam keADILan ini, selain Anwar, Wan Azizah dan Dr Syed Husin, Azmin merupakan tokoh paling kanan, dia juga merupakan pengarah pilihanraya parti berbagai kaum itu.

Memartabat bangsa, memperkasa negara

Ketika dihubungi klpos.com, Azmin memberitahu beliau dalam keadaan bersemangat hendak mendengar keputusan mahkamah itu nanti.

"Kes ini terlalu lama, ditanguh berkali-kali, saya amat menantikan keputusan ini untuk menentukan langkah selanjutnya," kata beliau.

Ketika ditanya jika rayuannya ditolak mahkamah, apakah beliau akan terus berpolitik, kata Azmin, "Kita akan lihat nanti, tapi perjuangan saya dan rakan-rakan dalam keADILan bukan semata-mata untuk pilihanraya.

"Perjuangan kami untuk perubahan di Malaysia bagi memartabat bangsa dan memperkasa negara," katanya.

Menurut beliau, semalam peguam-peguamnya dan pihak pendakwaraya selesai menggulung hujah masing-masing.

"Sehari dua ini saya sibuk betul, setiap hari ada perbincangan dengan peguam bagi memastikan semuanya semua hujah yang kami kemukakan tidak mampu ditolak dan rayuan saya diterima," katanya berharap.

Azmin diwakili peguam Christopher Fernando dan C.V. Prabhakaran dan kes beliau didengar oleh Hakim Datuk Abdul Kadir Musa.

Persiapan pilihanraya keADILan

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan pilihanraya keADILan, Azmin berkata semuanya berjalan lancar.

"Perundingan kerusi dengan DAP dan PAS cukup optimis, begitu juga persiapan menifesto dan lain-lain lagi," ujar beliau.

Mengenai senarai calon keADILan, kata Azmin, akan ada beberapa kejutan yang dibuat oleh parti itu nanti.

"Insyallah kami akan membariskan calon-calon terbaik merangkumi semua golongan termasuk wakil NGO, profesional, anak muda, dan ahli perniagaan terkenal mewakili semua kaum," kata beliau.

Ditanya di mana beliau akan bertanding nanti dan apakah berminat mencuba nasib sekali lagi di Dun Hulu Kelang, kata Azmin, "Kita tengok nanti," katanya berlapik.

Tapi sumber klpos.com memberitahu, gerak kerja pilihanraya keADILan di Dun Hulu Kelang dan Parlimen Gombak sudah digerakkan sejak dua tahun lalu.

Azmin bertanding Parlimen Taiping?

Melihat persiapan yang rapi, dari segi culaan undi, pembersihan daftar pengundi dan penubuhan Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) di semua tempat Parlimen Gombak, apakah Azmin berminat hendak mencuba nasib di situ lagi?

Seperti kata seorang ahli keADILan Gombak kepada klpos.com.

"keADILan Gombak merupakan di antara beberapa bahagian yang paling aktif menggerakkan jentera pilihanraya di Malaysia, siapa pun calon pilihan parti kami sedia terima," katanya.

Tapi sumber lain dari parti itu memberitahu klpos.com, "Azmin juga berminat untuk bertanding di Parlimen Taiping, kampung isteri beliau," katanya.

Sehingga kini tiada pengesahan, tapi klpos.com akan cuba mencari jawapannya nanti. Jika ada, kami akan bawakan secara eksklusif di klpos.com.

Thursday, August 2, 2007

Titah Raja Nazrin


"Rasuah adalah penyakit sosial paling buruk. Amalan rasuah adalah punca kesengsaraan dan kehancuran negara membangun. Ia boleh menghapuskan sistem pentadbiran yang baik, melemahkan institusi, undang-undang dan menghalang perkembangan ekonomi. Rasuah wujud hanya untuk keinginan mendapatkan keuntungan peribadi. Sebab itu langkah konkrit perlu diambil untuk membenteras rasuah dan memperkenalkan amalan pengurusan berdasarkan kecekapan, ketelusan dan sikap bertanggungjawab."

Keputusan rayuan Azmin

Mahkamah Tinggi hari ini telah menetapkan bahawa keputusan rayuan Sdr Azmin Ali, Naib Presiden Parti KeAdilan Rakyat, terhadap hukuman bersalah dan penjara 18 bulan akan dibacakan pada 7hb September 2007. Marilah kita sama-sama turun pada hari tersebut dan mendoakan agar keputusan mahkamah Tinggi akan memihak kepada beliau, Amin.

Tuesday, July 31, 2007

Kes rayuan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta hari ini ditangguhkan.


KUALA LUMPUR - 31 Julai : Kes rayuan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta hari ini ditangguhkan.

Kes tersebut ditangguhkan berikutan pihak mahkamah telah mendapat panggilan telefon mengenai terdapat bom di dalam bangunan kompleks mahkamah tersebut.

Semua kakitangan mahkamah tersemua hakim, peguam dan orang ramai terpaksa meninggalkan kompleks mahkamah sekitar jam 10.15 pagi tadi.

Menurut Azmin, kes beliau akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi esok.

Kes yang sepatutnya dijadualkan hari ini adalah giliran peguam bela membuat pengulungan.

Azmin telah mengemukakan rayuan untuk mengenepikan sabitan bersalah dan hukuman penjara 18 bulan atas tuduhan memberi keterangan palsu semasa perbicaraan kes Ketua Umum KeADILAn Anwar Ibrahim.

Azmin diwakili oleh peguam C.V. Prabhakaran dan Christopher Fernando.

Sunday, July 29, 2007

The real monkey

DSAI di Konvensyen KeAdilan Selangor


DSAI semalam 29hb Julai menghadiri program Konvensyen KeAdilan Selangor di De Palma Hotel, Shah Alam. Beliau turut memberi kata-kata semangat pada peserta-peserta yang melimpahi ruang dewan sekitar 150 orang. Syabas bahagian-bahagian di Selangor yang jelas menunjukkan pada orang-orang tertentu di Selangor yang cuba menjahanamkan KeAdilan di Selangor bahawa kita adalah pejuang sejati. Bukan seperti mereka yang ibarat "tin kosong" yang hebat dengan kata-kata tetapi kosong dari segi pengisian semangat dan istiqomah.

Eksklusif: "Teroka pemikiran baru" Anwar Ibrahim


Oleh Wartawan klpos.com

KUALA LUMPUR: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin tertinggi parti tersebut membuat lawatan kerja ke Indonesia pada 23 hingga 25 Julai lalu.

Anwar bersama Adi Sasono (tengah) serta Naib Presiden PKR Azmin Ali

Menurut Naib Presiden PKR, Azmin Ali lawatan itu bagi memenuhi undangan yang diterima Anwar daripada tokoh politik, pemimpin korporat dan NGO negara itu.

"Sepanjang dua hari, jadual Anwar amat ketat kerana menghadiri perbincangan, forum dan seminar anjuran berbagai pihak," katanya ketika ditemui klpos.com hari ini.

Anwar diberi perhormatan menjadi panelis dalam seminar bersama Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT).

Dalam ucapannya, Anwar menekankan supaya generasi muda meneroka pemikiran baru serantau selain berani mengungkapkan kebenaran dan idea-idea yang mendahului zaman.

Dialog dengan organisasi Islam anjuran Permodalan Nasional Madani (PNM)

"Golongan muda perlu menekankan dimensi intelektual dalam gerakan politik dan tidak bersifat pasif dengan menerima apa sahaja yang berlaku tanpa keberanian untuk melawan,".

Jelasnya lagi, nahdah atau kebangkitan Asia hanya akan berlaku jika matlamatnya adalah untuk memperkasa negara dari segi ekonomi, demokrasi dan menjamin hak sebagai rakyat merdeka.

Dalam kunjungannya itu juga, Anwar sempat berforum bersama tokoh reformasi negara itu Dr H.M Amien Rais dan bekas Menteri Kewangan Indonesia Dr Fuad Bawazier.

Sementara itu, Anwar dalam satu posting di blog peribadinya memberitahu, ketika di Jakarta beliau sempat juga berbincang dengan Bekas Presiden Abdurrahman Wahid.

TUKAR PANDANGAN... Anwar bersama bekas Menteri Kewangan Indonesia Dr Fuad Bawazier (tengah) dan tokoh reformasi Dr H.M Amien Rais di Jakarta baru-baru ini.

"Pada sebelah malamnya, saya telah diminta menghimbau permasalahan yang menimpa umat dengan wakil gerakan Islam dan sarjana. Dialog dipengerusikan tokoh Islam Adi Sasono dan dihadiri di antara lain oleh Dr Siddiq (Dewan Daawah Islamiyah), bekas menteri Sugianto dan lain-lain,"katanya.

Petanda positif dalam rundingan kerusi - Azmin

Oleh Haniza Talha

Rundingan antara rakan-rakan DAP dan PAS berjalan lancar dan menunjukkan petanda positif akan selesai sepenuhnya dalam masa terdekat, beritahu Pengarah Pilihan Raya Pusat Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali. Beliau berkata demikian dalam Konvensyen Negeri Selangor sehari yang diadakan di Shah Alam.

Konvensyen yang dihadiri oleh seluruh kepimpinan negeri Selangor termasuk Bahagian-bahagian, Wanita dan Angkatan Muda daripada 22 bahagian.

Menurut Azmin, rundingan mengenai kerusi-kerusi yang bertindih juga akan dibincangkan dan kali ini suasana persefahaman antara parti-parti pembangkang lebih jelas kerana semua menumpukan kekuatan untuk mengalah musuh yang satu iaitu Barisan Nasional.

Seperti yang disebut sebelum ini, Keadilan akan bertanding di 60 kerusi Parlimen dan 120 kerusi DUN. Syarat pemilihan ‘Parlimen Tumpu’ yang diputuskan’ oleh Majlis Pimpinan Tertinggi, mengikut Azmin, sangat menyeluruh. Pemilihan mengambilkira berbagai maklumbalas daripada berbagai pihak; pimpinan negeri, NGO dan keputusan-keputusan pilihan raya umum yang lepas.

Beliau juga telah menyerahkan senarai semak Gerak Kerja Pilihan Raya yang komprehensif, mengambilkira semua aspek kesan utama (Key Result Areas) untuk menang pilihan raya

Menjawab soalan mengenai gerak kerja pilihan raya di tempat-tempat yang parti tidak bertanding, beliau menegaskan, dengan semangat setia kawan, petugas-petugas parti akan tetap bergerak di tempat tersebut, membantu calon PAS atau DAP .

Parti sudah dapatkan daftar pemilih terkini iaitu yang digazetkan pada Mac 2007, dan sedang menyediakan SISMEP Fasa 2 daripadanya tidak lama lagi, tambah beliau.

Wednesday, July 25, 2007

Utusan Malaysia penipu besar

oleh Muhamad Syukree

ARAU, 25 Julai: Ketua KeADILan Bahagian Arau, Hashim Bakar menafi sekeras-kerasnya laporan media yang mendakwa ahli-ahlinya yang keluar parti.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu hari ini yang memetik kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Perlis, Ahmad Daud Che Abdul Ghani yang kononnya keluar parti bersama-sama 57 ahli KeADILan bahagian Arau dan Kangar.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan media dibuat oleh Ahmad Daud. Kesemua 57 ahli KeADILan yang dinyatakan itu masih tetap setia bersama dengan parti”, kata Hashim ketika dihubungi hari ini.

Menurut Hashim, sebaliknya hanya Ahmad Daud sahaja yang bertindak keluar parti selepas beliau mempunyai beberapa masalah dengan ahli-ahli parti di Perlis.

“Beliau juga telah diisytihar muflis. Kenyataan yang dibuat ini dipercayai didalangi oleh Umno yang bimbang dengan pengaruh KeADILan di Perlis. Umno berbuat demikian berpunca dengan tindakan Ketua Penerangan Umno Bahagian Padang Besar, Keria Senawi yang telah menyertai KeADILan baru-baru ini. Ini dibuat bagi menutup kelemahan mereka”, jelas Hashim.

Menurut beliau, BN dan Umno semakin tersedak dan cuba terus memburuk-buruk KeADILan dengan memutar belit fakta menggunakan media massa milik mereka. BN dan Umno juga tidak teragak-agak menggunakan wang untuk melaksanakan usaha ini.

“Ramai lagi ahli-ahli Umno di Padang Besar akan menyertai KeADILan selepas ini”, tambah Hashim. Kenyataan ini turut disokong sepenuhnya oleh Ketua keadilan Bahagian Kangsar, Bidin Pin.

“Semua cerita-cerita yang diwar-warkan oleh Ahmad Daud adalah bohong. Semua pimpinan dan ahli-ahli KeADILan di bahagian Arau dan Kangar akan terus komited dengan parti”, katanya.

Propaganda yang dijalankan Umno ini tidak akan berjaya memperdaya rakyat lagi kerana rakyat sudah sedar dengan pembohongan Umno selama ini, tambahnya.

Raja Petra bebas


Raja Petra bebas selepas lapan jam disoal siasat
Anis Nazri
Thu | Jul 26, 07 | 07:33:17 AM
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Selepas disoal siasat selama lapan jam, berhubung artikel dan komen pembaca yang diterbitkan di Malaysia Today, pengendali laman web itu, Raja Petra Kamarudin dibebaskan pada jam 7.30 malam tadi.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Beliau yang dipanggil jam 11.30 pagi semalam untuk disoal siasat di IPD Dang Wangi , Jalan Tun H S Lee, keluar dari balai polis berkenaan dengan senyuman lebar dan menerima tepukan aktivis pembangkang dan penyokong yang menunggunya sejak pagi.

Ditanya tentang soal siasat itu, Raja Petra berkata beliau diminta pihak polis untuk mendedahkan identiti orang yang meninggalkan komen di laman web beliau.

Beliau yang ditunjukkan senarai 12 komen yang dilampirkan dalam laporan polis yang dibuat Umno, menolak untuk bercakap mengenai komen oleh pembaca kerana beliau tidak bertanggungjawab mengenainya.

Bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa kebanyakan komen yang ditinggalkan dalam laman webnya itu dilakukan oleh sekumpulan 'cyber troopers' yang diarahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato' Azalina Othman Said dan AMT Umno, Dato' Muhammad Norza Zakaria.

Katanya, sekumpulan 25 orang dengan gaji RM2570 sebulan itu telah menyamar dengan pelbagai identiti untuk meninggalkan komen di laman web Malaysia Today, yang sengaja menimbulkan kemarahan orang lain.

Ada di kalangan mereka, katanya, sengaja menghantar komen yang berbaur hasutan dan perkauman bagi menghangatkan ruangan forum bagi mendapatkan respon daripada pembaca.

"Saya tahu perkara ini. Dan ia disahkan oleh 'orang kita' yang berada di Pejabat Umno. Ada ketikanya, sehingga 4000 atau 5000 komen dimasukkan sehari. Saya akan 'delete' dan menyekat kemasukan komen tersebut, setakat yang saya mampu," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, sehari selepas laporan polis terhadapnya dibuat.

Beliau yang hadir ke balai polis dengan membawa salasilah keturunan keluarganya dan senaskhah kitab terjemahan al-Quran sebagai persediaan untuk disoal siasat polis, menegaskan kedatangannya ke balai polis tersebut untuk mempertahankan dirinya yang dikatakan menghina Agong dan Islam.

"Saya bawa salasilah keturunan keluarga saya dan terjemahan al-Quran. Saya mahu mereka (polis) tunjuk bagaimana saya menghina Agong dan Islam," tegas beliau.

Raja Petra disoal siasat setelah Umno melalui Ketua Penerangannya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib membuat laporan polis terhadap Malaysia-Today, yang dikatakan menerbitkan artikel kononnya menghina Yang diPertuan Agong, bertarikh 11 Julai lalu.

Raja Petra, bagaimanapun menegaskan beliau tidak menerbitkan sebarang artikel yang dikatakan menghina itu pada tarikh yang dinyatakan.

"Saya tidak menerbitkan artikel pada tarikh itu. Saya hanya terbitkan pada 8 dan 13 Julai. Lagipun, artikel saya bukanlah menghina Agong tetapi lebih kepada menyatakan bahawa kuasa Agong ini lebih luas daripada apa yang kita sedar," kata beliau.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, yang hadir untuk menyatakan sokongan moral, berkata kebelakangan ini kerajaan menjadikan 'bloggers' sebagai ancaman dan mengenakan tekanan bagi menyekat hak mereka menyatakan kebenaran.

Sedangkan, katanya ruang untuk bloggers menyatakan pendapat mereka sebenarnya boleh membantu kepada pembangunan sesebuah negara.

"Jika terdapat kesilapan di kalangan mereka (bloggers), mereka patut diperbetulkan, bukan diancam dan diugut serta diperlakukan begini. Dalam masa sama, hak rakyat untuk mengetahui segala maklumat turut dinafikan," tegas beliau, yang turut memberi sumbangan kepada isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tian Chua yang berada di lokasi, membidas polis yang jelas membuktikan mereka adalah alat politik Barisan Nasional.

Katanya, baru dua hari pemimpin BN membuat laporan terhadap Raja Petra, polis terus membuat siasatan.

"Ini jelas sikap tidak adil, berapa banyak laporan yang kami buat terhadap pemimpin BN, termasuk dengan bukti-bukti sekali, pihak polis hanya mendiamkan diri sahaja," bidas beliau. - mks.

DSAI's Statement on Raja Petra Kamarudin

Posted on Thursday, July 26 @ 09:27:15 MYT by SongkokPutih

Saya mengecam tekanan terbaru dari pihak kerajaan dan polis terhadap pengendali laman Malaysia Today , Raja Petra Kamaruddin.

Tindakan ke atas Raja Petra ini bermula dengan laporan polis dan disusuli oleh ucapan-ucapan mengkritik pengendali blog oleh beberapa pimpinan UMNO termasuk Dato' Seri Najib Tun Razak. Ini merupakan siri terbaru tekanan terhadap pengendali laman web dan blog selepas penahanan setiausaha saya Nathaniel Tan baru-baru ini.

Saya menyeru agar pihak polis menggunakan masa mereka untuk menyiasat dakwaan rasuah melibatkan pelbagai pimpinan kerajaan yang disiarkan di Malaysia Today dan membanteras jenayah yang sudah menjadi-jadi. Sudah begitu banyak laporan yang dibuat terhadap pimpinan kerajaan dahulu dan sekarang yang tidak disiasat langsung, tetapi laporan terhadap pengendali laman web mendapat tindakan segera polis.

Rakyat Malaysia memerlukan pemimpin yang bersifat terbuka dan memandang ke hadapan, bukannya yang masih terikut-ikut dengan budaya politik lama dan tidak dapat menerima realiti teknologi hari ini. Ketika pemimpin UMNO hebat menuntut pengendali blog untuk bertanggungjawab di atas penulisan mereka, saya menyeru pemimpin UMNO dan polis agar jangan lupa amanah mereka kepada rakyat.

ANWAR IBRAHIM
MEDIA STATEMENT
25 July 2007

DSAI's Statement on Raja Petra Kamarudin

July 26 @ 09:27:15 MYT by SongkokPutih

Saya mengecam tekanan terbaru dari pihak kerajaan dan polis terhadap pengendali laman Malaysia Today , Raja Petra Kamaruddin.

Tindakan ke atas Raja Petra ini bermula dengan laporan polis dan disusuli oleh ucapan-ucapan mengkritik pengendali blog oleh beberapa pimpinan UMNO termasuk Dato' Seri Najib Tun Razak. Ini merupakan siri terbaru tekanan terhadap pengendali laman web dan blog selepas penahanan setiausaha saya Nathaniel Tan baru-baru ini.

Saya menyeru agar pihak polis menggunakan masa mereka untuk menyiasat dakwaan rasuah melibatkan pelbagai pimpinan kerajaan yang disiarkan di Malaysia Today dan membanteras jenayah yang sudah menjadi-jadi. Sudah begitu banyak laporan yang dibuat terhadap pimpinan kerajaan dahulu dan sekarang yang tidak disiasat langsung, tetapi laporan terhadap pengendali laman web mendapat tindakan segera polis.

Rakyat Malaysia memerlukan pemimpin yang bersifat terbuka dan memandang ke hadapan, bukannya yang masih terikut-ikut dengan budaya politik lama dan tidak dapat menerima realiti teknologi hari ini. Ketika pemimpin UMNO hebat menuntut pengendali blog untuk bertanggungjawab di atas penulisan mereka, saya menyeru pemimpin UMNO dan polis agar jangan lupa amanah mereka kepada rakyat.

ANWAR IBRAHIM
MEDIA STATEMENT
25 July 2007

Sunday, July 22, 2007

DSAI di program BERSIH


Cubaan sabotaj program DSAI di Kedah gagal


MERBOK: Usaha pihak tertentu untuk mensabotaj ceramah Anwar Ibrahim di Kedah gagal, apabila ribuan rakyat tetap membanjiri padang awam Bandar Baru Sungai Lallang, dekat sini, Khamis lalu, meskipun beberapa hari sebelum itu poster program dikoyak, kain-kain rentang diturunkan dan bendera keADILan yang menghiasi sepanjang jalan ke tempat program dirosakkan.

Tidak cukup dengan itu, pihak berkenaan turut menghebahkan program palsu Anwar bagi mengelirukan orang ramai, khususnya masyarakat Tionghua.

“Kehadiran lebih 6000 orang, termasuk kaum Tionghua, India dan ahli-ahli Umno untuk mendengar pidato Anwar, menolak sama sekali propaganda media kononnya rakyat menolak keADILan, hanya berdasarkan dua tiga kerat ahlinya yang mengumumkan keluar parti,” jelas Ketua Angkatan Muda (AMK ) Kedah Shaiful Izham Ramli.

Pada malam hujan renyai-renyai itu juga, Anwar menerima kira-kira 600 borang permohonan baru untuk menyertai keADILan dari bahagian Merbok, Baling, Padang Serai dan Sungai Petani.

Menurut Shaiful, program anjuran AMK dan keADILan Negeri itu mendapat sambutan luar biasa walaupun diadakan di ‘kubu Umno’ dan terdapat usaha untuk menggagalkannya.

Menjawab soalan Malaysia Today, Shaiful enggan mengaitkan usaha sabotaj itu dengan golongan yang meninggalkan parti itu baru-baru ini, atau membabitkan ahli parti lawan.

Selain Anwar, turut berucap adalah Ahli MPT Johari Abdul, Pengerusi keADILan Kedah Ir Zamri Yusof dan Pengerusi Biro Masyarakat India Kalai Vanar.

Terdahulu, pada sebelah petang di Parlimen Jerlun, Anwar menghadiri majlis ramah mesra dengan kira-kira 400 ahli baru keADILan termasuk beberapa tokoh Umno yang mengumumkan meninggalkan parti itu.

Anwar kemudiannya, ke Beseri Perlis menghadiri Majlis Sepetang Bersama Rakyat. Pada majlis itu, beliau menerima 300 borang permohonan baru menyertai keADILan.

Beliau juga sempat mengadakan tazkirah maghrib di Surau Derga, Alor Setar yang turut dihadiri Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar.

Jumaat pagi, Anwar sempat meninjau stesen bas dan teksi Sungai Petani yang telah daif dan mendengar keluhan beberapa pengusaha pengangkutan awam berkenaan.

Kemudiannya, beliau berlepas ke Kuala Muda menemui nelayan dan mangsa tsunami di sana, sebelum menunaikan sembahyang Jumaat bersama rakyat Permatang Pauh di masjid Bandar Baru Perda.

Saturday, July 21, 2007

Ceramah Anjuran AMK Gombak

Tarikh : 25hb Julai 2007

Tempat : Pejabat Bahagian KeAdilan Gombak

Masa : 9 malam

Penceramah : Ustaz Dr Badrol Amin Bahron, Saari Sungip, Zulkifli Nordin

Semua di jemput hadir
Sebarang pertanyaan hubungi : Jeff 012-299205, Zainol 019-3070090

Kasih seorang Raja. Mana pi Pak Lah?



Mana pi Pak Lah ? Disaat-saat negara berdukacita kehilangan ramai hero dalam nahas Nuri, dia entah kemana. Yang ada hanyalah kasih sayang seorang Raja dan isteri yang menunjukkan keprihatinan terhadap seorang anak yang kehilangan bapa dalam nahas tersebut.Ramai yang bertanya ke mana kelibat PM kita ? Masih di buai honey moon lagi ke?

Najib, "Ahli Umno 'kena hulur dulu, baru buat kerja" - Baru tau ke Najib?


Oleh adli

" Ahli Umno 'kena hulur dulu, baru buat kerja'

20-07-2007 09:13:09 PM TUMPAT: Umno di Kelantan perlu berusaha mengukuhkan perpaduan parti sehingga menjurus kepada "sifar masalah" dalaman, kata timbalan presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Umno sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi tidak boleh mengelak daripada timbulnya masalah dalam parti akibat perbezaan pendapat, namun perbezaan itu tidak seharusnya berlandaskan kepentingan peribadi, sehingga menjejaskan perjuangan dan matlamat parti.

"Kita (Umno) tidak boleh lari daripada mengalami masalah. Sedangkan suami isteri mempunyai masalah rumahtangga dan mereka akan cuba selesaikan secara rundingan.

"Tetapi masalah perbezaan pendapat janganlah sampai perjuangan dan matlamat parti dikorbankan," kata Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tumpat, di Dewan Sekolah Menengah Datuk Biji Wangsa, di sini hari ini.

Najib berkata sudah 17 tahun parti PAS memerintah kerajaan negeri Kelantan dan Umno pula masih lagi menjadi pembangkang di negeri ini, yang merupakan satu-satunya negeri yang diperintah PAS.

Beliau membangkitkan amalan budaya mengharapkan upah, "belah buluh ambik kapak, bila hulur baru nampak," dalam kalangan pemimpin Umno sebagai antara masalah yang perlu dihapuskan.

(Ini) terutama bila pilihan raya umum semakin hampir kini, kata Najib.

"Nak hulur baru nampak, nak hulur baru kerja. Kalau tidak hulur tidak kerja, tidak hulur tidak nampak poster. Beri RM20 bilion pun untuk Kelantan kita tidak akan nampak," tegurnya.

Beliau mengingatkan para pemimpin parti agar menukar pemikiran ini dan mengutamakan perjuangan parti iaitu untuk kepentingan bangsa Melayu dan mengenepikan kepentingan peribadi, lebih-lebih lagi jika diri mereka tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti.

Katanya pemimpin seharusnya berfikir apa yang boleh mereka sumbangkan kepada parti dan bukannya berfikir apa parti boleh berikan kepada mereka.

"Mesti ikhlas dalam perjuangan kalau kita ikhlas Allah pasti bersama kita," katanya.

Najib menegaskan bahawa sudah tiba masanya pemimpin Umno di semua peringkat berusaha untuk mengukuhkan kekuatan parti agar dapat dilihat rakyat Kelantan sebagai teladan bahawa Umno mempunyai kepimpinan yang berkelayakan. BERNAMA

"