Wednesday, July 25, 2007

Utusan Malaysia penipu besar

oleh Muhamad Syukree

ARAU, 25 Julai: Ketua KeADILan Bahagian Arau, Hashim Bakar menafi sekeras-kerasnya laporan media yang mendakwa ahli-ahlinya yang keluar parti.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu hari ini yang memetik kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Perlis, Ahmad Daud Che Abdul Ghani yang kononnya keluar parti bersama-sama 57 ahli KeADILan bahagian Arau dan Kangar.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan media dibuat oleh Ahmad Daud. Kesemua 57 ahli KeADILan yang dinyatakan itu masih tetap setia bersama dengan parti”, kata Hashim ketika dihubungi hari ini.

Menurut Hashim, sebaliknya hanya Ahmad Daud sahaja yang bertindak keluar parti selepas beliau mempunyai beberapa masalah dengan ahli-ahli parti di Perlis.

“Beliau juga telah diisytihar muflis. Kenyataan yang dibuat ini dipercayai didalangi oleh Umno yang bimbang dengan pengaruh KeADILan di Perlis. Umno berbuat demikian berpunca dengan tindakan Ketua Penerangan Umno Bahagian Padang Besar, Keria Senawi yang telah menyertai KeADILan baru-baru ini. Ini dibuat bagi menutup kelemahan mereka”, jelas Hashim.

Menurut beliau, BN dan Umno semakin tersedak dan cuba terus memburuk-buruk KeADILan dengan memutar belit fakta menggunakan media massa milik mereka. BN dan Umno juga tidak teragak-agak menggunakan wang untuk melaksanakan usaha ini.

“Ramai lagi ahli-ahli Umno di Padang Besar akan menyertai KeADILan selepas ini”, tambah Hashim. Kenyataan ini turut disokong sepenuhnya oleh Ketua keadilan Bahagian Kangsar, Bidin Pin.

“Semua cerita-cerita yang diwar-warkan oleh Ahmad Daud adalah bohong. Semua pimpinan dan ahli-ahli KeADILan di bahagian Arau dan Kangar akan terus komited dengan parti”, katanya.

Propaganda yang dijalankan Umno ini tidak akan berjaya memperdaya rakyat lagi kerana rakyat sudah sedar dengan pembohongan Umno selama ini, tambahnya.

No comments: