Sunday, July 15, 2007

Ada pemimpin GERAK mahu Keadilan dibubar. Pengkhianat, harus di hapuskan

Oleh Zulkifli Mohamed

Terdapat pemimpin Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) sedang bergerak aktif mempengaruhi ahli dan pemimpin Parti Keadilan, untuk menyertai pertubuhan itu seterusnya membubarkan parti berkenaan.

Pemimpin tersebut, dikatakan ditaja oleh pihak-pihak tertentu, malah ada antaranya dijanjikan imbuhan termasuk projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS), sekiranya mereka membubarkan parti.

“Kami mempunyai bukti, termasuk rakaman perbualan pemimpin Gerak terbabit yang menawarkan projek IKS kepada pemimpin Keadilan yang keluar parti,” dakwa sumber parti itu yang menghubungi Malaysia Today baru-baru ini.

“Mereka tidak akan menyertai Umno, sebaliknya mereka akan cuba melumpuhkan parti, mereka sedang berjuang untuk Umno secara tidak langsung,” jelasnya.

Gerak dipimpin oleh bekas Ketua AMK Ezam Mohd Noor, yang mengumumkan meninggalkan parti itu baru-baru ini.

Terdahulu, Naib Presiden Azmin Ali, dipetik sebagai berkata terdapat kumpulan tertentu dalam Barisan Nasional (BN) ‘membeli’ ahli-ahli Keadilan untuk menunjukkan parti itu sedang menuju ke ambang kehancuran.

Jelasnya, berdasarkan maklumat-maklumat yang beliau peroleh, kumpulan-kumpulan dalam BN turut menawarkan wang kepada ahli-ahli Keadilan untuk keluar daripada parti itu.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor, Halimey Abu Bakar, berkata pihaknya telah memutuskan tidak akan bekerjasama dengan sebarang program anjuran Gerak.

“Kita menyokong isu yang dibawa Gerak, tetapi tidak akan terlibat dan bekerjsama dengan mereka selagi nama kepimpinan dan parti diburukkan, kita berjuang atas parti, bukannya individu,” jelasnya kepada Malaysia Today.

Bagaimanapun pihaknya tidak akan menghalang, sekiranya ada di kalangan ahlinya membantu Gerak secara individu.

AMK Kedah turut mengambil tindakan yang sama. Ketuanya Shaiful Izham Ramli berkata pihaknya hanya akan menumpukan kepada program-program penerangan kepada rakyat, pembinaan generasi pelapis, kepimpinan dan persiapan ke arah pilihan raya.

“Kita tidak akan membuang masa dengan sebarang organisasi yang tidak jelas halatuju, kecuali ada permohononan bertulis.”

Menurut Shaiful terlalu banyak isu rakyat yang perlu diangkat ke pengetahuan umum dari melayan karenah 2 – 3 kerat orang yang keliru tentang halatuju perjuangan sebenar.

“Agenda perjungan rakyat harus mendahului agenda perjuangan peribadi,” tegasnya.

Sementara itu, Dr Azhar Ahmad, iaitu Ketua AMK Pulau Pinang turut menasihatkan ahli-ahlinya tidak terlibat dengan sebarang program Gerak.

“Kita telah memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Gerak.”

Terdahulu, AMK Terengganu melalui ketuanya Rosdi Baba mengumumkan menggantung semua bentuk kerjasama dengan Gerak.

Dalam pada itu, Exco AMK Pusat, Zulkifli Ibrahim mahukan semua pihak bertenang, tidak mengambil tindakan atau membuat sebarang kenyataan yang boleh memburukkan lagi keadaan.

“Musuh utama kita ialah Umno/BN, semua pihak sepatutnya menumpukan kepada musuh yang satu ini,dan bukannnya bertelagah sesama sendiri,” tegasnya.

No comments: