Sunday, July 15, 2007
Pakatan Ezam dan UMNO
Dipetik dari Laman Marhaen
Oleh CucuMatKilau
Senario ini pasti terus berlaku menjelang pilihanraya. Ezam kabarnya kini mempunyai pakatana dengan UMNO bagi melemahkan Parti Keadilan Rakyat. Ini berikutan PKR dilihat terlalu lantang untuk menjuarai isu Kes Altantunya yang mana kononnya melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Justeru itu terdapat pakatan antara Team Najib dengan Ezam untuk memastikan Parti Keadilan Rakyat dilumpuhkan. Maka itu, sudah pastilah Ezam dijanjikan berbagai habuan dan pangkat untuk beliau merealisasikan hasrat tersebut. Cabaran ini disahut oleh Ezam, dan langkah pertama yang harus beliau ambil ialah menarik seberapa ramai ahli parti keadilan untuk keluar dari parti pimpinan Anwar itu. Maka itu kita dapat melihat saban hari kita disajikan dengan berita pembubaran dan perletakkan jawatan tersebut.
Kabaran yang diterima, Ezam bakal mendapat habuan yang besar sekiranya berjaya melumpuhkan perjuangan keadilan di negara ini. Sebelum ini, beliau secara terang-terangan telah dijanjikan kerusi Parlimen Petaling Jaya Selatan. Dalam pertemuan Ezam dengan pemimpin UMNO bahagan itu, secara jelas ketua bahagian Petaling Jaya Selatan mengatakan bahawa kerusi beliau akan diberikan kepada Ezam sekirannya Ezam bertindak keluar parti dan kembali ke pangkuan UMNO.
Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, Ezam kini sedang mengadakan perhubungan dan membina landasannya dengan Team Najib bagi menyaingi Pak Lah dan Khairy. Biarpun Najib mempunyai Hishamuddin, namun anak Tun Hussein Onn itu dilihat terlalu lemah dan tidak bermaya untuk berhadapan dengan Khairy selaku Naib Ketua Pemuda UMNO. Khairy kini dilihat lebih kehadapan dalam pelbagai isu, dan Hishamuddin kelihatan tidak langsung mempunyai halatuju untuk memimpin pemuda UMNO lagi. Lantaran itu bagi memberi saingan kepada Team Pak Lah dan Khairy, maka adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk membawa masuk Ezam ke dalam UMNO secepat mungkin bagi menyaingi kehebatan Khairy. Maka itulah, Ezam dijanjikan dengan berbagai habuan sekiranya beliau berjaya melakukan dua tugasan besar itu. Pertamanya bagi melumpuhkan keadilan yang kini semakin bertenaga untuk mengaitkan Najib dengan Altantunya dan kedua menghalang pengaruh Khairy dan Pak Lah dalam UMNO sendiri.
Mungkinkah Ezam bakal mendapat habuan setimpal dengan jasa-jasa beliau ini?. Sama-samalah kita nantikan episod seterusnya Ezam dan kuncu-kuncunya?. Apakah beliau akan terus berGERAK dengan selamat dalam meniti arus perjuangannya, ataupun Ezam bakal karam dikapankan dengan NGO yang dipimpinnya itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment