Tuesday, September 4, 2007

Marilah tido bersama2 saya...zzzzzzzzz

Selangor tetap tarawih 20 rakaat. Bangang nya Khir Toyo. Fatwa mana dia pakai?

Roslan SMS

Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia atau mungkin barangkali dunia yang menetapkan solat tarawih untuk bulan Ramadhan ini dikerjakan sebanyak 20 rakaat tidak termasuk solat witir disetiap masjid dan surau di bawah pentadbirannya. Kata MB Negeri Maju ini:

Kita kena ingat siapa kita dan adakah dengan melakukan solat tarawih 8 rakaat ia sudah dikira sempurna.

Bermakna Selangor di bawah Khir kini memilih menuju kesempurnaan bermula dengan solat tarawih. Tetapi adakah solat tarawih sahaja yang dituntut kesempurnaannya, bagaimana yang lain yang lebih besar termasuk yang wajib dan fardhu?

Saya akui memang lumrah dikalangan umat Melayu khasnya apabila tiba bulan Ramadhan maka pokok perbahasan adalah 8 atau 20. Lalu kini Khir selaku MB menetapkan ia mesti 20. Tetapi soalnya adakah perkara sunat ini sesuatu yang meruncing, yang mencetuskan ketegangan dan perbalahan sehingga MB sendiri perlu campurtangan dan menetapkan keputusannya sebegini rupa?

Bagaimana contohnya dengan solat Jumaat yang wajib itu? Bagaimana dnegan rakyat negeri Selangor yang tidak menunaikan solat ini, yang masih ramai bersepah-sepah di kedai-kedai dan lepak di pejabat ketika saudara-saudaranya yang lain ke masjid? Tidakkah Khir mahu ambil pusing hal ini? Ramadhan cuma sebulan dalam setahun tetapi solat fardhu Jumaat tiap-tiap minggu!

Bagaimana pula mereka yang langung tidak mngerjakan solat fardhu lima kali sehari? Apakah hal ini tidak mengundang kerisauan dan kebimbangan MB sebagaimana dia terlalu risau darihal solat 8 atau 20 rakaat tarawih (saya masih ingat Allahyarham Ustaz Nasohah Hj Ahmad, bekas Imam Masjid Darul Ehsan Subang Jaya mengatakan, samada 8 atau 20 atau berapa puluh pun rakaat solat tarawih yang ada kerjakan, ia akan tetap merupakan solat sunat)

Kalau benar MB Selangor prihatin tentang kesempurnaan ibadat dan hidup kita sebagai seorang Muslim, saya cadangkan tanganilah perkara yang lebih kritikal dan meruncing. Bagaimana kita menyempurnakan akhlak anak-anak muda kita khasnya di Selangor yang semakin parah itu dengan gejala sosial dan seks bebas (termasuklah yang tua yang melibatkan pimpinan Wanita dalam Umno Selangor sendiri!) yang ternyata diluar kawalan.

Judi dan arak yang jelas haram tidak pula menjadi keutamaan agenda kesempurnaan MB Selangor? Berapa ramai anak-anak Melayu ( termasuklah Bangla dan Indon yang Islam)yang bertikam nombor setiap ada hari cabutan walaupun terpampang dengan bodoh papan kenyataan judi itu haram disisi Islam di kedai-kedai tikam nombor di Selangor, yang dilesenkan premisnya oleh kerajaan negeri. Berapa ramai anak-anak Melayu yang bekerja samada sebagai pelayan, juruwang, GRO di pusat-pusat hiburan yang menghidangkan arak, tidak termasuk anak-anak Melayu sendiri (termasuk yang tua-tua) yang menjadi pelanggan di pusat-pusat yang dilesenkan oleh kerajaan negeri!

Tiba-tiba sibuklah pula kita mahu menetapkan solat sunat tarawih itu perlu dikerjakan 20 rakaat untuk kononnya menuntut kesempurnaan sedangkan rumahtangga kita, negeri kita tunggang langgang dalam kesempurnaannya terutama dalam hal-hal yang melibatkan Islam itu sendiri.

Saya cadangkan agar Khir mengalihkan perhatiannya kepada isu dan masalah yang lebih besar dan kronik yang menimpa jumat Islam di Selangor dari menumpu kepada isu solat sunat tarawih yang insyallah boleh diselesaikan dikalangan ahli kariah masjid dan surau tanpa memerlukan campurtangan seseorang yang bertaraf MB.

Nikmat sebuah kemerdekaan 50 tahun


Meloyakan


Potong stim betul. Baru nak tengok perarakan sempena Kemerdekaan di TV, langsung hilang mood dan tak ada selera bila lihat mula-mula dah nampak rombongan UMNO mengetuai perbarisan. Apa ni? UMNO ke yang berjuang untuk kemerdekaan sorang2 dia. haprak dan hampeh betul UMNO ni. Mcm dia jer yang memperjuangkan kemerdekaan. hey UMNO, tengok cermin baik-baik. Engko tu di beri kemerdekaan oleh British macam tu aje tau tanpa ada apa2 perjuangan dan pergorbanan dari engko UMNO.

Engko senang2 aje nak lupakan perjuangan dan pergorbanan Mat Kilau, Tok Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Ibrahim Hj Yaakob, Ahmad Boestaman, Burhanuddin al-Helmy, Pak Sako dan lain-lain lagi yang tak cukup untuk disebut disini.

UMNO sengaja memutar belitkan sejarah kononnya hendak menunjukkan mereka lah hero dan wira sejati dalam memperjuangkan kemerdekaan. Pegi dah. Ingat anak2 muda. Kaji balik sejarah negara. Jangan di putarbelitkan oleh UMNO. Pergi cari bahan dan buat kajian yang betul. Ingat jasa-jasa pejuang2 kemerdekaan yang sebenar.

Maaf dari webmaster

Agak lama jugak saya tidak memuatkan bahan-bahan terbaru buat tatapan anda. Ini kerana kesihatan saya tidak mengizinkan. Selepas sahaja program DSAI di Gombak khususnya di Batu Caves saya tidak sihat kerana diserang disbetes yang agak menganggu pergerakan saya. Kaki bengkak khususnya dibawah tapak kaki. Doktor sahkan kandungan gula dalam darah saya agak tinggi. Alhamdulillah selepas minum air daun bakawali pemberian Gopal, agak lega sikit walaupun terasa kebas2 dan meyucuk2 ditapak kaki masih ada. Sakit ini juga nikmat Allah swt .

Saya akan cuba mengemaskinikan bahan2 untu tatapan semua.

Webmaster.

Monday, August 13, 2007

Gambar-gambar di Batu Caves




Syabas dan hebat



Syabas dan tahniah kepada warga KeAdilan Gombak, bahagian, Wanita dan AMK diatas komotmen yang sdr /i tunjukkan sebelum dan sewaktu program lawatan kerja DSAI ke Gombak. Walaupun menghadapi masalah seperti pembatalan disaat-saat akhir dewan sekolah cina Kheow Bin , tetapi kita berjaya menghadapinya dengan tabah. PA sistem sewaktu ceramah DSAI di Permata, dirampas sebaik sahaja ceramah berakhir. Bacul sungguh UMNO dan PDRM. Walaubagaimana pun kita berjaya sebenarnya mendapat sokongan rakyat.

Di Batu Caves kita berjaya mendapat ahli baru seramai 700 orang dari kalangan india dan kita berjaya mengumpul 1,500 orang dimajlis hi-tea bersama masayarakat. kita berjaya juga mendapat sokongan penunggang motosikal harley davidson dari kalangan india setelah ahli-ahli harley davidson melayu diugut oleh zahid hamidi.

Apa-apapun tahniah semua.

Takziah



Keadilan Gombak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Razak Ahmad, PPN Negeri Johor dan seluruh warga KeAdilan Johor diatas pemergian Allahyarham ke rahmatullah. Sesungguh Allah lebih menyayangi Allahyarham. Pengorbanan dan perjuangan Allahyarham amatlah besar kepada rakyat Johor khususnya dan ahli KeAdilan. Al-fatihah

Tuesday, August 7, 2007

Pembangkang mahu tawan semua kerusi-Azmin

SEREMBAN 7 Ogos – Parti pembangkang berhasrat menawan semua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum akan datang tanpa memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding.

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, parti pembangkang telah membuat ketetapan bahawa semua kerusi baik peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, sejak dua bulan lalu kesemua parti pembangkang telah mengadakan perbincangan berhubung persiapan jentera pilihan raya dan juga pembahagian kerusi sesama mereka.

“Masing-masing telah memberikan senarai calon mereka yang akan bertanding kelak dan ia sedang disenarai pendek berdasarkan pelbagai aspek yang akan membawa kepada kemenangan.

“Senarai calon ini dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat kerana kita menjangkakan pilihan raya umum akan berlangsung sebelum hujung tahun ini. Setakat ini perkembangan perbincangan antara kami amat memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Pejabat Perhubungan PKR Negeri Sembilan oleh Presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

DSAI kini Ketua Imam Khalifah



Anwar Ibrahim ditabal Ketua Imam Khalifah

Dato' Seri Anwar Ibrahim ditabalkan sebagai Ketua Imam Khalifah Besar Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia semperna Seminar Memertabatkan Perpaduan Gayung yang diadakan di hadapan Yayasan An Nahdhoh, Kampung Petani, Kubang Semang, Bukit Mertajam petang semalam.

Monday, August 6, 2007

Perubahan program Jamuan Rakyat di Batu Caves

Akibat tekanan dan desakan kuat dari pihak PPD Gombak dan MCA , program jamuan rakyat yang dijangka awalnya akan dibuat di Dewan SJK (C) Kheow Bin Batu Caves terpaksa di pindah ke Restoran STC iaitu bersebelahan dengan SJK (C) Kheow Bin. Inilah cara BN menekan rakyat. Takut dengan pengaruh DSAI , mereka memberi penekanan kepada pihak sekolah supaya membatalkan kelulusan awal yang diberi. Apa pun program akan tetap berjalan lancar sebagaimana yang di rancang.

Sunday, August 5, 2007

Program Lawatan Kerja DSAI Ke Gombak

11 Ogos 2007 [Sabtu]:
Lawatan Ke Parlimen Gombak, Selangor

1. Jamuan Teh Rakyat
Tempat: Dewan SRJK (C) Keow Bin, Batu Caves
Masa: 4.30 petang

2. Jamuan Makan Malam Rakyat
Tempat: Padang Madrasatul Islamiyah, Blok T, Rumah Pangsa PKNS, Hulu Kelang.
Masa: 8.00 malam

3. Pidato Perdana Barisan Rakyat
Tempat: Padang Taman Permata, Hulu Kelang, Gombak
Masa: 9.00 malam
Penceramah: DSAI, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Sdr. Azmin Ali, Dr. Hatta Ramli

Semua rakyat di jemput hadir.

AWAS !! Samseng akan bermaharajalela



Ketua Samseng dan Ketua Mat REmpit Semalaysia akan bermaharajalela. Ingat betul2 muka dia ni.

7 September penentu masa depan politik Azmin Ali


Oleh Wartawan klpos.com

SEMUANYA teka-teki, dan 7 September ini merupakan penamatnya. Nasib dan takdir politik Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Azmin Ali akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

BERAKHIRKAH percaturan politik leftenan kanan Anwar Ibrahim ini, atau ada sinar baru dalam pilihanraya umum nanti?

Azmin dalam proses merayu keputusan mahkamah sebelumnya yang menetapkan beliau bersalah memberi keterangan palsu dalam perbicaraan melibatkan boss keADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Mac 1999.

Kisahnya berliku, Azmin dikatakan berbohong di mahkamah tinggi dan didakwa di mahkamah seysen, pada awalnya Azmin dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ampang pada 13 Julai 1999, tapi kegembiraannya tidak bertahan lama, pendakwaraya mengemukakan rayuan dan dia dibicarakan semula.

Hakim baru namanya Akhtar Tahir pun bersidang, dan pada 2 Mei 2001, Azmin dijatuhi hukuman bersalah dan dihukum penjara 18 bulan. Mujur hukuman itu tergantung sementara Azmin mengemukakan rayuan balas.

Berikutan kes ini, Azmin tidak boleh bertanding dalam pilihanraya umum 2004, beliau yang sebelum itu merupakan Adun Hulu Kelang dinafikan hak secara undang-undang untuk mempertahankan kerusinya kerana ada kes di mahkamah.

Dan kini, jika didapati bersalah, Azmin mungkin akan hilang kesempatan untuk bertanding lagi, apakah nasibnya nanti?

Dalam keADILan ini, selain Anwar, Wan Azizah dan Dr Syed Husin, Azmin merupakan tokoh paling kanan, dia juga merupakan pengarah pilihanraya parti berbagai kaum itu.

Memartabat bangsa, memperkasa negara

Ketika dihubungi klpos.com, Azmin memberitahu beliau dalam keadaan bersemangat hendak mendengar keputusan mahkamah itu nanti.

"Kes ini terlalu lama, ditanguh berkali-kali, saya amat menantikan keputusan ini untuk menentukan langkah selanjutnya," kata beliau.

Ketika ditanya jika rayuannya ditolak mahkamah, apakah beliau akan terus berpolitik, kata Azmin, "Kita akan lihat nanti, tapi perjuangan saya dan rakan-rakan dalam keADILan bukan semata-mata untuk pilihanraya.

"Perjuangan kami untuk perubahan di Malaysia bagi memartabat bangsa dan memperkasa negara," katanya.

Menurut beliau, semalam peguam-peguamnya dan pihak pendakwaraya selesai menggulung hujah masing-masing.

"Sehari dua ini saya sibuk betul, setiap hari ada perbincangan dengan peguam bagi memastikan semuanya semua hujah yang kami kemukakan tidak mampu ditolak dan rayuan saya diterima," katanya berharap.

Azmin diwakili peguam Christopher Fernando dan C.V. Prabhakaran dan kes beliau didengar oleh Hakim Datuk Abdul Kadir Musa.

Persiapan pilihanraya keADILan

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan pilihanraya keADILan, Azmin berkata semuanya berjalan lancar.

"Perundingan kerusi dengan DAP dan PAS cukup optimis, begitu juga persiapan menifesto dan lain-lain lagi," ujar beliau.

Mengenai senarai calon keADILan, kata Azmin, akan ada beberapa kejutan yang dibuat oleh parti itu nanti.

"Insyallah kami akan membariskan calon-calon terbaik merangkumi semua golongan termasuk wakil NGO, profesional, anak muda, dan ahli perniagaan terkenal mewakili semua kaum," kata beliau.

Ditanya di mana beliau akan bertanding nanti dan apakah berminat mencuba nasib sekali lagi di Dun Hulu Kelang, kata Azmin, "Kita tengok nanti," katanya berlapik.

Tapi sumber klpos.com memberitahu, gerak kerja pilihanraya keADILan di Dun Hulu Kelang dan Parlimen Gombak sudah digerakkan sejak dua tahun lalu.

Azmin bertanding Parlimen Taiping?

Melihat persiapan yang rapi, dari segi culaan undi, pembersihan daftar pengundi dan penubuhan Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) di semua tempat Parlimen Gombak, apakah Azmin berminat hendak mencuba nasib di situ lagi?

Seperti kata seorang ahli keADILan Gombak kepada klpos.com.

"keADILan Gombak merupakan di antara beberapa bahagian yang paling aktif menggerakkan jentera pilihanraya di Malaysia, siapa pun calon pilihan parti kami sedia terima," katanya.

Tapi sumber lain dari parti itu memberitahu klpos.com, "Azmin juga berminat untuk bertanding di Parlimen Taiping, kampung isteri beliau," katanya.

Sehingga kini tiada pengesahan, tapi klpos.com akan cuba mencari jawapannya nanti. Jika ada, kami akan bawakan secara eksklusif di klpos.com.

Thursday, August 2, 2007

Titah Raja Nazrin


"Rasuah adalah penyakit sosial paling buruk. Amalan rasuah adalah punca kesengsaraan dan kehancuran negara membangun. Ia boleh menghapuskan sistem pentadbiran yang baik, melemahkan institusi, undang-undang dan menghalang perkembangan ekonomi. Rasuah wujud hanya untuk keinginan mendapatkan keuntungan peribadi. Sebab itu langkah konkrit perlu diambil untuk membenteras rasuah dan memperkenalkan amalan pengurusan berdasarkan kecekapan, ketelusan dan sikap bertanggungjawab."

Keputusan rayuan Azmin

Mahkamah Tinggi hari ini telah menetapkan bahawa keputusan rayuan Sdr Azmin Ali, Naib Presiden Parti KeAdilan Rakyat, terhadap hukuman bersalah dan penjara 18 bulan akan dibacakan pada 7hb September 2007. Marilah kita sama-sama turun pada hari tersebut dan mendoakan agar keputusan mahkamah Tinggi akan memihak kepada beliau, Amin.

Tuesday, July 31, 2007

Kes rayuan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta hari ini ditangguhkan.


KUALA LUMPUR - 31 Julai : Kes rayuan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta hari ini ditangguhkan.

Kes tersebut ditangguhkan berikutan pihak mahkamah telah mendapat panggilan telefon mengenai terdapat bom di dalam bangunan kompleks mahkamah tersebut.

Semua kakitangan mahkamah tersemua hakim, peguam dan orang ramai terpaksa meninggalkan kompleks mahkamah sekitar jam 10.15 pagi tadi.

Menurut Azmin, kes beliau akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi esok.

Kes yang sepatutnya dijadualkan hari ini adalah giliran peguam bela membuat pengulungan.

Azmin telah mengemukakan rayuan untuk mengenepikan sabitan bersalah dan hukuman penjara 18 bulan atas tuduhan memberi keterangan palsu semasa perbicaraan kes Ketua Umum KeADILAn Anwar Ibrahim.

Azmin diwakili oleh peguam C.V. Prabhakaran dan Christopher Fernando.

Sunday, July 29, 2007

The real monkey

DSAI di Konvensyen KeAdilan Selangor


DSAI semalam 29hb Julai menghadiri program Konvensyen KeAdilan Selangor di De Palma Hotel, Shah Alam. Beliau turut memberi kata-kata semangat pada peserta-peserta yang melimpahi ruang dewan sekitar 150 orang. Syabas bahagian-bahagian di Selangor yang jelas menunjukkan pada orang-orang tertentu di Selangor yang cuba menjahanamkan KeAdilan di Selangor bahawa kita adalah pejuang sejati. Bukan seperti mereka yang ibarat "tin kosong" yang hebat dengan kata-kata tetapi kosong dari segi pengisian semangat dan istiqomah.