Roslan SMS
Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia atau mungkin barangkali dunia yang menetapkan solat tarawih untuk bulan Ramadhan ini dikerjakan sebanyak 20 rakaat tidak termasuk solat witir disetiap masjid dan surau di bawah pentadbirannya. Kata MB Negeri Maju ini:
Kita kena ingat siapa kita dan adakah dengan melakukan solat tarawih 8 rakaat ia sudah dikira sempurna.
Bermakna Selangor di bawah Khir kini memilih menuju kesempurnaan bermula dengan solat tarawih. Tetapi adakah solat tarawih sahaja yang dituntut kesempurnaannya, bagaimana yang lain yang lebih besar termasuk yang wajib dan fardhu?
Saya akui memang lumrah dikalangan umat Melayu khasnya apabila tiba bulan Ramadhan maka pokok perbahasan adalah 8 atau 20. Lalu kini Khir selaku MB menetapkan ia mesti 20. Tetapi soalnya adakah perkara sunat ini sesuatu yang meruncing, yang mencetuskan ketegangan dan perbalahan sehingga MB sendiri perlu campurtangan dan menetapkan keputusannya sebegini rupa?
Bagaimana contohnya dengan solat Jumaat yang wajib itu? Bagaimana dnegan rakyat negeri Selangor yang tidak menunaikan solat ini, yang masih ramai bersepah-sepah di kedai-kedai dan lepak di pejabat ketika saudara-saudaranya yang lain ke masjid? Tidakkah Khir mahu ambil pusing hal ini? Ramadhan cuma sebulan dalam setahun tetapi solat fardhu Jumaat tiap-tiap minggu!
Bagaimana pula mereka yang langung tidak mngerjakan solat fardhu lima kali sehari? Apakah hal ini tidak mengundang kerisauan dan kebimbangan MB sebagaimana dia terlalu risau darihal solat 8 atau 20 rakaat tarawih (saya masih ingat Allahyarham Ustaz Nasohah Hj Ahmad, bekas Imam Masjid Darul Ehsan Subang Jaya mengatakan, samada 8 atau 20 atau berapa puluh pun rakaat solat tarawih yang ada kerjakan, ia akan tetap merupakan solat sunat)
Kalau benar MB Selangor prihatin tentang kesempurnaan ibadat dan hidup kita sebagai seorang Muslim, saya cadangkan tanganilah perkara yang lebih kritikal dan meruncing. Bagaimana kita menyempurnakan akhlak anak-anak muda kita khasnya di Selangor yang semakin parah itu dengan gejala sosial dan seks bebas (termasuklah yang tua yang melibatkan pimpinan Wanita dalam Umno Selangor sendiri!) yang ternyata diluar kawalan.
Judi dan arak yang jelas haram tidak pula menjadi keutamaan agenda kesempurnaan MB Selangor? Berapa ramai anak-anak Melayu ( termasuklah Bangla dan Indon yang Islam)yang bertikam nombor setiap ada hari cabutan walaupun terpampang dengan bodoh papan kenyataan judi itu haram disisi Islam di kedai-kedai tikam nombor di Selangor, yang dilesenkan premisnya oleh kerajaan negeri. Berapa ramai anak-anak Melayu yang bekerja samada sebagai pelayan, juruwang, GRO di pusat-pusat hiburan yang menghidangkan arak, tidak termasuk anak-anak Melayu sendiri (termasuk yang tua-tua) yang menjadi pelanggan di pusat-pusat yang dilesenkan oleh kerajaan negeri!
Tiba-tiba sibuklah pula kita mahu menetapkan solat sunat tarawih itu perlu dikerjakan 20 rakaat untuk kononnya menuntut kesempurnaan sedangkan rumahtangga kita, negeri kita tunggang langgang dalam kesempurnaannya terutama dalam hal-hal yang melibatkan Islam itu sendiri.
Saya cadangkan agar Khir mengalihkan perhatiannya kepada isu dan masalah yang lebih besar dan kronik yang menimpa jumat Islam di Selangor dari menumpu kepada isu solat sunat tarawih yang insyallah boleh diselesaikan dikalangan ahli kariah masjid dan surau tanpa memerlukan campurtangan seseorang yang bertaraf MB.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment