Oleh Ibrahim Baba
IB memang kurang menulis sekarang atas sebab dan masalah tertentu. Setelah membaca kenyataan yang dibuat oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan tempohari tergerak juga IB nak komen. Tapi tidak tertulis juga.
Namun setelah membaca artkel di Laman_Marhen dan Laman TranungKite , IB rasa IB mesti melengkapkan juga cerita tentang Wan Supian (itulah nama yang beliau dikenali di kampong ... tak tahu pulak secara rasmi ejanya pelik sekali) Dan memang ada bau-bau bacang pun.
Anak orang baik-baik, ayahandanya menuntut di Mekah dan menjadi Imam dan guru agama yang terkenal di Kuala Terengganu. Di zaman permualaan kerjaya Wan Supian, sekitar 60an serta 70an, Wan Supian pernah berkhidmat di bahagian Cawangan Khas di Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu. Jawatan sebenar beliau IB kurang ingat secara tepat - terlalu kecil IB ketika itu. Kemudian beliau mendapat promosi jawatan hinggalah ke jawatan akhir beliau ialah sebagai Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri hingga beliau bersara lebih 5 tahun lalu.
Maka tidak hairanlah peranan yang beliau mainkan kini tidaklah suatu yang jauh dari peranan-peranan yang pernah beliau mainkan sebelum ini.
Sekian, sekadar menambah.
Ibrahim Baba
18 Nov 2007 (Ahad)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment