Oleh Mohd Sabri Said
"Biarkan Pengarah segmen ' Antara Evolusi dan Revolusi' Dato' Zainuddin Maidin jatuh bersama labu-labunya. Rakyat dah tahu menilai sekarang, " kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali.
Menurutnya, sebagai pembangkang tidak harus gusar atau menjawab balik terhadap tuduhan tersebut sebaliknya terus laksanakan tugas penerangan kepada rakyat kerana mereka memerlukan penjelasan bagaimana Barisan Alternatif (BA) boleh berikan perkhidmatan terbaik bila berkuasa nanti.
Menurutnya, perbuatan menyiarkan segmen berbentuk memburuk-burukkan pembangkang dalam siaran televisyen merupakan perbuatan yang tidak bertamadun tambahan lagi dalam usaha Malaysia merayakan kemerdekaan yang ke-50 tahun.
Beliau yakin tayangan itu akan memakan diri pemerintah sendiri sebagaimana segmen ucapan perkataan 'barua' yang disiarkan semasa pilihan raya umum ke-11 lalu.
"Rakyat sudah muak dengan ketrampilan BN yang asyik mengunakan Jabatan Penerangan dan media arus perdana. Kemenangan mereka bukan kerana rakyat suka tapi kerana sogokan, " ujarnya.
Fenomena itu sambungnya, menjadi trend BN untuk berhadapan dengan pembangkang sampai bila-bila kerana kunonya pemikiran menteri yang dipertanggungjawab memperjelaskan perancangan kerajaan untuk membantu masyarakat di mana sahaja dengan pelbagai konsep.
Hari ini siaran TV tidak menjadi juru pandu rakyat untuk mengetahui dasar-dasar kerajaan tetapi sekadar bersantai dengan drama, hiburan, artis dan berita-berita yang berat sebelah.
"Kita begitu malu dengan siaran TV kita yang tidak setanding dengan siaran TV negara maju. Mereka tidak pun menyiarkan rancangan berbentuk hasutan atau rancangan yang melibatkan lawatan pemimpin atas nama parti melainkan bercakap atas dasar sebagai ketua kerajaan, " jelas Azmin lagi.
Berhubungan sambutan kemerdekaan beliau mahu, anak muda meraikannya dengan semangat kemerdekaan yang hakiki untuk membentuk jiwa dan negara bebas dari rasuah dan penyelewengan.
Tidak guna sambutan 31 Ogos diraikan sedangkan rakyat, kepimpinan, agensi atau jabatan kerajaan dipenuhi gejala rasuah.
"Apa gunanya pemuda-pemuda Malaysia bergembira bila sampai hari kemerdekaan walhal kepimpinan yang diamanahkan menerajui negara bergelumang dengan amalan yang meruntuhkan sesebuah negara, " katanya dalam ceramah anjuran Jentera Pilihan raya KeADILan Bahagian Permatang Pauh. - mks.
Wednesday, May 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment