Ada beberapa persoalan yang dibangkitkan mengenai Kongres Tahunan KeADILan akhir bulan nanti.
Pertama, perhatian pokok adalah menghadapi pilihan raya umum. Tumpuan perbahasan adalah membina kekuatan dalaman, memahami agenda dan intisari manifesto, merangka strategi berkesan memenangi hati nurani rakyat.
Pemahaman jitu adalah mendesak mengenai dasar perjuangan parti serta keperluan meningkat muafakat bersama PAS, DAP, Lembaga Swadaya Masyarakat (NGO) dan aktivis sosial lainnya.
Kedua, isu pemilihan harus mengikut adab dan akhlak. Kita harus waspada dengan muslihat Umno-BN yang akan memperlatkan apa saja untuk memberikan gambaran negatif terhadap perjuangan kita menjelang pilihan raya.
Dan menyentuh khusus soal pertandingan jawatan Presiden Parti, saya hormati hak perwakilan dan meminta agar kesopanan dan semangat persahabatan dikekalkan.
Isu perundangan yang dikaitkan berkenaan pencalonan saya telah dirujuk kapada panel peguam kanan dan pimpinan parti. Kita punyai alasan dan hujah kukuh dan tidak akan mudah tunduk kapada perencanaan desperado Umno-BN.
Ketiga, bahawa Kongres adalah medan menggilap semangat setiakawan dan perjuangan. Ujiannya adalah kerja dan gerakan, yang perlu dilancar dengan lebih hebat dan gagah sesudah Kongres, Insya-Allah.
Kini tiba ‘Masa Untuk Perubahan’.
Wednesday, May 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment