Wednesday, March 5, 2008

Undi BN?

Selesaikan Masalah Malaysia


Amiruddin Shari
Calon N16 Batu Caves

Ketika berceramah di Sri Gombak Ahad lalu, saya mengingatkan para pengundi bahawa masanya sudah tiba untuk menolak politik perkauman.

Masalah yang menghantui kita hari ini daripada jenayah, kenaikan harga barang dan kekurangan peluang pekerjaan adalah masalah yang merentasi kaum.

Setakat lawatan saya dari rumah ke rumah, para penduduk menerima baik mesej yang saya bawakan ini. Pengundi Batu Caves khususnya sudah muak dengan permainan pihak lawan yang gemar mengembar-gemburkan isu perkauman dan pada masa yang sama dapat mengelakkan diri daripada menyelesaikan masalah negara.

Di Sri Gombak juga saya berjanji, apabila memasuki Dewan Undangan Negeri Selangor, saya tidak peduli siapa pun Menteri Besar, keutamaan saya nanti adalah menyelesaikan masalah rakyat. Sikap mengutamakan pimpinan parti yang menjadi amalan wakil kerajaan hari ini ternyata telah merugikan rakyat.

Mudah-mudahan pada 9 Mac nanti kuasa akan dikembalikan kepada rakyat!

Selamatkah Kita?

Najib Oh Najib


Najib Razak telah menyalahgunakan harta kerajaan ketika berkempen. Lihatlah gambar betapa hebatnyanya Najib tidur bersama-sama anaknya ketika berkempen ke Kelantan dalam jet eksekutif fokker milik TUDM. Muka tak malu kamu Najib, menggunakan harta kerajaan ketika berkempen pilihanraya. Tunggulah saat kejatuhan kamu Najib.

BA Gombak Doakan Kejayaan Nurul Izzah

KeAdilan dan PAS mendahului di Gombak

BA Gombak mendahului dari segala segi. Baik sambutan kepada ceramah dan aktiviti merayu undi dari rumah ke rumah, rakyat Gombak menerima baik calon-calon BA. Ceramah Dato' Seri Anwar mendapat sambutan hangat bila hampir 20,000 orang dari pelbagai kaum datang mendengar amanat Anwar. Semalam 4hb Mac Khir Toyo datang ke Wira Damai kononnya nak menyaingi kehebatan Anwar, tapi yang hadir hanyalah sekitar 200 orang.Lebih banyak kerusi kosong . Malu Khir Toyo. Calon DUN Batu Caves dari MIC T.Mohan juga tidak mendapat sokongan penduduk setempat walaupun dari kaun india. DiKhabarkan beliau telah dilempar dengan botol-botol apabila mengunjungi sebuah flet di Batu Caves. Beliau juga sedang berusaha membeli penyokong-penyokong BA dari kalangan masyarakat India. Sungguh desperado BN sekarang.

InsyAllah berkat bantuan Allah s.w.t , pada 8hb nanti kita bakal menguasai Parlimen Gombak dan Selangor khasnya.

Takbir 3x

Reformasi 3x

Pengundi Gombak Setia berpendidikan, berinformasi - sokong BA


Wed | Mar 05, 08 | 6:25:00 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali tidak bimbang untuk mendapatkan undi daripada pengundi Melayu, Cina dan India di kawasannya memandangkan pengundi di situ merupakan pengundi yang berpendidikan dan penuh dengan informasi.

Dr Hasan, yang bertanding di N17 Gombak Setia, berkata Gombak Setia merupakan kawasan pinggir bandar dan bandar, di mana penduduknya melayari internet dan blog, selain antara yang menerima dan mengagihkan informasi sesama mereka.

"Saya percaya sebagai pengundi yang berpendidikan dan biasa mengagih-agihkan informasi, mereka juga bijak dalam memilih pemimpin yang akan menentukan masa depan mereka. Bagi saya, maklumat itu kuasa, maklumat itu kemenangan," kata beliau kepada wartawan di pondok panas, di Pinggiran Batu Caves, Gombak, petang semalam.

Mengulas lanjut potensinya memenangi kerusi panas itu, Dr Hasan berkata dari awal kempen lagi pihaknya telah menerima banyak sokongan daripada pelbagai peringkat, sama ada muda, tua, Cina, Melayu dan sebagainya yang mengatakan bahawa beliau boleh berpotensi untuk mendapatkan kerusi tersebut.

"Sudah enam minggu di sini, belum ada lagi yang kata saya akan kalah. Ramai menjangkakan yang saya akan menang besar di sini dan saya harap ia menjadi kenyataan 8 Mac ini," tegas beliau dalam nada yakin.

Menyentuh soal lawan beliau, Dr Yuszahari Yusoff, Dr Hassan berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana beliau tidak mengenalinya.

Dr Hasan berkata, beliau tidak mahu mengenali calon lawannya bagi mengelakkan beliau menyerang peribadi pihak lawan.

"Cukuplah saya mengenalinya ketika penamaan calon hari itu. Saya tak kenal dia, tak tahu latar belakang dia, tak tahu kelayakan dia. Bagi saya, kalau kenal nanti, kita 'terteropong' dia dan banyak menyerang dia. Jadi, biarlah saya tak kenal dia dan dalam siri kempen saya tidak pernah menyentuh soal peribadi beliau. Dan saya akan meneruskan pendekatan tersebut," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pondok panas di Pinggiran Batu Caves dengan melepaskan belon yang memuatkan janji-janji BA serta logo PAS dan KeADILan ke udara.

Program pelancaran itu menyaksikan kehadiran pelbagai pihak masyarakat, termasuk dari kaum Cina dan India.

Malah, dalam masa yang sama, petugas-petugas BA di pondok panas berkenaan turut mengedarkan risalah Kempen dan pelbagai risalah lain kepada pengguna yang melalui kawasan berkenaan. - mks. Cetak

Sunday, March 2, 2008

Harapan Baru Untuk Selangor

BA 2 - BN 0

BA Gombak mendahului BN dengan 2-0. Satu gol sewaktu menyaksikan bilangan penyokong BA lebih ramai 2 kali ganda dibanding penyokong BN pada hari penamaan calon. BA sekali lagi mendapat gol pendahuluan apabila sebentar tadi 2hb mac menyaksikan bilangan rakyat Gombak yang hadir menyaksikan ceramah BA yang dihadiri oleg Dato' Seri Anwar Ibrahim dihadiri oleh hampir 20,000 orang. Penuh padang berhampiran stesyen minyak Esso di Taman Seri Gombak. Lautan manusia sejauh mata memandang. Pasti BN Gombak cukup merasa gentar. Dikhabarkan Khir Toyo memperuntukkan wang perbelanjaan tambahan di Gombak sebanyak 1.2 juta lagi bagi memancing undi rakyat Gombak. (Gambar-gambar akan menydul kemudian).

Wednesday, February 27, 2008

Sunday, February 24, 2008

Laungan takbir, doa iringi calon-calon di Parlimen Gombak



Anis Nazri | Foto Siasah
Sun | Feb 24, 08 | 7:10:48 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Kehadiran penyokong Barisan Alternatif (BA) yang membanjiri padang Sekolah Menengah Sungai Pusu, Gombak membangkitkan suasana meriah sepanjang proses penamaan calon berlangsung, pagi tadi.

Padang bersebelahan pusat penamaan calon bagi Parlimen P098 Gombak, dipenuhi penyokong BA yang mula berkumpul pada jam 8 pagi di Surau al-Sharif, Simpang Tiga, Gombak, sebelum berarak ke pusat penamaan calon.

Calon bagi P098 Gombak, Azmin Ali, N16 (Amirudin Shaari), N17 (Dato' Dr Hassan Ali) dan N18 (Saari Sungib) diarak ke pusat penamaan calon dengan diiringi penyokong, yang membawa bendera PAS dan KeADILan, sepanduk, sambil melaungkan takbir dan ungkapan reformasi.

Malah, ketika menantikan urusan penamaan calon selesai, penyokong kedua-dua parti berbalas-balas sorakan, sambil mengibarkan bendera parti masing-masing.

Ketika sesi bantahan, penyokong kedua-dua parti agak kecoh seketika apabila sebilangan penyokong BN mula memasuki kawasan yang disediakan untuk penyokong BA, bagaimanapun berjaya dikawal oleh pihak polis dan wakil parti masing-masing.

Sejurus selepas itu, penyokong BA mula duduk dan khusyuk mengaminkan bacaan doa menjadikan suasana ketika itu hening, sebelum penyokong BN mula berteriak kepada penyokong BA yang sedang berdoa.

Semangat penyokong BA kembali membara seusai mengaminkan doa dengan melaungkan takbir dan reformasi dengan lebih bergemuruh, sambil mengibar-gibarkan bendera menyebabkan penyokong BN agak terdiam seketika.

Ketika pegawai pengurus SPR mengumumkan nama-nama calon kedua-dua parti, para penyokong bersorak dan melaungkan slogan-slogan parti masing-masing.

Sejurus itu, calon BA melangkah keluar dari dewan dan menemui para penyokong yang setia menanti di bawah terik matahari.

Azmin Ali, calon KeADILan bagi Parlimen P098 Gombak, berharap para pengundi di parlimen Gombak dapat memperhalusi calon-calon yang dibariskan BA dalam pilihan raya ini, serta membandingkan rekod di antara mereka.

Calon PAS bagi N17 Gombak Setia, Dato' Dr Hasan Ali, yang ditemui selepas menyerahkan borang pencalonan kira-kira jam 9.20 pagi, berkata pihaknya menaruh keyakinan tinggi untuk kembali memenangi kerusi Dun itu.

Sementara itu, calon PAS N18 Hulu Klang, Saari Sungib, yang bertanding kali ketiga, berkata beliau akan terus berkempen sehingga hari mengundi bagi memastikan agenda yang dibawa BA akan meresap ke pemikiran pengundi sehingga mereka memilih calon BA pada 8 Mac akan datang.

Calon KeADILan bagi N16 Batu Caves, Amirudin Shaari, pula menyatakan bahawa beliau akan membawa isu-isu yang kini semakin membebani rakyat di sekitar dun Batu Caves, khususnya soal kos sara hidup yang semakin meningkat. - mks. Cetak

BA Menang Pusingan Pertama Di Gombak

Penyokong BA mengatasi bilangan penyokong BN di Gombak. In satu suasana yang cukup memberangsangkan. Penyokong BN ternyata tidak seceria tahun-tahun sebelumnya. Mereka seperti beruk-beruk yang kekejutan. Manakan tidak , penyokong BA sekitar 5,000 orang, sedangkan penyokongnya dalam 1000-1500 orang sahaja.

Di Pusat Pencalonan Sekolah Menengah Sungai Pusu, Gombak, ANIS NAZRI melaporkan sekitar jam 9.30 pagi tadi calon-calon daripada Barisan Alternatif (BA) telah mengemukakan borang pencalonan mereka iaitu, untuk calon Parlimen Gombak, Azmin Ali; Dato' Dr Hasan Ali (Dun Gombak Setia); Shaari Sungib (Dun Hulu Klang) dan Amiruddin Shaari (Dun Batu Caves).

Manakala dalam perkembangan yang tidak dijangka, terdapat pencalonan Bebas iaitu untuk N16 (Dun Batu Caves), Azmi Hussain.

Menurut Anis, di luar kawasan pusat pencalonan, para penyokong BA telah memenuhi kawasan berkenaan dengan membawa sepanduk, bendera dan melaungkan slogan-slogan untuk menaikkan semangat para calon dan ahli parti.

Antara, slogan yang dikesan ialah, 'reformasi', 'hidup rakyat'dan 'barang naik' sementara sepanduk yang dibawa pula tertulis; 'dah lama sangat dah...cuba ubah sekali', 'kami menang, sekolah rendah ke pendidikan percuma untuk semua rakyat',' kami menang, petrol dan diesel turun.

Selain itu, terdapat juga sepanduk yang tertulis 'tawaran-tawaran BA untuk wanita','undilah PAS untuk menuju negara kebajikan.'

Thursday, February 21, 2008

Calon BA Di Parlimen Gombak

Parlimen : Azmin Ali ( KeAdilan )
DUN Batu Caves : Amiruddin Saari ( KeAdilan)
DUN Gombak Setia : Dato' Dr Hassan Ali ( PAS )
DUN Hulu Klang : Saari Sungip ( PAS )

Walaubagaimanapun tunggu pengesahan dan pengumuman selanjutnya.

Amiruddin Saari calon KeAdilan DUN Batu Caves?


Naib Ketua Angkatan Muda KeAdilan, Sdr Amiruddin Saari diberitakan adalah calon KeAdilan bagi kawasan N16 DUN Batu Caves. Walaubagaimanapun, nantikanlah pengumuman yang akan dibuat. Seorang anak muda yang hebat berpidato. Berusia 28 tahun, sudah berkeluarga. Amirudin Shari juga sering dipanggil Amir Sari, bergiat aktif dalam aktivisme sosial dan politik. Minat untuk mendalami persoalan demokrasi, kebudayaan, politik mahasiswa dan masakan. Bergiat cergas dalam Angkatan Muda Keadilan, Parti Keadilan Rakyat semenjak 2004 lagi dan sekarang diamanahkan sebagai Naib ketua AMK Pusat. Dalam masa yang sama bertugas sebagai koordinator IKD dan Fellow di Open Dialogue Center (ODC) . Lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM), merupakan bekas aktivis pelajar.

Idea dan cetusan minda beliau boleh dilayari di laman Kalimat Zaman di http//amirsari.wordpress.com/

Dr. Rahman Gugur

Mantan Ahli Parlimen Gombak, Dato' Dr.Rahman Ismail digugurkan dari senarai calon BN.Beliau yang terbabit dengan skandal cinta dengan isteri orang yang juga seorang Senator, Iaitu Norhayati Onn, memang telah dijangka akan digugurkan ekorang dari skandal tersebut. Calon BN/UMNO yang baru menggantikan beliau ialah Said Anuar Said Ahmad. Beliau dijangka akan berdepan dengan Ketua KeAdilan Gombak, Sdr Azmin Ali. Ini satu pertarungan yang sengit.