Monday, November 12, 2007





Gelombang kuning melimpah ke Kota Bangkok, Thailand





Sunday, November 11, 2007

"Ubah sebelum parah, Ubah demi maruah"

Saya adalah antara puluhan ribu yang mempunyai jiwa yang berani dan merdeka , mewarnai kota Kuala Lumpur dengan warna kuning sebagai tanda protes kita dan menyokong kepada tuntuan pilihanraya yang adil dan bebas. Saya bersama teman-teman dari DUN Batu Caves Wan hazran, aslam, zul hamzah dan kamarudin harun menaiki LRT di hentian putra. disana bertemu dengan ramai teman-teman PAS Gombak.

Turun sahaja di masjid jamek , dah pun terasa pedih mata akibat tembakan gas pemedih mata FRU. Saya bersama rakyat yang berkumpul disitu telah cuba mengasak pihak polis untuk mara ke dataran merdeka, Tetapi sekali lagi ditembak. mula bertempiaran sekali lagi. ribuan terperangkap dalam masjid jamek. mula betempik AllahuAkbar , bersemangat. Memang dimasjid jamek suasana agak tegang berbanding di tempat lain. Dianggarkan hampir 20,000 yang berada diperkarangan masjid jamek dan sekitar. mula sekitar 500 berada disitu, siap untuk membelasah.

Rasa semangat dimasjid jamek kerana ramai anak-anak muda dan wanita yang turut serta. Dalam keadaan semangat tersebut, dapat panggilan dari zul hamzah minta turun ke Central market kerana boss sdr Azmin Ali telahpun berada di dayabumi, terus kesana bersama wan dan aslam walaupun hati kecil masih ingin terus berada di masjid jamek bersama teman-teman yang semangatnya cukup berkobar melawan pihak FRU dan polis.

Di bus stand klang tunggu sdr Azmin Ali tetapi masih tidak kelihatan. Dapat arahan terus mara ke Istana negara, bergerak bersama ribuan rakyat. sepanjang perjalanan lautan kuning bertali arus sepanjang hampir 2 km. tiba di istana negara sekitar 3.45. rupanya di istana negara puluhan ribu rakyat telah berada disana. cukup menaikkan bulu roma melihatkan kehadiran yang sebegitu ramai. kali terakhir lihat sewaktu era reformasi.

Ramai yang dapat saya jumpa disana seperti Raja Petra, kak marina , bertemu AMK gombak antaranya jaffrien, zaki, jebat, halim dan azihan.

Selesai bergerak pulang ke masjid negara . dalam perjalanan berbual dengan johari abdul, Ahli MPT atau lebih mesra dengan abg Jo. Beliau menyatakan , kehadiran hari ini lebih ramai dari 1998. Ada kebenarannya dakwaan beliau. Mmg ramai, saya anggar sekitar 150,000 yang hadir.

Saya pada hari ini amat berbangga sekali dengan diri saya dan semua yang hadir kerana kita telah bertindak sebagai mana kata DSAI " Ubah sebelum parah, ubah demi maruah". 10hb Nov 2007 kita menjadi insan yang bermaruah.

Lagi foto demo BERSIH








Lagi gambar dalam dan luar negara demo BERSIH








Gambar menceritakan segalanya

Media kerajaan menyatakan hanya 4,000 orang yang menyertai perhimpunan aman BERSIH. Lihat dan nilaikanlah sendiri







Wednesday, November 7, 2007

Majlis Kesyukuran dan eidul fitr

Azmin Ali

Saya dan Shida serta anak-anak bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana Majlis Rumah Terbuka kami sempena Eidul Fitr pada hari Ahad lalu, 4 November mendapat sambutan yang cukup meriah. Tetamu-tetamu yang datang bukan sahaja untuk menyambut Eidul Fitr bersama kami tetapi juga untuk menzahirkan rasa syukur dan gembira di atas keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan saya dari sabitan dan hukuman penjara 18 bulan pada 1 November yang lalu.

Nyata dari wajah-wajah yang hadir, mereka turut merasakan nikmat bebas yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran sejurus selepas Solat Zohor yang dipimpin oleh Imam Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Ustaz Khairi membuka tirai majlis kami. Turut hadir ialah Ustaz Dr. Abdullah Yasin dan isteri. Menyusul kemudian, saya dan Shida meraikan 40 orang anak-anak yatim yang diundang khas dari Gombak.

Lebih 3,000 orang tetamu hadir mulai jam 1.30 petang sehinggalah lewat malam walaupun majlis sepatutnya berakhir jam 6.00 petang. Jumlah tetamu yang diluar jangkaan kami menyebabkan makanan tidak mencukupi seawal jam 4.00 petang. Antara sajian yang paling laris dan awal habis ialah Penang Char Kuey Teow, Roasted Lamb, Ais Kacang Penang, Roti John, Ketupat Daun Palas Kamunting, Lemang UK dan pastinya Rendang Chef Min !

Saya mengambil masa hampir 5 jam di dapur sehari sebelum itu untuk menyiapkan rendang sebanyak 15 kilogram. Pada hari Sabtu, 3 November saya menghadiri 6 majlis Eidul Fitr dan juga perkahwinan puteri Saudara Osman Karim, Setiausaha Perhubungan keADILan Wilayah Persekutuan di Bandar Tun Razak; sebelum berkesempatan untuk masuk dapur jam 5.30 petang untuk memulakan tugas tahunan saya – masak rendang.

Teman-teman sekolah rendah dari Jalan Gurney dan University of Minnesota turut hadir selain dari keluarga saya dan Shida, jiran-jiran sekitar Taman TAR, teman-teman pimpinan dari keADILan dan PAS khususnya dari Gombak, rakan-rakan NGOs, wakil kedutaan asing dan juga media. Kawan-kawan lama seperti Lokman Noor Adam dan Zahid Mat Arip juga turut mengunjungi saya pada hari berkenaan.

Antara pimpinan yang awal tiba ialah Tian Chua bersama pimpinan kesatuan pekerja dari Korea Selatan. Kami juga turut diraikan oleh William Leong, Bendahari Agung; Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita; Amir Shari, Naib Ketua Angkatan Muda; Abdul Halim Mohd. Yusof, Timbalan Setiausaha Agung; Tengku Maraziyah, Timbalan Bendahari Agung; beberapa orang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi termasuk Ustaz Dr. Badrul Amin dan isteri, Kak Zumrah; Haji Osman Abdul Rahman, Dato’ Kamarul Baharin Abbas, Dato’ Dr. Zainal Abidin Ahmad, Khalid Jaafar dan pimpinan parti di semua peringkat. Pimpinan PAS yang hadir ialah Dr. Hatta Ramli, Dr. Lo’ Lo’ Ghazali dan Saari Sungip dan isteri.

Presiden MTUC, Saudara Syed Shahir juga hadir selain dari pelukis terkenal Raja Azhar Idris dari Art Case Galleries. Jiran saya, Sofia Jane dan suami serta anak-anak juga turut memeriahkan majlis kami.

Kami amat gembira di atas kesudian tetamu-tetamu kami memenuhi undangan kami dan memeriahkan majlis ini termasuk beberapa orang peguam seperti Christopher Fernando dan isteri. Wan Merican, Zulkifli Nordin, Sankara Nair dan Amer.

Kami juga ucapkan terima kasih kepada teman-teman dari Gombak yang begitu ramai hadir dan turut membantu khususnya Wanita keADILan yang dipimpin oleh Puan Maznah Abd. Aziz dan Angkatan Muda di bawah pimpinan Saudara Jafrien Muhammad. Timbalan Ketua Bahagian, Saudara A. Rahim Kasdi juga hadir bersama isteri dan anak-anak serta AJK Bahagian yang lain.

Semoga pertemuan di hari lebaran ini dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah kita.

Monday, November 5, 2007

Rumah terbuka Azmin meriah


MAJLIS rumah terbuka hari raya Aidifitri Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang diadakan di rumahnya di Taman Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini bermula jam 2:00 petang mendapat sambutan meriah.

Selain penyokong PKR, beberapa pemimpin PKR dan parti alternatif termasuk Pas juga hadir. Antaranya, Bendahari Agung Pas, Dr Mohd Hatta Ramli, peguam Pakwan Marican, bekas TMB Selangor Zainal Abidin dan lain-lain.

Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim bagaimana pun tidak hadir kerana berada di luar negeri.

Kehadiran orang ramai selain daripada untuk beraya dengan Azmin mereka juga hadir untuk mengucapkan tahnian atas pengenepian hukum penjara 18 bulan yang dikenakan ke atasnya sebelum ini.

Khir anak Toyo yang berhati haiwan mengganas lagi





Khir Toyo, mengganas sekali lagi. Menteri Besar ini akan menjadi onar dalam UMNO. Kampung Rimba Jaya, Hulu Kelang , Berembang dan banyak lagi. Bulan Syawal adalah bulan untuk dia meruntuhkan. Beliau harus dipindahkan. Beliau tidak mempedulikan langsung kemanusiaan. Jangan sampai kita ada yang melabelkan beliau “binatang kemajuan”. Mungkin, Mungkin sesuai BINATANG KEMAJUAN INI tidak mempedulikan soal kemanusiaan. Kita perlu mendesak UMNO untuk menghalau orang seperti ini dari menjawat jawatan MB Selangor.

Sunday, November 4, 2007

Azmin boleh bertanding semula dalam pilihanraya



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menarik nafas lega bila kes mahkamahnya yang berlarutan lebih tujuh tahun selesai Khamis.

Ini bila Hakim Mahkamah TInggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Kadir Musa meluluskan rayuannya bagi mengetepikan sabitan kesalahan beliau serta hukuman 18 bulan penjara yang dijatuhi terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen kedua pada 2 Mei 2001 atas tuduhan memberi keterangan palsu pada perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Mac 1999.

Azmin tidak dipenjara kerana Hakim Mahkamah Sesyen kedua itu Akhtar Tahir membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu keputusan rayuan dan membenarkannya dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum itu pada 13 Julai 1999, Azmin dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen pertama Hamdan Indah daripada tuduhan itu yang menyebabkan pihak pendakwaaan mengemukakan rayuan.

Azmin yang memang kerusi Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Selangor pada pilihanraya umum 1999 tidak dapat bertanding semula pada pilihanraya umum 2004 kerana sabitan kesalahan beliau serta hukuman 18 bulan penjara itu.

Berikutan keputusan yang membebaskannya itu beliau boleh bertanding semula pada pilihanraya umum akan datang.

Abdul Kadir berkata beliau bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen pertama yang membebaskan Azmin tanpa memerintahkannya membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadapnya.

Mengulas keputusan yang membebaskannya itu ,Azmin berkata ,"Saya rasa amat lega. Rayuan ini mengambil masa yang terlalu lama. Saya amat bersyukur. Keputusan ini menguatkan lagi keyakinan saya bahawa badan kehakiman sekarang memerlukan perubahan. Namun begitu, ada sesetengah hakim yang berpendirian bebas serta tidak membiarkan diri mereka dikuasai oleh eksekutif." -

Friday, November 2, 2007

Bersih tegas berdemo walau tanpa permit

Friday, 02 November 2007
KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih (Bersih) akan meneruskan program perhimpunan aman pada 10 November di Dataran Merdeka tanpa mendapatkan permit daripada polis, kata jurucakapnya Anuar Tahir.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyatakan perhimpunan aman tidak memerlukan permit, dakwanya.

Anuar berkata gabungan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) itu bagaimanapun tetap mengambil kira saranan Ketua Polis Kuala Lumpur supaya memohon permit untuk menjalankan perhimpunan "Gelombang Kuning" itu.

"Kami ikut nasihat Suhakam. Mereka kata kami tidak perlukan permit, kami cuma perlu beritahu polis untuk buat perhimpunan ini," katanya kepada mStar Online ketika ahli jawatankuasa PAS itu ditemui semasa pelancaran program itu di Pasar Seni di sini hari ini.

"Kami telah bertemu (SAC Zulhasnan Najib Baharuddin) pada hari ini dan mereka nasihatkan supaya kami isi beberapa borang (permohonan mengadakan perhimpunan umum). Itu kami akan bincangkan semasa mesyuarat jawatankuasa pada malam ini," katanya lagi.

"Kami berharap pihak polis akan membantu kami menjalankan perhimpunan ini dengan aman," katanya, yang juga bekas setiausaha agung PKR.

Dalam sidang media sebelum itu, seorang lagi ahli jawatankuasa tersebut berkata mereka telah merancang langkah-langkah yang perlu untuk untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman.

Faisal Mustafa berkata mereka akan menugaskan sekumpulan petugas untuk mengawal trafik di sekitar Dataran Merdeka, dan sepanjang jalan semasa perarakan ke Istana Negara.

"Wakil-wakil daripada Suhakam, Transparency International, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Majlis Peguam juga akan berada di kawasan itu untuk memastikan hak asasi peserta perhimpunan itu tidak dicabuli," katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan rakyat Malaysia akan turut mengadakan perhimpunan sama di hadapan pejabat pesuruhjaya dan kedutaan Malaysia di beberapa negara pada hari tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kumpulan yang akan menyelaraskan perhimpunan di bandar-bandar tersebut: Seoul, Jakarta, London, New York, Bangkok, Manila dan Brazil.

"Ia mungkin dianggotai oleh rakyat antarabangsa, NGO, pelajar atau rakyat Malaysia prihatin terhadap apa yang kita perjuangkan di sini," katanya.

Terdahulu, naib presiden PAS Mohamad Sabu melancarkan Gelombang Kuning, satu kempen pemakaian warna kuning "bagi menyatakan protes dan bosan terhadap demokrasi yang tinggal hanya 'pada nama' seperti diamalkan di negara ini."

Mohamad, yang juga anggota jawatankuasa Bersih, turut menjelaskan gabungan itu tidak disertai parti-parti komponen Barisan Nasional walaupun pernah diundang.

Sebanyak 67 pertubuhan yang menganggotai Bersih termasuklah parti pembangkang dan NGO. Mstar online

Alhamdullillah, Azmin bebas tuduhan berbohong di mahkamah


Azmin bersama isteri, peguam dan rakan-rakan di luar mahkamah semalam

Oleh Abdul Razak Ismail

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam membebaskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dari sabitan dan hukuman penjara terhadapatas tuduhan memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakim Datuk Abdul Kadir Musa berkata, beliau bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Hamdan Endah dan membatalkan sabitan dan hukuman 18 tahun penjara terhadap Azmin.
Saya bersetuju sepenuhnya dengan (Hamdan) bahawa pihak pendakwaraya gagal membuktikan prima facie dalam tuduhan terhadap perayu.

“Itu adalah kesimpulan pertimbangan saya, tidak perlu bagi saya untuk mengulas lanjut tetapi membenarkan rayuan tertuduh dan mengenepikan sabitan dan hukuman," katanya ketika membaca penghakiman bertulisnya setebal 30 muka surat.

Kes Azmin itu telah didengar dua kali oleh Mahkamah Sesyen.

Kes tersebut pertamakali didengar oleh Hamdan yang memutuskan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan prima facie terhadap Azmin yang dituduh memberi kenyataan bercanggah sewaktu perbicaraan Anwar dan dalam aduannya kepada Majistret Othman sewaktu prosiding reman.

Hamdan kemudiannya membebaskan Azmin tanpa memanggilnya membela diri pada 1999. Bagaimanapun, pihak pendakwa telah mengemukakan rayuan pada 17 Februari 2000.

Berikutan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail mengarahkan supaya kes itu dirujuk semula kepada Mahkamah Sesyen untuk memanggil Azmin membela diri.

Dalam perbicaraan kali kedua itu, Hakim Akhtar Tahir mendapati Azmin bersalah mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan, dengan menyatakan bahawa terdapat percanggahan dalam kenyataan Azmin pada 2 Mei 2001.

Beliau menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara terhadap Azmin. Naib Presiden PKR itu kemudiannya memfailkan rayuan, yang didengar oleh Abdul Kadir hari ini.

Abdul Kadir berkata beliau tidak bersetuju dengan interpretasi spekulatif Abdul Wahab dan menjelaskan bahawa ada justifikasi bagi percanggahan tersebut.

Sejurus selepas keputusan tersebut diumumkan, Azmin dilihat memeluk isterinya, Shamshida Taharin.

Ketika ditemui, Azmin berkata beliau merasa lega dengan keputusan mahkamah hari ini.

Katanya, walaupun sistem kehakiman perlu direformasikan, tetapi masih ada hakim-hakim yang independen yang tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh pihak eksekutif.

Kira-kira 30 penyokong hadir di mahkamah hari ini,termasuk Naib Presiden PKR, R Sivarasa dan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

Azmin diwakili oleh peguam CV Prabhakaran, Christopher Fernando dan Gurcharan Singh Sohan manakala timbalan pendakwaraya ialah Shamsul Sulaiman. Klpos, malaysiakini

Wednesday, September 26, 2007

Azmin sertai perarakan peguam


bersama sdr syed shahir di putrajaya

Welcome back boss

blog sdr azmin kembali semula setelah agak lama menyepi. kita amat alu-alukan kemunculan semula blog tersebut dengan wajah yang baru. kita amat dahagakan cerita terkini dari beliau sendiri. welcome back boss.







GEMPAR! KERJA SB???

KUALA LUMPUR, 27 September - “Pejabat KeADILan Gombak diceroboh semalam,” beritahu pegawai-pegawai yang bertugas di pejabat tersebut.

Dalam kejadian tersebut, pintu utama dipecahkan dan dua unit CPU komputer dan dua unit pencetak dicuri.Manakala fail dan barangan lain tidak diusik.

“Dalam pemerhatian awal, saya mendapati tidak sukar untuk mempercayai bahawa ianya bukan bermotif rompakan tetapi lebih kepada usaha pihak tertentu yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan gerak kerja parti,” ujar Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali.

Pegawai-pegawai parti telah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.

Sunday, September 23, 2007

Tahniah Nurul Izzah

Warga KeAdilan Gombak mengucapkan tahniah kepada Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar dan suami di atas kelahiran anak sulung mereka. Tahniah juga kepada DSAI dan DSWA kerana benar-benar dah jadi datuk dan nenek. Kami tumpang gembira.

Kak Wan ziarah keluarga Nurin


Hati seorang ibu tersentuh mengenangkan nasib yang menimpa ibu lain. Kak Wan semalam meluangkan masa menziarahi keluarga allahyarham adik Nurin di wangsa Maju. Itulah contoh pemimpin berhati mulia. Mana isteri Pak Lah? Tertido sama ke?