Tuesday, February 12, 2008

SPR umum tarikh penamaan calon, buang undi esok" Rashit @ Rashid


Oleh Bernama
Rabu, 13 Februari 2008

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat esok untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-12, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini.

Beliau berkata SPR akan membincangkan pelbagai perkara dalam menentukan kedua-dua tarikh itu, termasuk keadaan negara dan keselamatan masyarakat.

"SPR akan memberikan ruang yang sesuai untuk tempoh pencalonan dan seterusnya tempoh berkempen sebelum pengundian diadakan," katanya dalam wawancara secara langsung dengan RTM di sini.

Wawancara itu disiarkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen, berkuatkuasa hari ini bagi mengadakan pilihan raya umum.

Rashid berkata SPR akan mengkaji keadaan semasa bagi menentukan pilihan raya diadakan dalam keadaan yang selamat dan kondusif.

No comments: