Thursday, January 24, 2008

Terkini dari Gombak


Semalam 24hb Jan, dalam kesibukan beliau selaku Naib Presiden KeAdilan dan Pengarah Pilihanraya Pusat, Sdr Azmin telah meluangkan waktu mengadakan pertemuan dengan beberapa tenaga penting KeAdilan Bahagian Gombak di pejabat bahagian. Beliau telah memberi taklimat terkini mengenai isu-isu parti di peringkat pusat dan bahagian. Antara yang hadir ialah Sdr Razali Ramli selaku Pengarah Pilihanraya Gombak, Sdr Jaffrien Mohamad Ketua AMK Gombak, Pn Maznah Ketua Wanita, Sdr Gopal dan beberapa orang lagi.

Antara lainnya beliau meminta seluruh jentera KeAdilan Bahagian Gombak bersiap sedia menghadapi pilihanraya walaupun di peringkat Gombak sendiri masih belum ada kata putus mengenai pembahagian kerusi . Tetapi dengan sikap musyawarah yang telah sekian lama ada di antara PAS dan KeAdilan disini, beliau yakin masalah itu akan dapat diatasi.

Dalam pertemuan semalam , beliau turut mengumumkan perlantikan Sdr Gupalan Nanto @ Gopal sebagai Naib Ketua Bahagian Gombak. Tahniah Sdr Gopal. Ini jelas menunjukkan bahawa KeAdilan adalah parti untuk semua kaum dan tidak meminggirkan kaum India seperti dakwaan Nalla. Biarkan Nalla terjun dengan labu-labunya, biarkan biarkan...

No comments: