Thursday, November 29, 2007

Taklimat DUN Gombak Setia

Semalam kira-kira jam 9 bertempat di Taman Samudera, PKR DUN Gombak Setia yang di pimpin oleh Saudara Mazlan Musa menghimpunkan khususnya dari kalangan kepimpinan JDM-JDM menghadiri taklimat daripada Saudara Azmin selaku Ketua Bahagian.

Taklimat penuh di juruskan kepada Gerak Kerja untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 12, menyusun rangka kerja yang strategik, memantapkan jentera dan mematuhi arahan parti. Dimaklumkan juga bahawa parti telah berketetapan meletakkan calon PKR menerajui Parlimen Gombak dan DUN Batu Caves.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP), saudara Azmin memberikan taklimat berhubung tahap akhir persiapan parti dan menyerahkan 'thumb drive' kepada setiap DUN. Ia mengandungi 11 fail termasuk aplikasi SISMEP 12 dan aplikasi SISMEP 12 Semak; Daftar Pemilih yang sudah diklasifikasi secara sistematik mengikut kategori pengundi baru, pengundi yang berpindah ke kawasan lain, pengundi yang berpindah masuk dan pengundi yang hilang; strategi menyusun kerja menang (winning strategy) beserta slides yang memaparkan isu-isu semasa; mesej politik untuk menjana sokongan rakyat yang merangkumi program dan dasar parti yang bersifat 'peduli rakyat' yang ditawarkan oleh keADILan; Agenda Ekonomi Malaysia dalam pelbagai bahasa; dan Laporan Sham Democracy yang mengupas secara terperinci penyelewengan dan penipuan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

Saudara Azmin turut mengupas isu-isu semasa dan mutakhir juga pengharapan daripada pucuk pimpinan parti.

Taklimat dan sesi soal- jawab ini berakhir kira-kira jam 11 malam

Sekian.
Ubah sebelum Parah. Ubah demi Maruah.

No comments: