Wednesday, September 19, 2007

Keputusan rayuan Azmin diketahui 1 November depan

Dipetik dari KLpos

KEPUTUSAN rayuan kes di Mahkamah Tinggi melibatkan Naib Presiden PKR Azmin Ali yang sepatutnya diketahui pada 7 September lepas ditangguhkan sehingga 1 November ini. Jika didapati bersalah Azmin akan dipenjarakan dan hilang kelayakkan bertanding pilihanraya.

Menurut Azmin keputusan penangguhan tersebut diperolehinya semalam.

"Sepatutnya keputusan tersebut 7 September tetapi hakim Datuk Abdul Kadir Musa mohon ditangguhkan kerana terpaksa menghadiri persidangan hakim pada 8-9 September lalu,

"Hakim tunda pada 29 Ogos tapi pendakwaraya ada hal, kemudian ditetapkan 17 September (semalam) untuk mahkamah bersidang bagi mendapatkan tarikh baru,"katanya ketika dihubungi klpos.com.

Azmin dalam proses merayu keputusan mahkamah sebelumnya yang menetapkan beliau bersalah memberi keterangan palsu dalam perbicaraan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Mac 1999.

Kisahnya berliku, Azmin dikatakan berbohong di mahkamah tinggi dan didakwa di mahkamah seysen, pada awalnya Azmin dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ampang pada 13 Julai 1999, tapi kegembiraannya tidak bertahan lama, pendakwaraya mengemukakan rayuan dan dia dibicarakan semula.

Hakim baru namanya Akhtar Tahir pun bersidang, dan pada 2 Mei 2001, Azmin dijatuhi hukuman bersalah dan dihukum penjara 18 bulan. Hukuman tersebut tergantung sementara Azmin mengemukakan rayuan balas.

Berikutan kes ini, Azmin tidak boleh bertanding dalam pilihanraya umum 2004, beliau yang sebelum itu merupakan Adun Hulu Kelang dinafikan hak secara undang-undang untuk mempertahankan kerusinya kerana ada kes di mahkamah.

No comments: