Monday, March 31, 2008

Pusat khidmat Masyarakat

YB.azmin dan YB amirudin telah mula menjalankan tugas mereka sebagai wakil yang diangkat oleh rakyat. Setelah kepenatan menjamu selera di program-program jamuan yang disediakan masyarakat setempat, kini masa untuk bekerja. Oleh itu YB Azmin telah membuka pusat khidmat masyarakat sementara di AU5 iaitu bilik gerakan pilihanraya yang lalu. Beliau juga dijangka akan membuka pusat khidmat masyarakat di Taman Melawati yg mana dalam peringkat terakhir.

Sementara ADUN Batu Caves YB amirudin membuka pusat khidmat masyarakat di No.6-C, Jalan 11, selayang baru, batu caves. Beliau juga akan membuka pusat khidmat masyarakat di Pejabat Penghulu Mukim Batu di jalan Sg Tua. Pegawai-pegawai yg bertugas ialah Sdr Shamsul Hidayat 0129032465, Sdr Islam 0133509658 atau Sdr Saharudin 0146283881 selaku Pengerusi Jawatankuasa Tindakan DUN Bt Caves.

Bagi orang ramai dan rakyat Gombak yg ingin mendapatkan khidmat YB2 ini boleh datang atau menghubungi mereka disini.

1 comment:

My Freedom said...

Salam YB Azmin,

Tahniah, saya tidak sabar untuk menunggu pembukaan bilik gerakan di taman melawati.

Terima kasih kerana berjasa pada rakyat...