Tuesday, August 7, 2007

Pembangkang mahu tawan semua kerusi-Azmin

SEREMBAN 7 Ogos – Parti pembangkang berhasrat menawan semua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum akan datang tanpa memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding.

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, parti pembangkang telah membuat ketetapan bahawa semua kerusi baik peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, sejak dua bulan lalu kesemua parti pembangkang telah mengadakan perbincangan berhubung persiapan jentera pilihan raya dan juga pembahagian kerusi sesama mereka.

“Masing-masing telah memberikan senarai calon mereka yang akan bertanding kelak dan ia sedang disenarai pendek berdasarkan pelbagai aspek yang akan membawa kepada kemenangan.

“Senarai calon ini dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat kerana kita menjangkakan pilihan raya umum akan berlangsung sebelum hujung tahun ini. Setakat ini perkembangan perbincangan antara kami amat memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Pejabat Perhubungan PKR Negeri Sembilan oleh Presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

DSAI kini Ketua Imam Khalifah



Anwar Ibrahim ditabal Ketua Imam Khalifah

Dato' Seri Anwar Ibrahim ditabalkan sebagai Ketua Imam Khalifah Besar Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia semperna Seminar Memertabatkan Perpaduan Gayung yang diadakan di hadapan Yayasan An Nahdhoh, Kampung Petani, Kubang Semang, Bukit Mertajam petang semalam.