Thursday, September 6, 2007

Majlis Berbuka puasa dan solat Tarawih

15 September (Sabtu)

Majlis Buka Puasa, Solat dan Tarawikh

Tempat: Rumah DSAI di Segambut (11, Jln 3/61 , Bukit Segambut)

Masa: Maghrib


--------------------------------------------------------------------------------

MasyaAllah...hebatnya berbelanja

Hebatnya kerajaan berbelanja bagi menyambut perayaan Kemerdekaan ke 50 yang lalu. Sedangkan ramai rakyat yang menderita tak makan dan hidup umpama kais pagi makan pagi...

Pada tahun ini sebagaimana dimaklumkan di Dewan Rakyat Selasa lepas kita berbelanja RM67.7 juta iaitu peningkatan sebanyak lebih 78% atau RM29.7 juta berbanding tahun lalu. Mungkin ada yang berpandangan perbelanjaan sebanyak itu berpadan dengan ulangatahun ke 50 negara, bukan selalu. Bagi saya perbelanjaannya agak besar dengan peningkatan sampai 78%, sudah jatuh ketahap pembaziran, sedangkan wang sebanyak itu boleh dimanfaatkan untuk rakyat yang memerlukan, yang masih ramai lagi walaupun kita telah 50 tahun Merdeka.

Pecahan perbelanjaannya adalah seperti berikut:

Dataran Pahlawan:
RM3.7 juta

Ambang Merdeka:
RM8.2 juta

Perarakkan Hari Kemerdekaan:
RM26 juta

Malam Hari Merdeka:
RM17 juta

Jamuan Teh Istana Negara:
RM100,00

Perayaan 16 September:
RM14 juta

Kita doakan kesejahteraan Azmin

Hari ini 7 september merupakan hari penentuan kes rayuan Sdr Azmin dalam kes memberi keterangan palsu. Kita dokan beliau dibebaskan agar beliau terus dapat berjuang bersama-sama kita. Satu majlis doa selamat dan solat hajat telah diadakan pada 3hb september yang lalu di pejabat bahagian yang dihadiri oleh pimpinan dan ahli KeAdilan dan PAS Gombak. Semoga beliau dibebaskan dengan tuduhan tersebut. Amin

Tarikh 2 september tarikh keramat-Azmin


KUALA LUMPUR, 5 September - Tarikh 2 September 1998 merupakan tarikh keramat yang mencetus kebangkitan rakyat menentang ketidakadilan yang berlaku dalam pentadbiran negara.

Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali menyatakan demikian dalam ucapannya semasa program Malam Pelancaran Kalendar KeADILan 2007/2008 pada Ahad lepas.

Menurutnya, pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tarikh itu, membawa kepada perjuangan reformasi sehingga kini.

“Sudah hampir satu dekad perjuangan reformasi dilalui oleh kita semua dan dalam mengharungi perjuangan getir ini ada yang pahit dan yang manis,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Azmin turut dipilih sebagai Ikon Popular Tahunan yang pemilihannya dibuat secara undian oleh para hadirin yang hadir di Hotel Royale Bintang.

Beliau turut menegaskan bahawa perjuangan tersebut perlu kepada kekuatan bersama.

“Saya sudah banyak kali menegaskan bahawa KeADILan bukan parti milik Anwar tetapi parti ini milik seluruh rakyat Malaysia yang ingin menegakkan keadilan,” tegasnya.

Azmin juga menyeru semua pemimpin di seluruh peringkat supaya berpegang teguh dengan kerangka perjuangan parti.

“Jangan sesekali kita terheret oleh kepentingan peribadi yang akan membawa keburukan kepada parti kita,” katanya.

Menurutnya lagi, kekuatan utama yang ada pada KeADILan sekarang ialah rakyat meletak harapan tinggi kepada parti untuk membawa perubahan terhadap politik di Malaysia.

Beliau mengucap tahniah kepada KeADILan Ampang yang berjaya mengajur program yang penting tersebut.

Azmin juga melahirkan rasa gembira dengan penyertaan golongan muda dalam menjayakan program itu.