Sunday, February 17, 2008

Zaman Gelap Samy Vellu




Mengikut laporan akhbar, ada 3 peristiwa yang menyaksikan bagaimana Samy Vellu telah di halang dan dikasari oleh orang ramai . Peristiwa pertama berlaku di Seaport, Petaling Jaya apabila beliau dan Khir Toyo telah dimaki hamun dan dihalang apabila merasmikan tapak sebuah sekolah Tamil. Khabarnya yang menjadi kemarahan masyarakat India disitu ialah mereka dijanjikan tapak seluas 7 ekar untuk membuat sebuah sekolah tamil tetapi hanya diberikan 1 ekar sahaja. Selebihnya diberitakan telah diberikan kepada kroni Khir. Itu yang menjadi kemarahan penduduk disitu.

Peristiwa ke 2 berlaku di Sungai Siput, kawasan beliau sendiri apabila beliau telah dimaki hamun dan dihalang secara kasar oleh orang ramai. Apabila ada campurtangan polis, barulah beliau dbenarkan beredar.

Begitu juga peristiwa ke 3, berlaku di Butterworth apabila beliau sekali lagi dihalang dan di maki oleh orang ramai ekoran peristiwa penangkapan ramai penyokong HINDRAF di Kuala Lumpur pada sabtu lalu.

Inikah petanda zaman gelap Samy akan berlaku? Nampaknya Samy Vellu tak lena tidur.

Langit tak selalu cerah Mr Samy.

Dikhabarkan juga, Samy ada menghantar anak beliau bagi memohon bantuan mantan Timbalan Presiden MIC Dato' S.Subaramaniam. Betul ke? Sebagai balasan, Dato' Subra meminta untuk menjadi Menteri Penuh. Ada betoi ka Samy?

Hassan Ali Wakil BA Di DUN Gombak Setia?


NAMA mantan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr. Mohd Hassan Ali sudah meniti dari bibir ke bibir di kawasan Gombak sebagai nama yang disebut-sebut akan diturunkan ke Dun Gombak Setia dalam pilihan raya kali ini.

PAS melalui calon popularnya, Datuk Ismail Kamus pernah menguasai Dun ini dalam pilihan raya umum 1999 dan percubaan kali kedua tokoh ulama PAS itu gagal pada pilihan raya umum 2004.

Dun Gombak Setia yang terletak dalam Parlimen Gombak, boleh dianggap kawasan nombor satu berpontensi dalam Selangor untuk PAS.

Dr. Hassan yang juga mantan Naib Presiden PAS sebelum ini pernah menang di Dun Sungai Burung dalam Parlimen Tanjung Karang serentak kemenangannya di Parit Buntar dalam pilihan raya paling manis buat pembangkang, 1999.

Setelah kerusi tersebut dikosongkan oleh Yang Dipertuanya, Dr. Mohd Hatta Ramli, yang dikatakan akan bertanding di Pasir Puteh, adalah dijangkakan Dr. Hassan akan dinobatkan terus bertanding di Parlimen Gombak dan Dun Gombak Setia.

Ini bagi memudahkan gerakerja dan menarik minat pengundi mengundi PAS. Bagaimanapun, tekaan bukanlah tepat kerana mungkin terdapat kawasan selamat yang lebih berpotensi untuk Dr. Hassan Ali

BA Selangor tawar: Bersih, Maju dan Berkebajikan


SHAH ALAM, 17 Feb (Hrkh) - Barisan Alternatif (BA) Selangor iaitu PAS dan KeADILan berjanji akan menjadikan Selangor bersih, maju dan berkebajikan jika rakyat mengamanahkan pimpinan BA untuk memerintah Selangor dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac nanti.

Tawaran manifesto BA telah dilancarkan bersama oleh Pesuruhjaya PAS, Dato' Dr Hasan Ali dan Setiausaha KeADILan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Glenmarie, Shah Alam, pagi tadi.

PAS dan KeADILan akan bertanding di Dun dan Parlimen seluruh Selangor menentang BN dan mengemukakan harapan baru untuk rakyat Selangor dengan tiga asas utama.

BA Selangor berjanji akan melaksanakan urus tadbir yang berwibawa seperti berikut;

* memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah
* menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri
* menghentikan projek-projek membazir dan rugi
* memastikan ketelusan pentadbiran negeri
* menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan dan
* melarang ahli-ahli exco terlibat dalam perniagaan

BA Selangor menjamin sosial dan kebajikan rakyat seperti;

* membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
* memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
* memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
* memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti
* memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
* memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga
* membuka pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
* mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim
* memberi elaun ibu tunggal yang layak
* memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
* membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
* mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam

Kesihatan Rakyat

* memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin
* memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin
* memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami
* menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas


Ekonomi rakyat

* menyediakan premis perniagaan yang cukup
* memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda
* memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama
* mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial sebanyak 10 peratus
* memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan
* menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan
mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan


Keselamatan rakyat

* menguatkuasa syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir
* menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
* mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan terhadap wanita. - mks.