Monday, March 31, 2008

Jamuan Rakyat DUN Bt Caves

Semua dijemput hadir ke majlis Jamuan Rakyat DUN Batu Caves anjuran YB Amirudin Shari , ADUN Bt Caves .

Tarikh : 5hb April 2008

Masa : 8 mlm - 11.30 mlm

Tempat : Dewan Seri Siantan, Jalan Sg Tua, Bt Caves

Turut di undang YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Datin Seri Dr Wan Azizah, Dr.Syed Husin Ali dan YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak.

1 comment:

My Freedom said...

S'gor lulus RM1 juta bantu mangsa di Burma
Jimadie Shah Othman | May 7, 08 9:57pm
Kerajaan negeri Selangor telah meluluskan bantuan RM1 juta untuk membantu mangsa bencana alam di Burma.

Bantuan kemanusiaan itu akan disalurkan melalui Yayasan Amal Malaysia untuk diagihkan terus kepada pihak yang memerlukan di negara itu.

Yayasan Amal Malaysia juga dilantik sebagai koordinator untuk menyelaraskan pungutan sumbangan peralatan, pakaian dan bantuan lain, dengan pertubuhan bukan kerjaan (NGO) dan individu lain yang ingin menyumbang.

Perkara ini diumumkan oleh menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat exco petang tadi. Hadir sama ialah ahli exco, Dr Halimah Ali, Rodziah Ismail dan Teresa Kok.

Dr Halimah berkata, kerajaan negeri memilih Yayasan Amal berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini membantu mangsa bencana alam di Jogjakarta, Kashmir, Acheh, Sri Lanka dan India.

"Yayasan ini mempunyai biro perubatan dan kesihatan serta biro bantuan kemanusiaan. Sewaktu berlaku banjir besar di Johor dulu, kerajaan Kelantan menyalurkan bantuan kemanusiaan mereka dengan jumlah yang sama (RM1 juta) juga melalui yayasan ini," katanya.

Pusat pungutan

Rodziah pula berkata, pusat pungutan akan dibuka di dua tempat iaitu ibu pejabat yayasan ini di Shah Alam dan di pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK), dekat Dataran Shah Alam.

"Kita akan buka dalam masa terdekat dan ada seorang pekerja akan menunggu di situ," katanya.

Teressa Kok pula berkata: "Setiap kali berkali bencana alam, kita lihat persatuan-persatuan agama, persatuan perubatan dan lain-lain tampil membantu. Kali ini kami mengalu-alukan mereka menghubungi kami."

Sementara itu, ketika mengulas tentang ‘kegagalan' kerajaan negeri menunaikan janji mereka dalam pilihanraya lalu, menteri besar berkata: "Ada yang boleh buat sekarang, ada yang tak boleh buat sekarang.

"Saya sebagai menteri besar Selangor, sebagai ketua eksekutif kerajaan Selangor mesti memutuskan bila benda ini akan dilaksanakan.

"Dalam manifesto kita tidak ada sebut bila akan dibuat. Kita baru dua bulan memerintah. Selepas rakyat menilai kita selepas 100 hari, kita akan senaraikan mana perlu dibuat. Sekarang kerja masih dalam proses," tambahnya.

Ditanya tentang kemungkinan cukai pintu diturunkan di negeri itu, Khalid menerangkan bahawa kerajaan mempunyai dua pilihan sama ada mengurangkannya (cukai pintu) atau memberikan fasiliti yang lebih baik untuk kadar yang dibayar.

Janji pilihanraya

"Keputusanan akan dibuat selepas kita sediakan belanjawaan untuk tahun depan. Lepas itu kita boleh tetapkan," kata Khalid yang juga Adun Ijok itu.

Khalid juga menegaskan komitmen kerajaan negeri tentang janji-janji lain.

"Soal air, contohnya, akan tetap berjalan 1 Jun ini. Saya lihat banyak negeri-negeri lain mula cemburu kepada kita. Ini contoh bagaimana kita mulakan usaha kebajikan kita," tambahnya.

Pada masa ini, menurut Khalid lagi, usaha yang lebih penting adalah bagaimana pendapatan negeri mesti dipertingkatkan.

Beliau berkata, kerajaan negeri mendapat respons positif dari pelabur dan kerajaan negeri mensasarkan Selangor menjadi destinasi pelaburan.

Buat masa ini, tegasnya, pelabur dari Timur Tengah, China dan India telah menunjukkan minat mereka.

Teressa Kok mengumumkan bahawa pagi ini, sebuah syarikat telah melawat beberapa tapak di Selangor dan menunjukkan minat melabur di negeri ini dengan jumlah pelaburan berbilion ringgit.

Khalid berkata: "Kita mempunya dua tugas iaitu hendak meningkatkan pembangunan Selangor dan memastikan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada rakyat.

"Pakatan Rakyat mempertingkatkan potensi pertambahan pelabur di Selangor. Ini menunjukkan bahawa kami mampu memberikan keyakinan kepada rakyat," tambahnya.


"Apahal ni??? Apa dah jadi??? Nape duit ni tak digunakan untuk cukai pintu di selangor..."

Buat masa ini, bukan masa untuk bantu negara luar..bantu negara sendiri dulu...
Bak kata pepatah... Beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kebuluran...

Jangan buat atau ulangi kesilapan yang dilakukan oleh BN...

Saya bimbang nanti PRU 13 akan datang rakyat menganggap MANIFESTO PAKATAN RAKYAT hanya KISAH DONGGENG RAKYAT semata-mata...

Anda benci penyelewengan kuasa BN...saya pun begitu...Itu pasal saya menyokong pakatan anda...