Wednesday, March 5, 2008

Selesaikan Masalah Malaysia


Amiruddin Shari
Calon N16 Batu Caves

Ketika berceramah di Sri Gombak Ahad lalu, saya mengingatkan para pengundi bahawa masanya sudah tiba untuk menolak politik perkauman.

Masalah yang menghantui kita hari ini daripada jenayah, kenaikan harga barang dan kekurangan peluang pekerjaan adalah masalah yang merentasi kaum.

Setakat lawatan saya dari rumah ke rumah, para penduduk menerima baik mesej yang saya bawakan ini. Pengundi Batu Caves khususnya sudah muak dengan permainan pihak lawan yang gemar mengembar-gemburkan isu perkauman dan pada masa yang sama dapat mengelakkan diri daripada menyelesaikan masalah negara.

Di Sri Gombak juga saya berjanji, apabila memasuki Dewan Undangan Negeri Selangor, saya tidak peduli siapa pun Menteri Besar, keutamaan saya nanti adalah menyelesaikan masalah rakyat. Sikap mengutamakan pimpinan parti yang menjadi amalan wakil kerajaan hari ini ternyata telah merugikan rakyat.

Mudah-mudahan pada 9 Mac nanti kuasa akan dikembalikan kepada rakyat!

No comments: